Tuesday, February 2, 2016

How to read books with bulk simultaneously

photo ihsan Google
(penafian: tulisan ini ditulis tidak mengikut skematik Bahasa Malaysia yang bagus. Dan terdapat unsur cacian dan makian yang tidak bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Cuma aku tulis untuk santai)

Ramai yang bertanya kepadaku bagaimana aku dapat membaca sebegitu banyak buku. Dah la banyak buku, tambahan pula membaca serentak buku-buku tersebut. Bagaimana aku lakukan? Adakah aku membaca 24/7 tanpa henti? Tidak!

Sebenarnya aku telah membuat satu jadual tidak formal untuk membaca. Sebagai siswa juga, aku tidak lepas dari kesibukan membuat lab dan assignment. Dan masalah utama sekarang ialah aku berada pada tahun akhir - menandakan ada final year project yang perlu disiapkan.

Tetapi bagaimana aku dapat membahagiakan masa untuk membaca? Aku membahagiakan bahan bacaan aku kepada beberapa bahagian:

1. Bacaan berat.
2. Bacaan ringan.
3. Bacaan ketika travel.
4. Bacaan untuk mingguan.
5. Bacaan untuk harian.
6. Bacaan untuk bulanan.
7. Bacaan bila tak ada apa nak dibaca.

Jadual ini aku tak catat di mana-mana. Aku main baca je apa yang aku beli. Buku yang aku beli sebolehnya aku akan baca, walaupun lambat atau cepat. Jadi aku tidak rigid sangat dalam memilih buku mana yang patut dibaca.


Aku akan combine bahan bacaan aku kepada paling kurang dua jenis. Sama ada;

1. Fiksyen ringan + fiksyen berat.
2. Fiksyen + non fiksyen
3. Ilmiah + fiksyen.

Dan beberapa lagi yang aku kira perlu. Bukan sekadar dua, tapi aku boleh combine sehingga 6-7 bahan bacaan dalam satu-satu masa. Ya, ini tertakluk kepada terma dan syarat, tertakluk kepada jenis manusia. Aku boleh lakukannya. Orang lain aku tak tahu. Kalau nak combine buku, kau kena pandai pilih genre untuk kau tidak pening sewaktu membaca. Paling mudah; kau kena ada satu bahan bacaan ringan, dan satu bahan bacaan berat. Itu yang paling penting.

Aku pergi mana-mana, aku akan bawa bahan bacaan. Dulu aku hanya membawa buku, paling kurang sebuah. Tapi sekarang aku dah maju sikit, aku beli tablet murah di Lazada, aku install ebook reader, dan aku baca versi PDF ada Epub. Ya, hanya itu ada dalam tablet aku. Memang aku beli untuk baca buku. Tapi jujur aku cakap, aku lebih feel baca buku fizikal berbanding baca digital macam tu.

Tu kalau aku pergi travel 1-2 hari la. Kalau cuti balik rumah, cuti seminggu macam tu, aku akan membawa balik paling kurang dua buah buku (yang tak dibaca lagi, bukan yang sedang baca) untuk ditelan di rumah. Dan aku berazam, buku tu tak akan kubawa ke kolej dah untuk dibaca. Makna kata, buku tu aku wajibkan habis dalam tempoh cuti tu juga, by hook or by crook.

Ada buku yang aku baca untuk buat kajian. Kajian ni ni bukanlah untuk kajian Ph.D atau apa pun. Tapi hanya untuk kajian peribadi. Dan buku ini aku akan sebolehnya fokus untuk satu buku ni saja sehingga habis baca. Selalunya mengambil masa yang lama. Sebab buku ni aku akan baca bersama pen dan kertas dan pensel untuk menconteng buku tersebut. Buku ni akanku catat isinya dalam kertas lain, dan apa-apa percanggahan yang aku dapat, aku akan rujuk buku lain. 

Ada juga buku yang aku baca; sebelum baa buku lain, paling kurang kena baca satu bab dari buku tersebut. Atau buku tersebut kena baca satu bab sehari. Bagaimana sekalipun, kena baca satu bab, kalau tak baca, maka akan carry untuk keesokkannya. Itulah cara kalau kau malas sangat nak habiskan buku tu. 

Bila aku membaca?

Aku membaca bila ada waktu lapang. Klise kan ayat tu? Tapi kalau kau memang benar bibliomaniac, kau akan faham betapa pentingnya waktu lapang. Dan betapa tak seronoknya waktu lapang tu kau duduk statik tak buat apa-apa. Jadi aku membaca waktu lapang;

1. Tunggu pensyarah masuk kelas – aku selalu datang 15 minit awal ke kelas. Dan masa tu aku akan buka buku yang aku bawa dalam beg (dalam beg aku tak pernah tak ada buku).

2. Pensyarah lewatkan kelas – situasi ni kadang-kadang aku nak maki pun ada, tetapi oleh sebab memang aku minat membaca, so aku ambil kekurangan ni sebagai kelebihan untuk aku. Aku selalu ke kelas 15 minit awal. Dan kalau pensyarah tu whatsapp 5 minit sebelum “class, hari ni kelas kita lewat 30 minit”. Masa tu aku tak balik kolej walaupun kolej aku dekat je. Aku tak ke cafĂ©. Aku tak tidur dalam surau (dulu aku suka tidur dalam surau blok akademik sebab ada aircond). Aku akan duduk tercongok depan pintu tu, aku akan selak buku dan baca. Kadang-kadang kalau aku rajin, aku akan ke perpustakaan. Tapi bila fikir balik, tempoh berjalan kaki ke perpustakaan untuk baca buku tu aku dah buang banyak masa. Jadi baik aku baca buku depan kelas je. Dan sahih dah aku tak akan lewat kelas tu sebab aku duduk depan pintu kelas.

3. Travel – sebolehnya sebelum aku tidur dalam kenderaan (bas atau kereta api atau yang sewaktu dengannya) tu, aku akan membaca walaupun sehelai. Lepas tu baru aku menidurkan diri. Selalunya aku akan bertahan supaya tidak tidur terus dalam bas, sehingga aku benar-benar mengantuk. Kadang-kadang kalau aku tak membaca, aku akan menulis dalam phone dan save pada draft. Pada travel ini, aku bawa tablet saja. Sebab dulu aku bawa buku, berat, aku nak kurangkan berat beban yang aku bawa.

4. Bangun tidur – masa bangun pagi, aku mandi dan solat, selalunya aku akan take time sikit untuk membaca. Paling kurang sehelai. Sebenarnya masa kau baru lepas bangun tidur (dan lepas mandi), badan kau segar. Masa tu agak susah untuk kau tidur balik walaupun masa tu kelas dibatalkan. Masa tu la aku ambil masa untuk membaca dengan best dan fokus. Selalunya aku bangun pagi, ada yang pensyarah pagi tu dia batalkan kelas, jadi di samping aku maki pensyarah dalam hati (sebab aku dah mandi dan segar bugar tapi kelas cancel) aku akan membaca buku sehingga aku collapse dengan sendiri di atas katil. Contohnya kalau aku bangun pukul 6:80 am, pukul 8 adalah waktu mustahil untuk aku tidur balik, masa tu la aku baca buku. Selalunya pukul 10 tu akan take a nap, tu pun kalau tak ada kelas la.

5. Waktu riadah petang – aku ni bukanlah atlet. Dan bukan peminat sukan luar (outdoor). Nak suruh aku main bola, memang tak la. Aku kaki bangku. Waktu petang jujurnya selalunya aku tidur. Letih la lepas kelas habis pukul 5. Tapi ada time aku akan baca buku sampai magrib. Dari kau tak buat apa-apa, dari kau ushar awek jogging kat tasik kolej, baik kau baca buku kalau kau tak main apa-apa petang tu.

6. Waktu malam – waktu baca buku paling best ialah selepas maghrib. Kau nak baca al-Quran itu lantak kau. Ni aku nak cerita fasal baca buku saja. Waktu tunggu magrib isyak tu, kau boleh baca buku. Lainlah kalau kau masa tu pergi masjid dengar kuliah.

7. Sebelum tidur – kadang-kadang tertidur tanpa tutup lampu. Masa ni best sebab tak ada limit untuk kau baca buku. Kau boleh baca sebanyak mana muka surat yang kau nak, sampai kau rasa mengantuk nak tidur.

8. Balik rumah – selalunya balik rumah aku akan bawa buku. Katakanlah aku lupa bawa buku, atau buku yang aku aku bawa tu dah khatam sebelum habis cuti. Di rumah aku ada buku spare juga. Buku tu memang aku simpan untuk baca ketika emergency. Tapi memang berbulan-bulan la ambil masa untuk habis.

Jadual Bilangan Buku

Aku sebagai seorang siswa yang malas, aku menetapkan beberapa syarat dalam hidup aku bersama buku. Walaupun kadang-kadang aku langgar je syarat ni, tapi syarat ni membolehkan aku membaca buku dengan cepat dan banyak sekali gus.

Hari Bekerja.

Hari bekerja bermaksud Isnin hingga Jumaat. Persetankan waktu tu kau ada cuti umum atau tak, tapi yang penting Isnin hingga Jumaat. Waktu tu aku akan terapkan dalam pendirian aku untuk mengkhatamkan sebuah buku.

Hari Minggu.

Pada Sabtu Ahad, aku akan berusaha untuk habiskan paling kurang sebuah buku. Dan paling banyak dua buah. Selalunya masa ni hanya bahan bacaan ringan yang aku habiskan.

Bulan.

Untuk sebulan, aku ada aim aku sendiri aku kena habiskan buku tertentu. Selalunya buku ni buku tebal dan sangat ilmiah. Tapi kadang-kadang aku accident juga terambil masa lebih dari sebulan untuk habiskan.

Travel.

Buku aku bawa untuk travel hanyalah buku biasa. Tidak memeningkan kepala bila membaca. Kau nak travel sambil baca buku berat-berat kejadah apanya. Buku ni selalunya nipis saja. Tapi walaupun nipis, sangat susah nak habiskan sebab aku aim aku akan khatam buku ni masa aku travel sahaja. Maksudnya, kalau aku tak travel, buku ni hanya duduk dalam rak.

Buku tak habis baca.

Kau ingat aku ni hebat sangat ke sekali pegang buku aku dapat baca semua dalam waktu yang diberikan? Aku pun manusia, ada waktu aku malas juga. Jadi buku ni tergolong dalam bahagian buku yang tak best mana dan tak menarik untuk dibaca. Buku ni bukannya sampah, tetapi kau delay buku ni kejap untuk kau beri laluan kepada buku lain untuk kau habiskan dulu. Buku ni ada dalam rak aku. Aku dah baca separuh, aku tinggal bodoh macam tu saja. Dah lepas tu bila aku nak baca? Aku akan baca ketika mana buku yang sedang aku baca tu menepukan otak aku. Masa ni la aku bosan, aku akan ambil buku yang aku tak habis baca lagi. 

Kegunaan GoodReads.

Bila kau dah jadi macam aku, masa ni la kau sangat memerlukan apps seperti GoodReads. Apps ni kau boleh tanda kat mana kau dah baca. Naharam banyak buku aku baca sekadar aku tanda guna penanda buku, kadang-kadang aku pun tak percaya yang aku baca takat situ, aku lebih percaya dalam GoodReads yang aku tanda sebagai currently-read. Semua bacaan kau pastikan kau tanda dalam GoodReads.

Ini adalah resepi aku. Diulangi, bukan semua manusia sama. Jadi aku hanya berkongsi, mungkin ada yang lebih baik dari aku. Boleh share juga bersama. Aku rasa ada je benda yang tak bagus yang aku amalkan untuk membaca ni, itu tertakluk kepada kesesuaian kau sendiri. Jangan ikut kalau tak mampu, tapi jangan berhenti membaca walau apa cara sekalipun.

2 comments:

komen dan kritikan amat digalakkan