Thursday, January 15, 2015

Buat apa tonton filem?

photo credit to humanrightsfilmfestival


Setahun aku di sini. Di sini jauh dengan bandar besar. Panggung Wayang (pawagam) paling dekat dengan sini rasanya di Segamat. Tapi rasanya budak-budak sini nengok wayang di Kuantan sebab Kuantan bandar besar.

Jadi inisiatif yang diambil oleh pihak tertentu di sini, mereka menayangkan 'wayang pacak'. Menggunakan dewan utama atau dewan kuliah untuk menayangkan filem-filem. Bagus idea tu. Pelajar-pelajar di sini pun kadang-kadang ada yang boring, jadi dalam seminggu tu, paling kurang aku perasan, ada satu tayangan filem.

Aku bukan nak kutuk, tapi sampai bila? Sampai bila kita nak tonton filem-filem biasa? Ya, bukan semua orang boleh terima satu perkara yang sama. Ada orang suka tonton filem kelakar, ada orang suka tonton filem seram, dan sebagainya.

Tapi, sebagai intelektual muda, pelajar universiti, perlu ada sifat untuk meningkatkan kecerdikan itu. Mahasiswa adalah harapan negara, bukannya satu anak kecil yang hanya inginkan result 4.0 dalam exam semata. 

kata-kata klise, "beri aku 10 pemuda, nescaya menggongcang dunia". Bosan dah dengar quotes ni kan? Tapi fikir balik, anak muda, bagi aku perlulah progresif, tambah-tambah lagi seorang mahasiswa.

Tuesday, January 6, 2015

Hikayat Nur Muhammad

Kadang-kadang, karya-karya yang tak pasti sahih ni best jugak kalau ada, sebab korang tak ada. Aku ada jawi, naskah lama. Dan rumi (copyleft). Tapi yang rumi ni tak complete, Hikayat Nabi Wafat tak ada.

Nak?

Istana Melaka terbakar

Istana Melaka? 
Hari tu ada isu sikit yang mengatakan bahawa istana Melaka (sekarang muzium$ di Melaka tu bukan yang sebenar. Isu itu mencuit ayat di dalam edisi W.G Shellabear.

Aku ada edisi A. Samad Ahmad. Muka surat 143. Ya, aku telah semak.

“Adapun akan Sultan Mansur Syah pun pindahlah, tiada mahu diam lagi pada istana tempat Hang Jebat mati itu. Maka baginda memberi titah kepada Bendahara Paduka Raja, menyuruh membuat istana. Maka Bendahara sendiri mengadap dia, kerana adat Bendahara pegangannya Bintan. Adapun besar istana itu tujuh belas ruang, pada seruang tiga-tiga depa luasnya; besar tiang tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya berkapa-kapa, pada antara kapa-kapa itu diberinya bumbungan melintang dan bergajah menyusu; sekaliannya bersayap layang-layang, sekaliannya itu diukir dan bersengkuap. Pada antara sengkuap itu diperbuatnya belalang bersagi; sekaliannya dicat dengan air emas. Kemuncaknya kaca merah, apabila kena sinar matahari, bernyala-nyala rupanya seperti manikam. Akan dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali dengan cermin China yang besar, apabila kena panas matahari bernyala-nyala rupanya, kilau-kilauan tiada nyata benar dipandang orang. Adapun rasuk istana itu kulim, sehasta lebarnya, dan sejengkal tiga jari tebalnya. Akan birai istana itu dua hasta lebarnya, dan tebalnya sehasta, diukirnya rembatan pintu istana itu empat puluh banyaknya, semuanya bercat dengan air emas. Terlalu indah perbuat istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada sepertinya pada zaman itu. Istana itulah yang dinamai orang 'Mahligai Hawa Nafsu'; atap-atapnya tembaga dan timah disiripkan.”
A. Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalatus Salatin (edisi pelajar), Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor, 2013, mukasurat 143.