Wednesday, December 14, 2016

Jangan Takut Untuk Tahu!

photo credit to bigthink.com

“The enemy is fear. We think it is hate; but it is fear”
- Gadhi

Sebut saja ingin menceburi bidang baharu, ada dikalangan kita berasa takut dan paranoid sehinggakan menolak secara total perkara tersebut. Satu perkara yang baru kita hendak mulakan memang agak mencabar diri kita sebagai seorang manusia.

Entry kali ini aku ingin menulis mengenai penceburan diri dalam dimensi baru bagi seseorang manusia. Aku sendiri telah menceburkan diri dalam beberapa bidang dan juga dimensi yang agak berbeza dan boleh dikatakan radikal dari rakan-rakanku yang lain. Jadi apakah azimat yang aku gunakan untuk tidak berasa takut dan paranoid terhadap sesuatu perkara?

Bukan mudah untuk kita (aku) meyakinkan seseorang untuk menganut fahaman baru. Ada dikalangan rakan kita yang takut untuk bertemu dengan ramai orang, takut untuk memperkenalkan diri, takut untuk bercakap, takut untuk mempertahankan diri sendiri, dan yang paling parah lagi ialah ragu-ragu untuk menghadiri ke suatu majlis yang bukannya tidak baik, tetapi dia sendiri tidak dapat melawan perasaan takut dirinya itu.

Saturday, November 26, 2016

Membaca: Starting Journey Point

photo credit to entrepreneur.com



“If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking”
– Murakami. 

Lama dah aku nak menulis mengenai tajuk ni. Tapi asyik sibuk kejar dunia saja. Tajuk ini tercetus dari perbincangan aku bersama rakanku di kedai kopi. Mungkin tulisan ini agak pendek dari tulisan-tulisanku yang lain. 

Bayangkan, kau ‘dilahirkan’ pada tahun ini, pada era ini, pada ketika ini. Kau lahir-lahir, terus kau bertemu dengan buku-buku dari terbitan indie. Lalu kau membacanya, kau menghayatinya, kau follow up semua perkembangannya. Jadi kau telah termasuk dalam satu sisi di mana aku mudah sebutkan sebagai ‘golongan pembaca indie’. Persoalan yang timbul ialah; benarkah buku selain yang kau minati itu tidak sebagus buku yang kau baca?’ 

Starting journey sangat penting dibahaskan bila bertemu dengan konflik ‘mengkritik kelompok lain’. Kau perlu faham dasar dia pegang. Kau perlu tahu dari mana dia mula. 

Thursday, September 8, 2016

IDM vs EagleGet

photo credit to timg


Bagi kaki download dan kaki movie, nama Internet Download Manager (IDM) tidak asing lagi dalam seantero dunia tersebut. Sebut saja IDM, memang dalam kepala akan takrifkan “downloader yang paling laju abad ini”. Ya, begitu juga aku, bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang IT, memang aku hanya menggunakan IDM sahaja untuk download.

Sehinggalah satu ketika…

Semasa aku praktikal, IDM ada beberapa masalah untuk digunakan dalam firma yang aku jalani latihan industri ini. Jadi aku teringatlah satu downloader yang rakan aku sarankan, iaitu EagleGet (EGT). Dia sarankan lama dah, dari aku semester 4 kalau tak salah, tapi aku buat tak endah kerana IDM is the best downloader ever. Tapi waktu aku praktikal, aku terpaksa cari solusi bagaimana untuk download dengan laju sama seperti IDM.

Wednesday, September 7, 2016

Naim AlKalantani: Mulakan perniagaan dengan PTPTN



“Kalau nak kaya, berniaga”
- Ayah

Minggu lepas baru keluar ebook Indienomics, sebuah kompilasi buku 23 orang tokoh dalam bidang ekonomi merdeka. Aku membacanya, sangat inspire dan membuatkan aku ingin berniaga kembali. Aku baca buku tu. Melihat Agenda Awani bersama Mutalib Uthman dan MatRodi. Menonton BERNAMA bersama Mutalib Uthman dan Johan Ropi.

Timbul satu idea dalam kepala aku, mengapa tidak aku menulis pengalamanku seperti 23 anak muda tersebut?

Sekarang jari-jari mungil sedang menari-nari secara ghairah di atas papan kekunci. Ceritaku mungkin tidak sama dengan tokoh-tokoh tersebut, kerana tokoh tersebut telah berjaya sehingga kini, tetapi aku tidak sepenuhnya berjaya kerana diri aku sendiri yang pemalas dan atas beberapa faktor persekitaran yang tidak mengizinkan. (ok, aku malas, tu je mudah cakap). Tapi dari cerita ini, mungkin boleh kau dapat beberapa idea dan tips berguna yang akan kucoretkan sebentar lagi. Kalau nak dibandingan dengan penulis-penulis Indienomics pun, aku tak layak, sebab aku hanyalah run business, bukan create a job. Tetapi hayati dan bacalah tulisanku ini sehingga habis.

Kisah bermula pada penghujung 2013...

Ketika itu aku dapat masuk ke politeknik. Aku dapat juga tawaran sambung belajar di UiTM. Tapi aku pilih politeknik sebab ia lebih cool, yelah, bidang aku minat (dulu) kan, bidang Programming. Sebelum masuk politeknik tu, aku belajar di tingkatan 6, lepas tu aku faktab, aku drop. Bosan. Jadi waktu tu aku tolong kawan berniaga, dapat duit sikit. Dan aku ada juga jalankan perniagaan lain sikit.

Tuesday, August 16, 2016

Review: The Man Who Knew Infinity

(tulisan ini mungkin mengandungi spoiler. Tetapi itu atas diri anda sama ada ingin melihat isi cerita ini atau ingin mengetahui jalan cerita ini. Jika anda lebih kepada ingin mengetahui jalan cerita, mungkin review ini mengandungi spoiler)

photo credit to: amcnetworks 

“qui genus humanum ingenio superavit” 
– Isaac Newton

Bila kita menyebut Isaac Newton, Albert Einstein, Stephen Hawking, semua orang mengenalinya dengan kepintaran mereka yang ketika itu boleh dikatakan tiada bandingan dengan manusia lain. Sehinggakan mereka ini dikatakan bodoh dan mengarut. Tapi bukankah bodoh dan genius itu hanya dipisahkan oleh satu garis yang halus?

Sebelum aku mengetahui cerita ini, aku langsung tidak mengetahui siapakah gerangan manusia yang bernama S. Ramanujan ini. Bukan sekadar tidak mengetahui, bahkan aku tidak pernah dengar pun namanya disebut sepanjang aku hidup. Aku meminati fizik dan matematik, aku hanya minat, tetapi kalau disuruhnya aku buat, aku mungkin tak boleh nak buat. Aku hanya minat.

Apabila aku melihat poster The Man Who Knew Infinity ini, aku mencari bilakah movie ini ditayangkan. Filem ini secara rasmi ditayangkan pada 2015. Aku kecewa kerana Malaysia tidak menayangkan filem ini. Tetapi dua minggu lepas aku layan The Purge: Election Year di Kuantan, aku ternampak teaser mengenai filem ini di GSC East Coast Mall, Kuantan, dan akan ditayangkan pada 18 Ogos 2016. Aku rasa nak melompat pun ada sebab filem tu akan ditayangkan di sini, aku sanggup pelan naik bas pergi Kuantan untuk tonton filem ni. Punyalah lama aku tunggu dengan gigih untuk menontonnya di panggung wayang. Tak sampai 18hb lagi, aku check di internet dah boleh download dah pun filem ni, siap Blu-Ray lagi tu. Punyalah lambat Malaysia buat kerja.

Wednesday, June 1, 2016

Pesanan Penaja: Cloud Storage

photo credit to nec.com


Pesanan khidmat masyarakat.


Aku ni bukanlah expert dalam bidang IT, masa diploma pun repeat dua paper. Tetapi untuk mengelakkan kecelakaan yang berlaku dalam dunia teknologi yang fana ini, aku menasihati kepada manusia-manusia di luar sana untuk menyalin data-data penting ke dalam cloud.

Bukan apa; sebab 2 minggu lepas aku dah terfaktab. Hard disk laptop aku crash. Dari 500gb, tinggal 100mb ja yang wujud dalam hard disk tu. Selebihnya tak tahu pergi mana. 
(Tetapi menggunakan teknologi jugalah berjaya dibaiki – 8 jam weh nak siap backup the whole data)

Masa tu aku terfaktab gila. Rasa nak nangis. Rasa nak bunuh diri pun ada. 500gb tu alah berapa ringgit je pun. Tetapi ini bukanlah nilai hard disk, tetapi nilai dalam barang hard disk tu. Kerja-kerja, karya-karya, video yang aku sorang je ada, file-file penting dunia akhirat – lesap sekelip mata.

Kenapa cloud? 

Sebab cloud adalah tempat terbaik untuk simpan data. Kau tak perlu simpan movie pun dalam cloud. Cuma perlu simpan barang berharga saja. Aku baru insof, tu yang bagi nasihat percuma ni.

Cloud ni kita tak nampak storage dia. Selalunya mana-mana storage cloud pun akan jaga data dalam cloud dia. Hangpa tak payah pertikaikan la 'keselamatan' data bila duk dalam tu. Sebab data hangpa duk dalam Facebook tu pun hangpa tak pernah nak pertikai.

Friday, May 27, 2016

Ceramah Ortodoks

Semalam aku pergi isyak di surau. Lambat dah masa tu aku pergi, 8:45pm baru pergi. Jadi aku rempit la pergi surau. Sampai je surau ingatkan tengah solat, rupanya ada ceramah lepas maghrib tadi tak habis lagi. 

Oleh kerana aku jarang dah kebelakanan ni dengar ceramah, jadi aku masuk je la surau tu. Di samping surau tu ada aircond, aku dengar la ceramahnya. 

Sebenarnya isi ceramah tu sama je. Semalam berkisar mengenai puasa gitu lah lebih kurang. 

Apa yang aku nk tekankan pada entry kali ini adalah mengenai silibus agama yang repeated macam bola sepak. Beguling ikut mana pun, akan jumpa sisi tu balik. 

Begitu juga dengan ustaz di tempat kita ni, ceramah bukan main seronok, ada kelakar-kelakar, bagus pandai tarik orang untuk datang ke surau dengar ceramah. 

Tapi isinya sama. Sama macam tahun lepas. Sama macam tahun-tahun sudah.

Tuesday, May 3, 2016

Travelog Dua Hari di PBAKL2016 beserta Catatan-catatan Lain

"Sesiapa yang ketika membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencinta ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku. Sepertimana seorang Arab Badwi yang lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya. Hingga ia berharap memperoleh ilmu seperti halnya orang Arab tadi mengharapkan kudanya."
(Al-Jahiz, ulama dan pakar ilmu zoologi pertama dalam Islam)

tempat di mana sepatutnya berlakunya ijtima' tahunan ini

Prolog

Ijtima’ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tiap-tiap tahun amat ditunggu-tunggu oleh para penggila buku seluruh Malaysia. Tempat dimana sang penulis dan penggemar buku bermasturbasi tiap-tiap tahun sehingga mencapai klimaks.

Penulis dan pembaca – dari yang Sunni hingga Muktazilah; dari indie sampai geli-geli; dari tulisan agama sehingga tulisan lucah; dari nerd hingga hipster; dari penulis sampah hingga Sasterawan Negara; dari penulis selfie hingga penulis SCOPUS; dari marhaen hinggalah mantan Perdana Menteri; dari barat utara timur selatan; dari misterius hingga nak glamor; dari selebriti hingga pathetic; dari muda sampai tua; dari rebel hingga tawakkal; dari penulis babi hingga pemegang anak kunci syurga – semuanya berkampung di sini sehingga sesak.

Satu majlis ijtima’ yang sangat ditunggu-tunggu oleh bibliomaniac. Kalau boleh occupy di situ, tentulah para orang gila ini dah bawa backpack di sana.

PBAKL tahun ini sangat aneh. Berlangsung di MAEPS. Diulangi, PBAKL. KL? Dibuat di Serdang. Serdang? Selangor? Ok tak kisah lah di mana pun berlangsung pestanya, aku tetap akan hadir. Ada sesetangah pihak yang cakap kerajaan nak guna PWTC waktu PBA, jadi tak oleh guna PWTC la. Ada juga yang cakap sewa tapak di PWTC agak mahal. Tak tahu mana yang betul, tetapi tetap berlangsung di MAEPS.

MAEPS tu tempat MAHA. Tempat agro. Ada yang pro dan kontra apabila ia berlangsung di MAEPS.

Tuesday, February 2, 2016

How to read books with bulk simultaneously

photo ihsan Google
(penafian: tulisan ini ditulis tidak mengikut skematik Bahasa Malaysia yang bagus. Dan terdapat unsur cacian dan makian yang tidak bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Cuma aku tulis untuk santai)

Ramai yang bertanya kepadaku bagaimana aku dapat membaca sebegitu banyak buku. Dah la banyak buku, tambahan pula membaca serentak buku-buku tersebut. Bagaimana aku lakukan? Adakah aku membaca 24/7 tanpa henti? Tidak!

Sebenarnya aku telah membuat satu jadual tidak formal untuk membaca. Sebagai siswa juga, aku tidak lepas dari kesibukan membuat lab dan assignment. Dan masalah utama sekarang ialah aku berada pada tahun akhir - menandakan ada final year project yang perlu disiapkan.

Tetapi bagaimana aku dapat membahagiakan masa untuk membaca? Aku membahagiakan bahan bacaan aku kepada beberapa bahagian:

1. Bacaan berat.
2. Bacaan ringan.
3. Bacaan ketika travel.
4. Bacaan untuk mingguan.
5. Bacaan untuk harian.
6. Bacaan untuk bulanan.
7. Bacaan bila tak ada apa nak dibaca.

Jadual ini aku tak catat di mana-mana. Aku main baca je apa yang aku beli. Buku yang aku beli sebolehnya aku akan baca, walaupun lambat atau cepat. Jadi aku tidak rigid sangat dalam memilih buku mana yang patut dibaca.

Thursday, January 28, 2016

Bajrangi Bhaijaan

photo credit to santabanta.com


Prolog


Bila Dilwale ditayangkan di Malaysia, melompatlah para manusia penggemar filem Hindustan. Di India, filem tersebut tidak dapat menarik perhatian masyarakat di sana. Di sini, Malaysia, berbeza dengan di India. Dilwale lebih agung berbanding Bajrangi Bhaijaan. Tetapi filem itu juga mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, tetapi agak lambat.

Aku tidak ingin mengupas kenapa Dilwale lebih mendapat perhatian berbanding filem ini. Dan di sini aku tidak ingin sekali menulis berkenaan sinopsis dan jalan cerita filem tersebut. Dan di sini juga kau perlu tonton filem tersebut untuk kau memahami apa yang aku nak cakap.

Thursday, January 21, 2016

Dilucutkan jawatan & captive mind

(tulisan ini ditulis pada sehari sebelum aku dilucutkan jawatan secara sah)


                “Orang mengkaji agama paling suka bergaduh. Paling gemar melabel. Terlampau seronok mengkafirkan orang lain jika berbeza pendapat”
– Mohd Rosli Ibrahim, aktivis OKU.

Menjadi viral mengenai aku mengupas isu Syiah di diskusi yang dianjurkan oleh kelab aku sendiri. Membawa malang kepada diriku sendiri. Rumors mengatakan aku dilucutkan jawatan dari memegang amanah sebagai pengerusi kelab.

Aku tak marah. Cuma agak terkilan. Dan memikirkan “I talk about some isme (baca:idelogi), and I was banned?”. I was surprise with that.

Jika benar sebagaimana yang aku fikirkan, maka terbuktilah bahawa posting di dinding Facebook aku dulu benar;

“Tulis fasal Syiah je, terus orang label penulis tu Syiah… Penulis di Malaysia ramai yang menulis mengenai sifat-sifat dan keperibadian wali-wali Allah. Dan kenapa kau tak label si penulis tu sebagai wali? Ramai penulis di Malaysia yang menulis mengenai nabi-nabi & sifatnya, dah kenapa kau tak label si penulis tu Nabi? Ramai penulis di Malaysia yang menulis mengenai sifat-sifat Allah. Dah kenapa kau tak label penulis tu sebagai Tuhan? Ya, kita bertanggungjawab apa yang kita tulis. Tapi tak semestinya kita berpegang dengan apa yang kita tulis”.

Monday, January 18, 2016

Surat terbuka terhadap tuduhan

Kehadapan sahabatku yang dirahmati Allah. Aku tidak memarahimu. Aku pernah jumpa orang macam kau. Pengalaman aku mendewasakan aku.

Ingatlah wahai rakan..
Sains yang kau belajar tu dari Charles Darwin adalah ATHEIS.
Elektrik yang kau guna tu dari Nikolas Tesla tu KAFIR.
Ibn Sina yang kau bangga tu SYIAH.
Dan banyak lagi teknologi yang kau guna tu bukan berasal dari SUNNI, kenapa kau guna?

Aku seringkali ulang quote yang sama dari Aristotle "tanda minda berpendidikan ialah kebolehannya meneroka sebuah pemikiran tanpa menerimanya." Dan sebuah pepatah arab yang Johnny Depp guna dalam film Transcendence “manusia takut kepada apa yang dia tak tahu”.

Aku boleh agak bahawa yang mengviralkan buku-buku karya Ali Syariati aku ni, dia tak habis baca pun buku ni. Macam mana kau nak argue kalau kau tak baca pun benda tu?

Aku tak kesah kalau kau tak percaya, tak kesah kalau kau nak argue aku. Tapi ingat, kalau kau argue aku guna ayat macam ni, aku tak layan. Sebab kau pun tak membaca nampak gayanya.