Thursday, January 28, 2016

Bajrangi Bhaijaan

photo credit to santabanta.com


Prolog


Bila Dilwale ditayangkan di Malaysia, melompatlah para manusia penggemar filem Hindustan. Di India, filem tersebut tidak dapat menarik perhatian masyarakat di sana. Di sini, Malaysia, berbeza dengan di India. Dilwale lebih agung berbanding Bajrangi Bhaijaan. Tetapi filem itu juga mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, tetapi agak lambat.

Aku tidak ingin mengupas kenapa Dilwale lebih mendapat perhatian berbanding filem ini. Dan di sini aku tidak ingin sekali menulis berkenaan sinopsis dan jalan cerita filem tersebut. Dan di sini juga kau perlu tonton filem tersebut untuk kau memahami apa yang aku nak cakap.

Intra agama


Bajrangi Bhaijaan aku kira lebih kepada konsep intra agama, atau boleh juga dikatakan intra kepercayaan. Berbeza dengan filem PK lakonan Aamir Khan, filem tersebut menunjukkan inter-agama atau inter kepercayaan.

Bajrangi Bhaijaan menunjukkan bahawa pergaduhan antara dua agama yang mana tidak dapat mencari persamaan antara agama. Apakah tujuan agama? Apakah itu ad-Din? Bagaimanakah filem ini dapat merungkai perbezaan agama bukanlah satu kelemahan untuk menolong orang lain. Agama itu suatu yang suci – sakral. Tetapi penganutnya tidak suci. Kesalahan penganut agama tidak boleh diletakkan sebagai kesalahan agama.

Islam di Pakistan dalam filem ini lebih merujuk kepada kaum sufisme. Di awal cerita, ada menyebut Hazrat Nizamuddin Aulia. Beliau adalah seorang ahli sufi dari Chishti Order di India. Dan dalam filem ini juga ada sejenis nyanyian yang memuji Allah, Rasulullah, dan Syeikh Nizamuddin sendiri. Kalau aku cakap bab sufi di sini, mungkin perbicaraan kita tak akan habis. Kau kena belajar dan kaji sendiri bagaimana sufi ‘bergerak’.

Doktrin atau iman?


Sewaktu Shahida ak.a. Munni berumur 6 tahun, dia telah sesat di India. Dan Pawan telah menemuinya. Kalau ikutkan, agak alam Shahida bersama dengan penganut agama Hindu tersebut. Tetapi dalam filem ini kita boleh nampak scene di mana walaupun dia telah lama bersama dengan Pawan yang mana seorang penganut Hindu yang alim dan tidak sanggup buat salah – tetapi kesetiaannya (Shahida) terhadap agama Islam jelas terpancar dalam scenes yang diolah tidak secara literal. Keimanan Shahida kelihatan kukuh. ‘Kukuh’ di sini aku tidak boleh nak tafsirkan bahawa kukuh dengan doktrin atau kukuh dengan iman. Kerana pengarah tidak menunjukkan apa-apa tanda ‘dari mana’ keimanan Shahida itu datang.

Di negara luar, dalam konteks ini di India dan Pakistan – masyarakat di sana boleh saja memfilemkan berkenaan isu perbandingan agama seperti ini. Mereka bukanlah mengutuk dan mencaci agama lain, tetapi lebih kepada menimbulkan satu persoalan, dan akhirnya mencari persamaan dan perdamaian. Kalau di Malaysia, filem sebegini dilarang sekeras-kerasnya.

Rahmatan lil Alamin


Secara literalnya, Salman Khan berpegang teguh kepada agamanya tanpa menghiraukan keselamatan dirinya sendiri.

Walaupun dalam Islam terdapat istilah ‘rahmatan lil alamin’ (rahman untuk semua), tetapi filem ini lebih menunjukkan persoalan yang ada dari konsep itu juga. Orang Muslim dalam filem ini sangat ‘kasar’ dan tidak bertimbang rasa. Begitu juga dengan kaum Hindu pelampau (keluarga Kareena Kapoor) yang tidak ingin ‘membela’ lagi Shahida.

Semua agama terdapat ekstremisnya sendiri. Opss, silap. ‘ekstremis tidak beragama’. Melampau dalam mana-mana agama pun adalah dilarang. Jangan marah jika anda bersalahan pendapat dengan aku – aku berpendapat bahawa Islam ini bukan agama yang rigid dan kaku yang tiada tolak ansur. Dan jangan label aku sebagai pluralis agama atau membawa fahaman liberal. Aku bergelumang dengan isu ini agak lama, hampir dua tahun. Aku bukan ingin berkata aku benar dan kau salah, tetapi kau patut menilai Islam itu dari kaca mata non-Muslim untuk kau baiki Islam itu supaya menjadi cantik untuk kau berhujah dengan non-Muslim.

Syiahisme


Sebelum aku menonton filem ini, ada review yang aku baca yang mengatakan bahawa filem ini membawa pengaruh fahaman Syiah. Bila aku tonton filem ini, aku agak berbeza dari pandangan itu.

Aku tidak beranggapan yang menyebut ‘Ali’ berulang kali itu membawa pengaruh Syiah atau membawa kepada Syiah. Dalam ‘majlis’ nyanyian itu, aku memandang sebagai penganut mazhab sufisme. Tak cukup kuat untuk kau judge seseorang yang menyebut ‘Ali’ berpuluh-puluh kali itu sebagai penganut Syiah. Kaum sufi juga ada memuji ali. Kaum Sunni juga ada memuji ali. Kaum Islam juga ada memuji ali. Kau jangan ‘lari trek’ dengan berkata bahawa ‘syiah mencela sahabat bla bla bla’. Kita sekarang dalam konteks Bajrangi Bhaijaan yang mana penganut Islam di sana hanya menyebut (kau boleh juga kata ‘memuji) Ali, tetapi tidak mengeji sesiapa dalam nyanyian dan perbuatannya. Jadi bagaimana kau boleh tahu mereka Syiah?

Tawassul

Banyak scenes bertawassul dalam filem ini. Sebahagian dari sekte Islam sendiri membolehkan tawassul dari orang Alim. Tetapi ada juga sekte yang melarangnya. Dalam filem ini menunjukkan penganut Islam bertawassul (mungkin) melalui Hazrat Nizamuddin untuk memperoleh sesuatu. Scenes ini juga tidak menunjukkan Syiahisme – kerana sufisme itu berbeza dengan Syiahsisme.

Berkenaan Shahida dan emaknya mengikat tali pada 'dinding' itu, aku boleh berasumsi bahawa mereka ada pengaruh sufisme juga. Itu juga dipanggil tawassul. Kita ada tawassul kepada Nabi, mencium pedang nabi, menziarahi kubur nabi. Bertawassul dengan orang alim itu juga menjadi perdebatan dikalangan ulama. Kerana orang alim (ulama) itu bukan nabi. Isu boleh atau tidak boleh itu bukan isunya, tetapi apabila kita berhadapan dengan kaum Sufi, kita kena fikir satu perkara - dan perkara ini sama dengan ustaz aku cakap ketika aku belajar di sekolah pondok dahulu; beliau cakap "jangan nak cepat sangat menghukum ahli tasawwuf, jalan yang mereka ambil itu hanya difahami mereka sahaja". Kaum sufi juga ada banyak jenis, ada banyak 'jalan', maka hanya kaum sufi yang itu sahaja yang memahaminya. 

Bajrangi Bhaijaan vs PK


Secara plotnya, Bajrangi Bhaijaan lebih epik berbanding PK. Tetapi dari segi isunya (yang berbeza), setakat ini PK memenanginya. PK sebagaimana yang aku cakapkan tadi, isunya ialah inter kepercayaan – di mana Aamir Khan mencari tuhan yang tidak jumpa. Dalam Bajrangi Bhaijaan pula Salman Khan yakin dengan agamanya yang itu.

Bajrangi Bhaijaan tidak menggugat mana-mana agama. Film ini ingin menunjukkan bahawa agama ini bukan berfungsi untuk mengasingkan agama itu dengan agama ini. Lihat saja semasa Maulana Sahab yang mengajak Pawan masuk ke masjid itu. Scene itu menunjukkan Islam itu bukan untuk agama itu sahaja. Tetapi agama itu rahmatan lil alamin. Berbeza dengan PK – filem ini lebih kepada persoalan-persoalan yang mungkin dapat menggugat iman seseorang. Walaupun Aamir Khan dalam PK membela Islam, tetapi bila orang Islam sendiri menontonnya, akan rasa tergugat.

Serius aku cakap, kalau kau nak menonton PK, pastikan kau clear your mind, dan mengucap banyak-banyak. It’s very dangerous film kalau kau salah faham.

Epilog


Filem ini aku tidak pandang dari segi plot dan penceritaan. Kerana ada banyak lagi filem Hindustan – popular atau tidak – yang plotnya sama. Aku memandang filem ini lebih kepada isu yang diutarakan. Apa yang menarik filem ini, pengarah si Kabir Khan dapat shoot yang cantik semasa di Pakistan – dan aku rasa nak ke sana. ‘Tempat cantik’ dengan ‘shoot cantik’ tak sama. Tak semua tempat cantik bila dirakam akan menjadi cantik. Tetapi kalau shoot cantik, tempat hodoh pun akan jadi cantik. Aku bukan tertumpu pada tempat asal si Shahida sahaja – tetapi lebih kepada angle camera filem tu. Semua sudut yang dirakamkan membawa penceritaan yang tertentu.

Secara keseluruhan, filem ini aku boleh katakan bahawa – hanya ingin memberi mesej yang agama itu bukanlah rigid dan statik. Kalau ikut Islam, agama Islam itu sendiri adalah rahmat kepada seluruh alam.

Mungkin satu hari nanti pemikiran aku akan berubah juga untuk menilai filem ini. Tulisan ini adalah penilaian pertama aku. Jadi aku tak kesah kalau penilaian pertama aku ini salah. Mungkin bila aku menontonnya lagi selepas ini, sudut pandang aku sudah berbeza dengan yang sekarang. Ini adalah satu improvement, sebab ini adalah proses menuju kemajuan – kau tak pandang perkara itu sama dan literal, kau menganalisis, merobek, mengunyah seboleh mungkin untuk kefahaman diri kau sendiri.

7 comments:

  1. salah satu benda yang saya tak faham adalah sewaktu mereka mengikat tali pada kayu dan berdoa kepadanya, boleh komen dengan lebih lanjut amalan ini di dalam islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sudah update entry ni berkenaan isu tu. boleh baca balik dalam bahagian 'tawassul'. terima kasih. :-)

      Delete
  2. saya sudah update entry ni berkenaan isu tu. boleh baca balik dalam bahagian 'tawassul'. terima kasih. :-)

    ReplyDelete
  3. Bertawassul dengan tempat orang ramai beribadah. Konsep tawassul ini mengaku yang diri ini sangat rendah darjatnya untuk dimakbulkan doa dan berharap dengan keberkatan berdoa ditempat suci atau dengan menyebut nama orang alim ulama contohnya akan dipermudahkan diterima doa oleh Allah.

    Wallahu 'alam

    ReplyDelete
  4. Bertawassul dengan tempat orang ramai beribadah. Konsep tawassul ini mengaku yang diri ini sangat rendah darjatnya untuk dimakbulkan doa dan berharap dengan keberkatan berdoa ditempat suci atau dengan menyebut nama orang alim ulama contohnya akan dipermudahkan diterima doa oleh Allah.

    Wallahu 'alam

    ReplyDelete
  5. Hello selamat malam Naim. Macam mana nak download filem ini ya? Saya belum berkesempatan untuk nontonnya lagi.

    ReplyDelete
  6. Hello selamat malam Naim. Macam mana nak download filem ini ya? Saya belum berkesempatan untuk nontonnya lagi.

    ReplyDelete

komen dan kritikan amat digalakkan