Pentingkah mengetahui nama penulis?



Pagi tadi ada berbual dengan seorang rakan di perpustakaan. Berbual mengenai buku. Dia minat membaca, dan aku kira dia tidak membaca karya-karya picisan yang hanya memuaskan zakar dan faraj sahaja.

Tetapi ada satu perkara yang aku pegang, tetapi dia tak pegang. Aku tak pasti dia nampak atau tidak kepentingannya.

Mengenai 'siapa si penulis buku itu?'.

Aku mencurahkan ide-ide bahawa si pembaca perlu tahu serba sedikit latar di penulis. "Kita adalah apa yang kita tulis". Aku kadang-kadang akan berpegang dengan pepatah ini, tetapi bukan 100%. Kerana ada ide yang ditulis oleh penulis hanya untuk mencurahkan ide, bukan untuk mengamalkan idea.

Bila kita mengenali sang penulis, maka ada satu sikap eksklusif (atau aku boleh katakan 'obses') terhadap kita. Kita akan addict terhadap bukunya. Kita akan memberi komen terhadap bukunya. Mungkin kita tidak akan baca dah bukunya di kemudian hari.

Latar pendidikan si penulis sangat penting bagi aku untuk menilai sesuatu karya. (kau tak perlu dapat PhD pun untuk nilai karya seseorang PhD, sebabnya penilaian kau dibuat untuk kau, bukan untuk orang lain). Dari latar pendidikanlah kita dapat menilai karya seseorang bagus atau tidak. Dan anugerah apa yang beliau telah terima. Tidakkah anda akan rasa gersang bila baca karya oleh Sasterawan Negara, Anugerah Seni Negara atau Anugerah S.E.A? Dan aku rasa tak perlu tanya kalau penulis tu pernah dapat Anugerah Nobel dan Pulitzer.

Bila kita attracted dengan sesuatu makalah, maka bukan makalah itu yang menjadikan ia menarik, tetapi teknik dan taktik si pengkarya yang menconteng karyanya itu supaya menjadi yang sebegitu. Maka amat perlu untuk mengetahui siapa si penulis. Paling bodoh, perlu mengetahui nama si penulis. Dan barulah lepas itu kita akan mencari lagi karya-karya penulis yang sama dengan harapan penulis itu akan menulis dengan lenggok yang sama dengan novel kita minat. Ada jugak penulis yang keluar dari kaedah asal, tetapi selalunya tidak lari.

Selain itu; pembaca kini akan judge buku berdasarkan siapa penulisnya, bukan tajuknya. Biarlah tajuknya itu bangsat macam mana pun, tetapi jika penulis itu yang kita minat, cukup hanya dengan 'nama' sahaja untuk penulis itu menarik minat kita.

Oklah. Panjang aku cerita tapi tak dapat point masalah juga. Contoh mudah aku beri. Ramlee Awang Murshid. Siapa tak kenal dia? Pembaca kenal dia berdasarkan novel dia. Jadi, no wonder tiap-tiap kali novel dia publish, meletup-letup di pasaran. Tak perlu lihat tajuk, hanya perlu 'nama' sahaja.

Aku pun ada mengumpul karya-karya dari penulis-penulis yang sama – A. Fuadi, ZF Zamir, Nadia Khan, Shaharom TM Sulaiman, Kassim Ahmad, Hilal Asyraf (hanya novel dan karya kreatif), Prof. HAMKA, Ramlee Awang Murshid, Faisal Tehrani, Hishamuddin Rais, Hasrul Rizwan, Ridhwan Saidi. Ramai lagi rasanya. Cumanya yang lain hanya 1-2 buah buku baru keluar, dan aku masih menunggu buku-buku yang akan terbit dari penulis lain.

Buku yang dikeluarkan meletop di pasaran, akan mengakibatkan pembaca memberi expectation yang tinggi pada novel seterusnya. Dan itulah akan menghairahkan pembaca.

Dan kini, aku masih hairan, macam mana SU aku baca buku tanpa kenal penulis, dan paling teruk, tak tu pun siapa penulis buku tersebut.

Comments