Monday, January 18, 2016

Surat terbuka terhadap tuduhan

Kehadapan sahabatku yang dirahmati Allah. Aku tidak memarahimu. Aku pernah jumpa orang macam kau. Pengalaman aku mendewasakan aku.

Ingatlah wahai rakan..
Sains yang kau belajar tu dari Charles Darwin adalah ATHEIS.
Elektrik yang kau guna tu dari Nikolas Tesla tu KAFIR.
Ibn Sina yang kau bangga tu SYIAH.
Dan banyak lagi teknologi yang kau guna tu bukan berasal dari SUNNI, kenapa kau guna?

Aku seringkali ulang quote yang sama dari Aristotle "tanda minda berpendidikan ialah kebolehannya meneroka sebuah pemikiran tanpa menerimanya." Dan sebuah pepatah arab yang Johnny Depp guna dalam film Transcendence “manusia takut kepada apa yang dia tak tahu”.

Aku boleh agak bahawa yang mengviralkan buku-buku karya Ali Syariati aku ni, dia tak habis baca pun buku ni. Macam mana kau nak argue kalau kau tak baca pun benda tu?

Aku tak kesah kalau kau tak percaya, tak kesah kalau kau nak argue aku. Tapi ingat, kalau kau argue aku guna ayat macam ni, aku tak layan. Sebab kau pun tak membaca nampak gayanya.

Ingat kawan...
kalau Ahmad Deedat tak mendalami Kristian, tak bolehnya dia nak berdebat macam tu. 
Kalau Imam Abu Mansur Al-Maturidi tak mengkaji Muktazilah, tak akan timbul Ahli Sunnah.


Aku mencuit sedikit Dr. Amien Rais dalam pengantar buku Tugas Cendiakawan Muslim;
“Akhirnya perlu kiranya saya tambahkan catatan kecil Dr. Ali Shariati adalah seorang Muslim Syi'i. Sedangkan penerjemah adalah seorang Muslim Sunni. Dorongan untuk menerjemahkan buku ini bukanlah untuk menawarkan percikan-percikan pemikiran Syi'ah di Indonesia. Bagi penerjemah, perbedaan Syi'ah-Sunnah adalah warisan historis kuno yang telah menyebabkan lemahnya umat Islam sebagai satu keseluruhan. Yang perlu kita kerjakan bukan membongkar-bongkar konflik polituk masa silam yang jelas tidak akan ada manfaatnya. Tugas kita adalah menemukan kembali ajaran-ajaran Islam yang selama ini telah tertimbun oleh fikiran-fikiran Barat maupun Timur yang agnostik, sekularistik dan bahkan kadang-kadang ateistik. Bahwa ada konsep Syi'ah yang tidak dapat kita terima, seperti misalnya konsep imamat, tidak perlu kita besar-besarkan. Kita perlu berlapang dada untuk mengambil butir-butir kebenaran dari mana saja datangnya.”
Aku mengkaji, tak semestinya aku menganuti. Sahabat, kau kena faham apa itu 'mengkaji' dan 'menganuti'. Kita mencari persamaan dan kedamaian. Yang benar kita ambil, yang keruh kita tolak dan debate. Syiah sendiri pernah diseleweng oleh manusia tak bertanggungjawab. Aku selalu memberi analogi seperti "tak semua budak maahad itu baik". Maksudnya; islam itu membawa rahmatan lil'alamin. Islam itu sakral, suci. Tapi penganut Islam itu tak semestinya suci. Jadi, kalaulah Islam itu sakral, kenapa kau nak takut lagi? Kalau dah kukuh, buat apa nak goyah?

Sahabat,
Kalau kau mengatakan bahawa Syiah itu salah, aku ada banyak arguement untuk menyangkalnya kembali. Tetapi itu kalau kau menyoalnya dengan akal, bukan dengan sikap romantisme.

Sahabat,
Aku budak sekadar mengkaji Syiah, tetapi aku mengkaji Sunni juga. The powerful of sunni is very amazing. Kau jangan cakap aku cuba bertaqiyyah kat sini. Sebab aku saja yan mengenali diri aku. Bukan setakat Sunni-Syiah, tapi aku kaji ateis, agnostik, pluralisme, liberal, dan banyak lagi fahaman-fahaman lain untuk mengukuhkan aqidah aku. Makin aku kaji, makin aku mendapati bahawa Islam itu agama yang benar.

Rakanku...
Mazhab yang empat yang kau yakini benar itu – pun masih ada pertentangan yang nyata. Tetapi ia diterima oleh jumhur. Kalau kau nak cakap bahawa 'Syiah ini bukan Islam', kau kena kaji balik Amman Message – siapa yang tanda tangan perjanjian itu, dari pihak mana perjanjian itu digubal, siapa delegasi Malaysia yang bersetuju dengan deklarasi tersebut. Aku bukan nabi, aku bukan malaikat, aku bukan tuhan, aku bukan ulama – tapi aku based on ulama-ulama dunia yang cakap dalam deklarasi tersebut.

Sahabat...
Aku pernah dicemuh teruk lagi berbanding ini, 
Kalau sekarang aku jahat, aku hanya akan komen "pergi mampus!".
Tetapi aku cuba memahami apa yang kau faham mengenai ajaran ini.
Jadi aku mengambil jalan mudah, tak tidak memanaskan keadaan. Tak ada guna pun. Sebab kau tak akan faham juga.

Yang benar,
penganut Sunnah yang mengkaji.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan