Tuesday, August 16, 2016

Review: The Man Who Knew Infinity

(tulisan ini mungkin mengandungi spoiler. Tetapi itu atas diri anda sama ada ingin melihat isi cerita ini atau ingin mengetahui jalan cerita ini. Jika anda lebih kepada ingin mengetahui jalan cerita, mungkin review ini mengandungi spoiler)

photo credit to: amcnetworks 

“qui genus humanum ingenio superavit” 
– Isaac Newton

Bila kita menyebut Isaac Newton, Albert Einstein, Stephen Hawking, semua orang mengenalinya dengan kepintaran mereka yang ketika itu boleh dikatakan tiada bandingan dengan manusia lain. Sehinggakan mereka ini dikatakan bodoh dan mengarut. Tapi bukankah bodoh dan genius itu hanya dipisahkan oleh satu garis yang halus?

Sebelum aku mengetahui cerita ini, aku langsung tidak mengetahui siapakah gerangan manusia yang bernama S. Ramanujan ini. Bukan sekadar tidak mengetahui, bahkan aku tidak pernah dengar pun namanya disebut sepanjang aku hidup. Aku meminati fizik dan matematik, aku hanya minat, tetapi kalau disuruhnya aku buat, aku mungkin tak boleh nak buat. Aku hanya minat.

Apabila aku melihat poster The Man Who Knew Infinity ini, aku mencari bilakah movie ini ditayangkan. Filem ini secara rasmi ditayangkan pada 2015. Aku kecewa kerana Malaysia tidak menayangkan filem ini. Tetapi dua minggu lepas aku layan The Purge: Election Year di Kuantan, aku ternampak teaser mengenai filem ini di GSC East Coast Mall, Kuantan, dan akan ditayangkan pada 18 Ogos 2016. Aku rasa nak melompat pun ada sebab filem tu akan ditayangkan di sini, aku sanggup pelan naik bas pergi Kuantan untuk tonton filem ni. Punyalah lama aku tunggu dengan gigih untuk menontonnya di panggung wayang. Tak sampai 18hb lagi, aku check di internet dah boleh download dah pun filem ni, siap Blu-Ray lagi tu. Punyalah lambat Malaysia buat kerja.