Hikayat Nur Muhammad


Kadang-kadang, karya-karya yang tak pasti sahih ni best jugak kalau ada, sebab korang tak ada. Aku ada jawi, naskah lama. Dan rumi (copyleft). Tapi yang rumi ni tak complete, Hikayat Nabi Wafat tak ada.

Nak?
"Dan barang siapa menaruh citra peri Nur Muhammad tatkala peri kemuliaan Nur Muhammad Rasulullah S.A.W bercahaya-cahaya itu atau mendengar dia maka Allah Taala memberi anugerah di dalam kitab pertama-tama Taurat dan kedua Injil dan ketiga Zabur dan keempat Furqan al-Azim iaitu kepada Rasulullah S.A.W dianugerahkan Allah S.W.T akan dia pahalanya S.W.T pertama Jibril A.S kedua Mikail A.S dan ketiga Israfil A.S akan memelihara akan dia. Dan dianugerahkan Allah taala pahalanya seperti orang naik haji dianugerahkan Allah Taala akan segala yang membaca dia itu atau orang yang mendengarkan citra ini daripada permulaannya datang kepada kesudahan citra Nur Muhammad itu."

Inilah Hikayat Nur Muhammad dan Nabi Bercukur dan Nabi Wafat adanya.

Comments