Wednesday, July 22, 2015

Orang Miskin Dilarang Sekolah





579 muka surat bagi aku sangat memenatkan. Tambah lagi typo merata dalam novel ini. Apa yang editor dia buat sebenarnya?

Ok tinggal dulu soal itu.

Orang Miskin Dilarang Sekolah. Deep. Serius, deep sangat. Nak pergi sekolah perlukan duit, perlukan baju sekolah, beg, kasut, perlukan duit. Adakah sekolah hanya tempat orang kaya? Orang berduit? Mengapa sekolah distruktur begitu sekali sehinggakan rakyat proletar dan mahraen berfikir 2-3 kali untuk ke sekolah?


Guru-guru di sekolah mengajar pelajar ibarat pelajar itu hanya produk-produk sekolah. Kalau berjaya dipuji, dan kalau tidak berjaya ditongsampahkan. Tiada alternatif lain untuk kau meneruskan pelajaran kalau kau tak berjaya di sekolah. Adakah sekolah satu-satunya tempat menuntut ilmu?

Cerita mengenai persahabatan. Persekolahan. Dan rakyat mahraen. Penukis mengambil tema dari Lasykar Pelangi karya Andrea Hirata untuk menulis novel ini. Novel ini banyak memberi unsur sarkastik kepada tenaga pengajar dan sistem persekolahan.

~ p/s: jangan tertukar ORANG MISKIN DILARANG SEKOLAH karya Wiwid Prasetyo dengan ORANG MISKIN DILARANG SEKOLAH karya Eko Prasetyo.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan