Saturday, November 8, 2014

tidur dalam masjid

Dulu aku ada tulis juga pasal tidur di dalam masjid.

Aku di Kuantan sekarang. Aku lepak jap dalam satu masjid kat sini. Nak baring-baring je. Letih.

Lepas tu aku ada pak guard datang "oi! nak tidur, nak baring ke kat luar!".

Aku tak marah kat pak guard tu. Cuma aku pelik. Institusi masjid sekarang bukan untuk sosial dah. Hanya sekadar tunggang-tungging melakukan ritual di masjid.

Kata Tariq Ramadan "Islam datang dengan membela kaum tertindas (mustad'afin). Islam bukan datang dengan penghukuman. Bela dulu kaum tertindas, baru ada penghukuman"

Tidur di dalam masjid aku kira tiada masalah. Cuma kena jaga adab. Ya, tak nafi pak guard tu cuma mengelakkan masjid itu kotor. Risau terkencing dalam masjid. Risau air liur meleleh.

Tapi fikir balik, kita tidur, apa yang masalah? Bila last kita kencing masa tidur? Air liur tak sempat keluar pun kalau sekadar nak tidur 10 minit. Kalau keluar pun, jap je la, air liur bukan najis.

Bayangkan, kalau ketika kita dihalau dari tidur dalam masjid, masa tu juga ada orang non-muslim nampak. Apa yang dia fikir?aa

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan