Monday, December 8, 2014

HAMKA - Di Bawah Lindungan Kaabah


Di Bawah Lindungan Kaabah, cuma 102 mukasurat. Nipis je novel ni. Tapi bahasanya puitis. Tapi puitisnya tak macam junior aku seorang ni yang asyik update status Facebook ajet-ajet HAMKA jugak. Tu puitis cilake macam frust dengan awek. Puitis HAMKA very beautiful.

HAMKA, ulama yang menulis novel. “Siapa lagi?”, kata Dr. Muhaimin Sulam. Dan beliau menyambung, “FAISAL TEHRANI”. Masa ni Seminar Pemikiran Hamka di UIAMK. Aku pun terkejut beruk dengar dia cakap macam tu.

Novel nipis ni sudah difilemkan. Dan ada satu lagi. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck pun sudah difilemkan. Indonesia memilih karya-karya yang sangat berkuali untuk diterbitkan.

Malaysia? Ok, ada. Suamiku Encik Sotong Kering Tak Sedar Diri.

Kalaulah malaysia nak terbitkan karya Ramlee Awang Murshid pun aku nak nengok sampai habis. Kalau rare sikit, kita ada Faisal Tehrani yang mana karya-karyanya dikaji terlebih dahulu sebelum ditulis. Semi-fiksyen gitu.

Aku sedang perlahan-lahan mengumpulkan novel-novel Buya HAMKA.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan