Friday, May 27, 2016

Ceramah Ortodoks

Semalam aku pergi isyak di surau. Lambat dah masa tu aku pergi, 8:45pm baru pergi. Jadi aku rempit la pergi surau. Sampai je surau ingatkan tengah solat, rupanya ada ceramah lepas maghrib tadi tak habis lagi. 

Oleh kerana aku jarang dah kebelakanan ni dengar ceramah, jadi aku masuk je la surau tu. Di samping surau tu ada aircond, aku dengar la ceramahnya. 

Sebenarnya isi ceramah tu sama je. Semalam berkisar mengenai puasa gitu lah lebih kurang. 

Apa yang aku nk tekankan pada entry kali ini adalah mengenai silibus agama yang repeated macam bola sepak. Beguling ikut mana pun, akan jumpa sisi tu balik. 

Begitu juga dengan ustaz di tempat kita ni, ceramah bukan main seronok, ada kelakar-kelakar, bagus pandai tarik orang untuk datang ke surau dengar ceramah. 

Tapi isinya sama. Sama macam tahun lepas. Sama macam tahun-tahun sudah.

Tuesday, May 3, 2016

Travelog Dua Hari di PBAKL2016 beserta Catatan-catatan Lain

"Sesiapa yang ketika membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencinta ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku. Sepertimana seorang Arab Badwi yang lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya. Hingga ia berharap memperoleh ilmu seperti halnya orang Arab tadi mengharapkan kudanya."
(Al-Jahiz, ulama dan pakar ilmu zoologi pertama dalam Islam)

tempat di mana sepatutnya berlakunya ijtima' tahunan ini

Prolog

Ijtima’ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tiap-tiap tahun amat ditunggu-tunggu oleh para penggila buku seluruh Malaysia. Tempat dimana sang penulis dan penggemar buku bermasturbasi tiap-tiap tahun sehingga mencapai klimaks.

Penulis dan pembaca – dari yang Sunni hingga Muktazilah; dari indie sampai geli-geli; dari tulisan agama sehingga tulisan lucah; dari nerd hingga hipster; dari penulis sampah hingga Sasterawan Negara; dari penulis selfie hingga penulis SCOPUS; dari marhaen hinggalah mantan Perdana Menteri; dari barat utara timur selatan; dari misterius hingga nak glamor; dari selebriti hingga pathetic; dari muda sampai tua; dari rebel hingga tawakkal; dari penulis babi hingga pemegang anak kunci syurga – semuanya berkampung di sini sehingga sesak.

Satu majlis ijtima’ yang sangat ditunggu-tunggu oleh bibliomaniac. Kalau boleh occupy di situ, tentulah para orang gila ini dah bawa backpack di sana.

PBAKL tahun ini sangat aneh. Berlangsung di MAEPS. Diulangi, PBAKL. KL? Dibuat di Serdang. Serdang? Selangor? Ok tak kisah lah di mana pun berlangsung pestanya, aku tetap akan hadir. Ada sesetangah pihak yang cakap kerajaan nak guna PWTC waktu PBA, jadi tak oleh guna PWTC la. Ada juga yang cakap sewa tapak di PWTC agak mahal. Tak tahu mana yang betul, tetapi tetap berlangsung di MAEPS.

MAEPS tu tempat MAHA. Tempat agro. Ada yang pro dan kontra apabila ia berlangsung di MAEPS.