Monday, April 20, 2015

Tips semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

Dah lama aku tak menconteng blog ini. Jadi sekarang oleh sebab sedang dalam I’dah peperiksaan (final exam), aku nak beri beberapa tips untuk semua masyarakat. Aku bukanlah warga KL, dan aku sebenarnya tak suka ke bandar KL. Sebabnya teramat padat dengan manusia. Aku tak suka bising dan bingar, sesak. Tapi aku akan ke KL sekiranya ada event. Aku jarang turun KL kalau saja-saja.



24 April 2015 hingga 3 Mei 2015, Pesta Buku Antarabangsa 2015 (PBAKL2015. Selepas ini akan disebut PBAKL) akan berlangsung di PWTC, KL. Serata dunia, serata buku, serata bahan cetakan, serata manusia berkampung di sana selama 10 hari. Pesta buku paling berprestij dalam sejarah Malaysia. Diakan pada tiap-tiap tahun. Satu Malaysia menunggu pesta buku ini. PBAKL akan ditetapkan tarikhnya setahun sebelumnya. Apabila PBAKL2015 ini berlangsung, tarikh PBAKL2016 sudah ditetapkan. Selalunya akhir tahun akan ada undian dan mesyuarat booth yang akan dibuka di sana. Walaupun (bagi aku) berprestij, tapi ada kritik juga mengenai PBAKL ini. Boleh baca kritikan Nami Cob Nobbler di The Malaysia Insider. (http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nomy-nozwir/article/apa-yang-antarabangsanya-pesta-buku-antarabangsa-kl) Dan boleh lihat kritik Fdaus Ahmad dalam bukunya Proletar Dua Menara, DuBook Press.