Tuesday, November 25, 2014

11A untuk SPM

Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang
Zul Fikri Zamir
Bukan nak kutuk. Tapi nak cakap. Memang realiti.

Budak-budak SPM, belajar dengan tekun, memang nak 11A+ punya untuk SPM mereka.
Tapi, lepas SPM nanti, buku kemana, ilmu kemana.

Mereka study untuk SPM. Tapi aku tak pasti mereka perasan atau tidak bahawa mereka bukan study untuk ilmu.

Kau dapat Ph.D, master, SPM bagus, diploma bagus, ijazah bagus, kau kena ingat bahawa tu sijil berapa tahun lepas punya.

Monday, November 17, 2014

Buku copyleft untuk dijual

BAGAIMANA MEMBACA BUKU

TERJEMAHAN RUSTAM A.SANI



Buku terjemahan yang cukup menarik dengan kata pengantar oleh saudara Anwar Ibrahim ini secara keseluruhannya cuba mengajar kita menjadi pembaca yang lebih aktif, supaya berhasil mendapatkan lebih manfaat dari bahan bacaan. Manakala tujuan tertinggi dan terakhir dari kegiatan membaca adalah untuk meninggikan akal budi. Buku ini tak lagi ada di pasaran. 






Semua orang pasti pernah melalui pengalaman bertemu dengan bahan bacaan yang sukar, sehingga merangkak-rangkak membacanya, sedangkan apa yang diharapkan adalah sebuah pembacaan yang memberi pencerahan.






Ramai yang menghadapi keadaan seperti ini membuat telahan bahawa mereka telah tersilap memilih buku. Sebenarnya bukan demikian.






Lalu, bagaimanakah cara atau pendekatan yang sepatutnya? 


Ada satu peraturan umum mengenai membaca yang ramai tidak tahu. Asasnya sangat mudah: Ketika membaca buku yang sukar untuk kali pertama, baca terus tanpa berhenti untuk meneliti atau mencari penyelesaian kepada perkara yang kita tidak tahu dalam buku itu. Ini dinamakan oleh Mortimer J. Adler dalam bukunya How to Read a Book sebagai salah satu daripada teknik inspectional reading (terbahagi kepada dua, skimming dan superficial reading).

Sejak edisi pertama Bagaimana Membaca Buku diterbitkan pada tahun 1940 buku ini telah mengalami beberapa edisi dan penyemakan dan diterjemahkan ke dalam puluhan bahasa - satu petanda bahawa buku ini telah teruji mutunya.

Buku ini ditujukan kepada para pembaca, khususnya kepada mereka yang ingin menjadi pembaca yang efisien. Bagaimana Membaca Buku menggariskan empat tahap pembacaan iaitu asas, penelitian, analitis dan sintopik. Ia bukan sahaja menunjukkan kepada kita teknik membaca yang berkesan tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mendapat manfaat sepenuhnya daripada kegiatan membaca.

Mortimer Adler adalah pengarah projek Encyclopedia Britannica. Pengarang beberapa buah buku, Dr Adler pernah menjadi profesor falsafah di University of Chicago dan editor Great Books of the Western World. Charles Van Doren adalah teman sekerja Dr Adler di Institute of Philosophical Research.

Buku ini bahasa MELAYU. Buku ini lengkap.
Buku ini dalam perfect binding. Sebijik macam buku.
HARGA BUKU BAGAIMANA MEMBACA BUKU RM20.
Buku setebal 149 muka surat (lebih kurang)
Hubungi aku di 0129611812 (sms/whatsapp/telegram) atau sms 0145110313

Saturday, November 8, 2014

tidur dalam masjid

Dulu aku ada tulis juga pasal tidur di dalam masjid.

Aku di Kuantan sekarang. Aku lepak jap dalam satu masjid kat sini. Nak baring-baring je. Letih.

Lepas tu aku ada pak guard datang "oi! nak tidur, nak baring ke kat luar!".

Aku tak marah kat pak guard tu. Cuma aku pelik. Institusi masjid sekarang bukan untuk sosial dah. Hanya sekadar tunggang-tungging melakukan ritual di masjid.

Kata Tariq Ramadan "Islam datang dengan membela kaum tertindas (mustad'afin). Islam bukan datang dengan penghukuman. Bela dulu kaum tertindas, baru ada penghukuman"

Tidur di dalam masjid aku kira tiada masalah. Cuma kena jaga adab. Ya, tak nafi pak guard tu cuma mengelakkan masjid itu kotor. Risau terkencing dalam masjid. Risau air liur meleleh.

Tapi fikir balik, kita tidur, apa yang masalah? Bila last kita kencing masa tidur? Air liur tak sempat keluar pun kalau sekadar nak tidur 10 minit. Kalau keluar pun, jap je la, air liur bukan najis.

Bayangkan, kalau ketika kita dihalau dari tidur dalam masjid, masa tu juga ada orang non-muslim nampak. Apa yang dia fikir?aa