Monday, April 20, 2015

Tips semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

Dah lama aku tak menconteng blog ini. Jadi sekarang oleh sebab sedang dalam I’dah peperiksaan (final exam), aku nak beri beberapa tips untuk semua masyarakat. Aku bukanlah warga KL, dan aku sebenarnya tak suka ke bandar KL. Sebabnya teramat padat dengan manusia. Aku tak suka bising dan bingar, sesak. Tapi aku akan ke KL sekiranya ada event. Aku jarang turun KL kalau saja-saja.



24 April 2015 hingga 3 Mei 2015, Pesta Buku Antarabangsa 2015 (PBAKL2015. Selepas ini akan disebut PBAKL) akan berlangsung di PWTC, KL. Serata dunia, serata buku, serata bahan cetakan, serata manusia berkampung di sana selama 10 hari. Pesta buku paling berprestij dalam sejarah Malaysia. Diakan pada tiap-tiap tahun. Satu Malaysia menunggu pesta buku ini. PBAKL akan ditetapkan tarikhnya setahun sebelumnya. Apabila PBAKL2015 ini berlangsung, tarikh PBAKL2016 sudah ditetapkan. Selalunya akhir tahun akan ada undian dan mesyuarat booth yang akan dibuka di sana. Walaupun (bagi aku) berprestij, tapi ada kritik juga mengenai PBAKL ini. Boleh baca kritikan Nami Cob Nobbler di The Malaysia Insider. (http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nomy-nozwir/article/apa-yang-antarabangsanya-pesta-buku-antarabangsa-kl) Dan boleh lihat kritik Fdaus Ahmad dalam bukunya Proletar Dua Menara, DuBook Press.



Mungkin aku bukanlah insan yang tepat untuk memberi tips apabila berdepan dengan PBAKL ini. Kerana aku hanya pernah ke sana pada tahun lepas, PBAKL2014. Itu pun hanya sehari, sampai ke tengah hari sahaja. Tapi aku berfikir, bagaimana nak selesaikan masalah yang aku dan rakanku hadapi di sana. Dan aku tak akan ulangi perkara yang sama.

Ok, kita mulai.

  • 1. KL sentiasa sesak.

Ikutlah ada event atau tak ada, hari-hari KL sesak. Sebab tu aku rasa stress kalau turun KL. Tambah-tambah pergi kawasan Bukit Bintang tu. Celaka. Oleh sebab kesesakan melanda, tambahan pula ini event paling berprestij, aku nasihatkan jangan kau bawa kenderaan kau masuk ke kawasan atau sekitar PWTC. Kau nak bawa, kau parking jauh-jauh. Paling mudah, kau parking satu atau dua hentian monorel. Guna kenderaan awam. Kalau tak nak naik tren pun, kau naik teksi. Kau tahu kan betapa celakanya KL kalau ada event? Janganlah tambah kecelakaan ini. Belajarlah berjalan kaki. Quote dari Nami Cob Nobbler, aku tak ingat novel mana “rakyat Malaysia tak cukup berjalan kaki lagi untuk naik kereta”

  • 2. Jangan pergi waktu cuti.

Tips ini khusus untuk pelajar universiti. PBAKL lazimnya akan diadakan pada cuti semester. Politeknik, UiTM, dan banyak lagi IPT yang cuti pada masa tu. Dan tips ini terpakai oleh orang yang kerja tak ikut masa. Tolong, jangan sesakkan KL lagi. Kalau boleh jangan pergi waktu cuti. Sebabnya bila waktu cuti (hujung minggu maksud aku), budak-budak sekolah akan datang buat lawatan. Masa tu, berbas-bas datang. Last year pun aku terpergi Sabtu (sebab kawan-kawan form 6 dah cadang nak pergi sekali). Aku jadi stress makin ramai kat sana. Budak-budak sekolah berkeliaran. Dan yang pekerja yang kerja isnin-jumaat ni tentu-tentulah pergi hujung minggu juga, nak pergi selepas waktu kerja pukul 5 tu, jalan jem, lepas tu penat pula satu hal lagi.

  • 3. Beli token tren (atau guna kad t&g)

Tahun lepas aku pergi, aku memang faktab gila masa nak beli token. So tahun ni, aku tak nak jadi bodoh dengan buat benda sama. Ok aku cerita kisah tahun lepas sikit. Aku sampai KL dalam pukul 10 pagi. Naik tren pergi PWTC. Masa tu aku rilek lagi la, tak perlu la beli token untuk patah balik (atau nak ke hentian lain). Masa tu kawan aku cakap dah “beli token terus”. Aku cakap balik, “masalahnya kita tak tahu nak pergi mana lepas ni”. Ok dia setuju. Kami jalan-jalan dalam PWTC, lepas tu dalam pukul 2 petang lebih kurang, kami deal nak pergi Times Square. Pergilah hentian tren PWTC tu balik, nah kau, ramai nak mampus orang beratur (aku nampak mereka berebut, bukan beratur) nak beli token. Baru masa tu aku insaf. Aku tersadai kat dinding lebih kurang 30 minit untuk rakan aku beli token. Masa tu aku memang guna kad t&g (touch & go). Kawan perempuan aku siap boleh pergi solat lagi menunggu kami beli token, dan lepas dia siap solat pun, token tak terbeli lagi. Apa yang aku nak sampaikan? Kau sampai je PWTC (kalau guna tren la. Kalau kau naik public lain macam cab atau kau naik kereta tu, jadah apa kau nak beli token?) kau beli token terus. Masa tu fikir, kau nak ke mana selepas ini. Andaikan kau parking kereta di A, lepas tu kau pergi PWTC. Dan kau tak tahu lepas tu kau nak pergi A kembali atau kau nak pergi jalan-jalan dulu. Pada fikiran aku yang tak suka bersesak-sesak-sesak ni; better kau beli je token untuk ke mana-mana dahulu, asalkan kau lepas dari neraka menunggu beratur nak beli token di kemudian masa. Paling senang, guna kad t&g je la. Itu pun kalau kau kerap guna ok la nak beli. Kalau tak tak perlu beli semata-mata nak lepas gate tren tu. P/s: kad Watsons kau tu apa guna?

  • 4. Bawa bagasi.

Idea ni sebenarnya tak gila pun. Tahun lepas aku pergi, ramai bawa bagasi, memang untuk isi buku. Dan ada juga yang bawa troli terus. Aku nasihatkan bawa bagasi yang beroda tu. Tak perlu yang besar. Pinjam dari kawan-kawan. Bagasi paling mudah nak bawa, bagasi yang ada 4 roda tu. Persetankan orang cakap “gila apa kau bawa luggage pergi PBAKL?”. Sebabnya kalau kau hantu buku macam aku, kau akan kenal erti penyesalan. Tahun lepas aku beli dalam 30 buah buku. Lebih rasanya. Macam nak mati aku usung buku-buku tu. Tangan kiri kanan berat gila. Dah la lepas tu pergi Times Square pula, dengan banyak buku macam tu. Berat tahu?.

  • 5. Sebelum pergi, senaraikan apa yang nak dibeli.

Ada dua jenis manusia kat sana. Pertama datang nak cari buku yang dia mahu. Kedua, datang nak cari buku. Aku nak cerita yang jenis manusia pertama. Kau Google dulu buku apa kau nak cari. Cari penerbit dia, dan cari di booth nombor berapa dia berada. Nampak aku bagi tips bodoh kan? Ha, ya, bodoh. Tapi bila kau duduk dalam tu, kau akan rasa serabut dan tertekan. Dan mungkin list buku yang ada dalam kepala otak kau tu lost macam tu je. Yang penting cari tajuk buku, cari penerbit. Nanti sampai di PBA, kau boleh lihat je peta tu. Untuk manusia jenis kedua tu, lantak korang la. Sebab selalunya orang yang macam ni ada lebih masa dan tak ada timing dari bila sampai bila untuk duduk bertapa dalam PBAKL tu. Jadi biarlah mereka bersiar-siar dalam tu dan beli buku yang mereka terjumpa, bukan mereka cari.

  • 6. Tahu destinasi dan lihat peta.

Kau tak payah nak tunjuk hero dalam PWTC. Tempat tu celaka punya besar. Aku pun sesat (tapi sememangnya aku pergi mana-mana pun sesat). Pertama, pergi front desk, seingat aku kat ground floor. Pergi sana, ambil peta. Lihat booth mana kau nak pergi. Tanda booth dengan pen atau pensel. Lihat elok-elok peta tu, nanti kau akan tahu betapa besarnya peta tu. Kalau tak nak pening nengok peta, kau boleh pergi di sekitar front desk tu, ada satu banner bapak besar, ada list no booth dan penerbit. Dan ada 2-3 orang gadis cun kat situ yang sememangnya baik untuk menolong kau. Tanya dia penerbit ni kat mana, dan dia akan bagi tahu di floor berapa, di hall mana.

  • 7. Bawa duit.

Dah kenapa aku bagi tips ni? Semua orang bawa duit kan? Tak! Sebab tahun lepas aku pergi aku tak bawa duit pun. Maksud aku, cash. Aku tak ada cash. Semua dalam bank. Aku ingatkan debit card laku kat sana. Rupanya dioang tak ada mesin tu, ramai yang tak pakai mesin debit card tu. Setahu aku, dalam PWTC tu, hanya di ground floor sahaja yang ada ATM. Aku beratur tahun lepas, ramai gila yang beratur. Tahun ni aku insaf. Jadi, sebelum kau sampai PWTC, pastikan kau ada cash yang secukupnya.

  • 8. Bawa makanan ringan.

Kau tahu dalam PWTC tu makanan celaka punya mahal? Bawa makanan kau sendiri, letak dalam beg. Kau tahu lapar kan? Stand by keropok, atau roti-roti. Air wajib bawa. Nampak tips ini macam bodoh, tapi nanti kau sampai sana, baru reti. Lazimnya kalau orang dari jauh, dan bekerjaya, memang akan datang sehari je. Seharian duduk dalam tu. Jadi sediakan mental dan fizikal secukupnya kalau kau nak melabon berpuluh-puluh buku. Aku pun dari pukul 10 pagi sampai 2 petang pun rasa nak mati dah duduk dalam tu. Kelaparan dah satu hal. Sesak lagi.

  • 9. Jangan bawa anak kecil (?)

Memang la kau ada anak, tapi kau nak menyusahkan atau menyenangkan anak kau? Pandai-pandailah jaga. Anak kau, bukan anak aku. kahkahkah.


Aku bukanlah orang yang terbaik untuk memberi tips ini, yang mana boleh guna itu, guna. yang mana nak try and error tu, lantak kau. Baca lain di blog lain mungkin ada yang lebih bagus tips yang diberi. Dan mungkin saja tips yang aku bagi ini salah. Bergantung. Sebab ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku.

POST INI DITULIS PADA 20 APRIL 2015 YANG LALU. MUNGKIN ADA BEBERAPA PERKARA YANG SUDAH TIDAK VALID DI SINI KERANA PBAKL KINI DIBUAT DI MAEPS, SERDANG. TETAPI POST INI MENDAPAT LEBIH DARI 3K HITTING, JADI AKU TAK NAK UBAH LANGSUNG ISI KANDUNGAN POST INI. BOLEH BACA TRAVELOG AKU DI PBA PADA TAHUN 2016:

2 comments:

  1. Salam. Hee macam sonok saja nk gi pesta buku pwtc ;p

    ReplyDelete
  2. I'm a book lover too.
    Tp syg je sbb selalu termiss pesta buku.
    SELALU -_-"
    Pnh jejak kaki sekaliii jek seumur hidup kt PBA tu. Tu pn tak plan.

    Big Bad Wolf pn selalu termiss.
    Uhhh. sadis tul.

    ReplyDelete

komen dan kritikan amat digalakkan