Wednesday, June 1, 2016

Pesanan Penaja: Cloud Storage

photo credit to nec.com


Pesanan khidmat masyarakat.


Aku ni bukanlah expert dalam bidang IT, masa diploma pun repeat dua paper. Tetapi untuk mengelakkan kecelakaan yang berlaku dalam dunia teknologi yang fana ini, aku menasihati kepada manusia-manusia di luar sana untuk menyalin data-data penting ke dalam cloud.

Bukan apa; sebab 2 minggu lepas aku dah terfaktab. Hard disk laptop aku crash. Dari 500gb, tinggal 100mb ja yang wujud dalam hard disk tu. Selebihnya tak tahu pergi mana. 
(Tetapi menggunakan teknologi jugalah berjaya dibaiki – 8 jam weh nak siap backup the whole data)

Masa tu aku terfaktab gila. Rasa nak nangis. Rasa nak bunuh diri pun ada. 500gb tu alah berapa ringgit je pun. Tetapi ini bukanlah nilai hard disk, tetapi nilai dalam barang hard disk tu. Kerja-kerja, karya-karya, video yang aku sorang je ada, file-file penting dunia akhirat – lesap sekelip mata.

Kenapa cloud? 

Sebab cloud adalah tempat terbaik untuk simpan data. Kau tak perlu simpan movie pun dalam cloud. Cuma perlu simpan barang berharga saja. Aku baru insof, tu yang bagi nasihat percuma ni.

Cloud ni kita tak nampak storage dia. Selalunya mana-mana storage cloud pun akan jaga data dalam cloud dia. Hangpa tak payah pertikaikan la 'keselamatan' data bila duk dalam tu. Sebab data hangpa duk dalam Facebook tu pun hangpa tak pernah nak pertikai.