Monday, October 20, 2014

Seminar Pemikiran HAMKA 2014

photo credit to Facebook Seminar Pemikiran HAMKA

Seminar Pemikiran HAMKA 2014 di UIA Kuantan. Bagus ni, aku boleh pergi. Jadinya aku pergi. 

Aku pun tak tahu aku nak tulis apa sebenarnya ni. Untuk berkongsi pengalaman? Entah, macam bosan je. Tapi, aku tulis je la apa yang patut. Sebabnya kalau aku keluarkan isi-isi yang aku dapat dari seminar ini, rasanya macam lain macam la pula. Hahaha.

Sebelum


Masa aku lihat poster seminar, aku dah kenal ustaz Zahiruddin Zabidi. Sebab aku dah baca bukunya La Adri dari DuBook Press. Dan juga aku dah kenal Dr. Alinor. Jadinya aku ambil keputusan untuk merantau dari Muadzam Shah ni sorang-sorang ke Kuantan. Seminggu sebelum hari kejadian, aku dah sms adik aku untuk poskan buku La Adri itu ke politeknik aku ni. Sebab aku ke seminar nanti, aku boleh minta tandatangan dia. Tapi malangnya, adik aku dah pos, hari nak pergi (Jumaat) tu baru aku teringat buku tu sudah dipos dan telah sampai ke pejabat felo dalam 4-5 hari sebelumnya. Aku tunggu punya tunggu, pejabat tak buka, jadi dengan pasrahnya aku pergi je la Kuantan. Dr. Muhaimin Sulam pulak aku tak pernah dengar nama beliau.

masa ni aku pergi jalan-jalan di ITBM dan Kinokuniya KLCC.
Buku La Adri ada dalam gambar ni.
Sampai di UIA, la, ada hari terbuka rupanya, tak perasan la pula. Aku ingat semata-mata seminar saja. Dan aku terkejut lihat Instagram Terfaktab, mereka pun ada di hari terbuka tu.

Semasa


Aku pun tak tahu nak istilahkan seminar ni macam mana. Aku panggil pembentangan kertas kerja saja lah.

Pembentangan yang pertama dipersembahkan oleh ustaz Zahiruddin Zabidi. Tajuknya ialah PROF. DR. HAMKA & DAKWAH MELALUI PENULISAN: SOROTAN TERHADAP PENGALAMAN PERIBADINYA. Masa aku dapat kertas kerja beliau, baru la aku tahu beliau ni adalah Editor Kanan buku Karya Bestari Sdn. Bhd. Beliau mempersembahkan kertas kerja beliau dengan sangat bersemangat. Aku tertarik dengan persembahannya.

Beliau menekankan bahawa membaca itu penting. Dan dari situlah timbul idea aku untuk bertanya soalan.

Aku boleh letakkan di sini beberapa perkara menarik yang diutarakan oleh ustaz Zahiruddin untuk tatapan semua pembaca blog aku.

Ustaz ada menyebut bahawa, jika nak jadi orang yang hebat, mesti sudah lalui lima perkara;

1. Kena putus cinta.
2. Kena masuk penjara.
3. Kena jadi orang nakal.
4. Kena ada ayah yang memaksa.

Yang ke-5 aku tak ingat apa dia, rasanya masa aku aku berkhayal. Mohon hadirin yang hadir, komen di bawah ni apa yang ke-5 itu.

Dan pada sesi soal jawab bersama ustaz Zahiruddin, aku bertanyakan soalan;

1. Tadi ustaz ada cakap mengenai membaca, dan ustaz sendiri yang menekankan membaca. Saya membaca, banyak yang saya baca, Karl Marx pun saya pernah baca. Tapi masalahnya ustaz; rakan-rakan saya sering kali menasihati saya supaya belajar dengan guru. Bila saya buat kajian balik, “membaca tanpa guru itu berguru dengan syaitan” itu bukan hadis. Bagaimana pendapat ustaz?

2. Saya sudah baca buku ustaz, bertajuk La Adri. Tadi ustaz cakap bahawa jika kita ingin menulis, kita perlu tulis dengan memenuhi kriteria bahasa Melayu itu sendiri seperti di mana komanya, titiknya, dan lain-lain. Tapi, DuBook Press yang menerbitkan buku ustaz itu sendiri, banyak karya lain terbitan itu saya kira merosakkan bahasa. Bagaimana itu?

3. Saya sudah membaca 3 buah novel karya HAMKA; 1. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck; 2. Tuan Direktur; 3. Merantau Ke Deli. Saya nak tanya, mengapa buya HAMKA menulis novel itu, semuanya sad ending.

photo credit to facebook Seminar Pemikiran HAMKA.
Bangga kejap gambar ada dalam Facebook mereka.

Jawapan yang diberi oleh ustaz itu memuaskan aku. Dan inilah jawapannya. Tapi aku ringkaskan sahaja jawapannya;

1. Betul, “membaca tanpa guru itu berguru dengan syaitan” itu bukannya sebuah hadis. Berguru itu sangat penting, tapi membaca dan berguru itu sangat penting. Bacalah. Jangan tak membaca.

2. DuBook Press, saya tidak mahu judge mereka. Tapi saya hanya memberi nafas baru kepada penerbitan independent yang mana, karya-karya Islami juga ada di dalam penerbitan indie.

3. Pada ketika itu, karya-karya mesti membawa kesan depression kepada pembaca. Buya HAMKA ketika itu menerima pengaruh yang sama. Zaman membentuk corak penulisan. 

Merantau Ke Deli dan Tuan Direktur, cetakan PSN Publisher.
dibeli di salah satu kedai buku di Kuantan.

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Dibeli di SMO Kubang Kerian, Kelantan.
Cetakan PSN Publisher.

Selepas itu, perbentangan oleh Dr. Muhaimin Sulam. Pembentangan bertajuk: KARYA NOVEL PAK HAMKA: RAKAMAN SOSIAL UNTUK TELADAN.

Sebenarnya aku tak kenal pun siapa Dr. ni. Dan aku tak buat research pun siapa beliau. Tapi ketika beliau mula-mula bercakap di hadapan penonton, aku rasa tertarik. Ye la kan, Dr. tu, masakan boleh jadi doktor kalau tak pandai mempersembahkan idea.

Dr. Muhaimin ada berkata juga mengapa novel karya buya HAMKA itu bersifat sad ending. Kerana, masa itu nilai masyarakat itu memang begitu.

Ada perkara yang Dr. Muhaimin katakan.

Kalau kamu nak lihat kehebatan Melayu, maka Indonesialah tempatnya. “Buya HAMKA, seorang ulama, seorang ahli politik, seorang ahli parlimen, tapi menulis novel. Siapa ulama yang menulis novel? Cuba cakap kepada saya.” Aku terfikir juga siapa ulama yang tulis novel? Ada ke? Nik Aziz? Mana pernah tulis novel. So aku diam je la masa tu.

Dr. Muhaimin Sulam cakap “kalau saya sebut nama beliau, mungkin kamu semua kenal”. Aku fikir dah, ni mesti orang yang terkenal, tapi kita tak perasan.

Dan Dr. pun bagi tahu, “FAISAL TEHRANI”.

Aku hampir mencarut ketika itu. Aku fikir balik, ya, Faisal Tehrani (FT) ialah graduan dari Akademi Islam. ‘Ulama’ itu bukan pada fizikal; berserban, berjubah, membawa al-Quran setiap masa. Bila Dr. bagi tahu macam tu, so aku boleh terima bahawa FT seorang ulama. Aku telah baca beberapa karya FT; 1. Perempuan Nan Bercinta; 2. Ketupat Cinta [musim pertama]; 3. Manikam Kalbu. Dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? kini aku sedang baca, tak habis lagi. 

salah sebuah karya provokatif FT.
ada orang buat copyleft dengan perfect binding.

Manikam Kalbu.
Menceritakan mengenai pakaian Melayu.

Ketupat Cinta. Berkenaan makanan Melayu.
Dibeli di salah sebuah kedai buku di Bandar Jengka.
Buku-buku yang dilelong masa tu, ada buku ni.

Dr. ada sebut mengenai isu Syi’ah yang dibawa oleh FT. (boleh lihat konferensi Persatuan Ulama Islam Internasional dalam blog aku) tapi kita bukan nak bincang mengenai itu. FT, graduan Akademi Islam, dan lulusan agama, menghasilkan karya-karya novel-novel kontroversi. Itulah ulama yang menulis novel di Malaysia.

Betul, lima buah karya FT telah diharamkan kerajaan. Aku dah baca sebuah di antara lima itu. Perempuan Nan Bercinta. Siapa rasa nak karya ini, sila hubungi aku di Facebook.

Dr. juga ada menyebut mengenai kehebatan perpustakaan di Universiti Teknologi Petronas). Mungkin satu hari nanti aku akan ke sana.

Pada sesi soal jawab, aku bertanya soalan kepada Dr. Muhaimin;

1. Tadi Dr. ada cakap mengenai FT dan karya-karyanya. Saya sudah membaca beberapa karyanya, termasuk yang telah diharamkan oleh kerajaan itu. Jadi saya ingin tanya:

a. Di dalam Ketupat Cinta [musim pertama], FT ada menyebut bahawa Tun Seri Lanang (T.S Lanang) menyorokkan beberapa sejarah yang di dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) itu? (dalam Sulalatus Salatin tu tak lengkap).

b. Dalam novel yang sama, adakah benar Parameswara ketika memasuki Melaka, sudah ada orang dan pemimpin yang tinggal di Melaka ketika itu? Tapi pemimpin mereka, mengikut FT, hanya bangun sehari dalam setahun/sebulan, yang bersalahan dengan Sulalatus Salatin itu yang mengatakan bahawa Parameswaralah yang membuka Melaka.

Sulalatus Salatin.
Quotes ni dari Isham Rais, ketika aku pergi ke forum FALSAFAH: MEMPERKASA ATAU MENYESAT PENDIDIKAN?


Masa no.1 tu, dia potong aku bertanya. Dia tanya aku balik “jadi Syi’ah tak awak baca FT?”. aku jawab, tak jadi Syi’ah pun. ok je.

Ni jawapan Dr. Muhaimin, aku ringkaskan:

“Inilah hasil karya FT. Sangat mempengaruhi pembacanya. Ya, saya pernah baca Ketupat Cinta, bercerita mengenai makanan. Dalam tu memang ada FT tulis macam tu. Itu hanyalah kiasan di mana kini; pemimpin kini hanya bangun lima tahun sekali sahaja.”

Ok, kelakar. Hahaha. Memang peserta gelak pun masa tu. Maka terjawablah persoalan aku ketika aku baca Ketupat Cinta itu dulu. Lama dah aku baca novel tu, dan lepas aku baca novel tu pun, aku memang tulis terus persoalan-persoalan yang bermain di minda.

Dan yang bestnya, semua karya FT yang aku baca, aku membaca bersama sebatang pensel. Dan memang aku akan gariskan poin penting. Tambah lagi buku Perempuan Nan Bercinta itu, 3 muka aku tulis dalam kertas kajang isu yang dibangkitkan. Ada lebih kurang 63 isi aku dapat tulis.


isi yang aku dapat dari Perempuan Nan Bercinta.
muka surat 1

isi yang aku dapat dari Perempuan Nan Bercinta.
muka surat 2

isi yang aku dapat dari Perempuan Nan Bercinta.
muka surat 3.

tulisan aku memang macam ni. aku seorang saja yang faham.
Masa makan tengah hari, aku sempat beli novel karya Dr. Muhaimin di luar dewan. Aku Melayu di Kota Inggeris. Masa aku dapatkan tandatangan beliau, aku sempat tanya, “Dr., Dr. dah baca Perempuan Nan Bercinta? Dalam tu kan ada rujukan, dan ada nota kaki, adakah itu salah?”.

Dr. Muhaimin menjawab, “itu masih dalam kajian”.

Terima kasih kepada yang menghadiahkan buku Bagaimana Membaca Buku.
Dan terima kasih kepada Dr. Muhaimin Sulam sebab tanda tangan novelnya.

Di tengah hari, pembentangan oleh Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir. Aku kenal (bukan pernah jumpa, tapi pernah lihat namanya) ketika Lepak Maqasid oleh Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi. Tapi aku tak mengenali pun beliau ni siapa, tapi yang aku tahu, beliau dikenali. Pembentangannya bertajuk RUJUKAN HAMKA TERHADAP BARAT MODEN.

Ok, aku jujur. Maaf kalau Dr. terbaca post ni. Masa Dr. bentang, dalam kepala aku dah fikir “Dr. cakap apa sebenarnya ni?”. Bila aku baca post Dr. di Facebook tadi, aku nampak Dr. post macam ni. Aku gelak sorang-sorang.

credit to Facebook Dr. Alinor Abdul Kadir

Tapi yang best aku dengar; Dr. ada bercakap mengenai sejarah, yang secara keseluruhannya aku tak pernah dengar pun. dan juga Dr. ada cakap mengenai matematik. aku sejak di semester 2 di politeknik ni, aku makin minat dengan matematik walaupun aku tak faham. Matematik di semester dua ni ialah Discrete Mathematics. Lecturer aku cakap Discrete Math ni sepatutnya pelajaran subjek ijazah, tapi di poli, di peringkat diploma, diajar subjek ni.

Dulu lecturer aku pernah cakap “kita tak boleh nak cakap 1+1+=2 itu betul, tapi kita hanya boleh berasumsi. Aku tak sempat nak tanya ‘kenapa?’ kepada lecturer aku tu.

Dan bila Dr. membuat pembentangan, aku baru sedikit faham mengenai kenapa jadi macam tu.

Aku ada sebuah buku logik, karya tokoh Syi’ah, Murthada Muttahari. Aku baca, dan aku tak faham. Ada sikit je aku faham apa yang beliau tulis. Hahaha. Lepas ni aku ingatkan malas dah beli buku logik.

Belajar Konsep Logika. karya tokoh Syiah.
hampir kesemua dalam buku ni aku tak faham apa yang dia cakap.

Dr. Alinor ada menyebut 4 perkara untuk mengkaji tokoh (yang aku ingat 4 ini, tak tahu la kalau Dr. ada bagi lebih):

1. Adakah tokoh seorang ilmuan/ adakah dia faham banyak perkara.
2. Adakah mereka faham banyak perkara dengan kritis. Hanya orang yang faham sahaja faham dengan kritis.
3. Adakah dia memberi pandangan baru.
4. Baca kesemua buku yang tokoh baca.

Aku fikir, susahnya nak kaji tokoh. Memang susah.

Dr. juga ada menyebutkan beberapa perkara mengenai manuskrip Melayu. Dulu aku pernah post di blog mengenai manuskrip ini. Dan ini Dr. Alinor bagi yang terbaru.

Manuskrip Melayu di London, Amerika nak beli. Bernilai 59 juta euro. Bagi aku, kita mesti beli!

Ada quotes menarik Dr. beri, insya-Allah aku akan ikut; “mematahkan hujah bukan untuk memenangkan, tapi untuk mendapatkan kenyataan yang lebih strong daripada hujah itu”

Di akhir pembentangan Dr. Alinor, aku sempat bertanyakan soalan:

Mathnavi karya Rumi. harga ini di KB1M (Kuantan).
harga sebenar ialah RM660 untuk jilid 1 tu.
perbezaan harga kitab Mathnavi yang telah diterjemah


1. Apa pendapat Dr. mengenai penterjemahan di Malaysia. Saya cukup cemburu dengan penterjemahan Indonesia. Buku-buku popular seperti Anna Karenina, Steve Jobs, Einstain, dan karya Freire ada di sana.

2. Apa pandangan Dr. mengenai harga buku yang diterjama. Saya lihat karya agung Rumi, Mathavi yang telah diterjemah oleh ITBM itu berharga RM660 untuk jilid 1. Dan RM4000 lebih kurang untuk lengkap 6 jilid. Tapi di Gramedia hanya RM80 untuk jilid 1.

Dr. Alinor menjawab, tapi hanya jawapan no.1 yang diberi. No.2 tu, aku pernah stalk Facebook seorang ini post gambar katalog buku dari Oxford Press, dan Dr. ada komen di situ. No.1 adalah jawapan yang diberi Dr. semasa seminar, no.2 aku ambil ringkasan jawapan Dr. yang diambil di Facebook.

1. Sebenarnya, di Indonesia, gaji pensyarah hanyalah sekitar RM300. Sebab itu mereka terjemah buku. Dan ada yang buat penterjemahan secara freelance. Siswa dan siswi di Indonesia kurang gemar membaca buku Bahasa Inggeris dan bahasa lain. Jadi mereka ada inisiatif untuk menterjemahkan buku, dan masa itu buku itu jadi laku.

2. “Saya kenal benar penterjemah Mathnavi itu. Penterjemah itu pun cakap, kalau harga macam ni, siapa nak beli". lebih kurang macam ni Dr. Alinor tulis dalam Facebook tu.

Sebenarnya aku rasa aku silap soalan masa tu. Sebab aku nak tanya, “macam mana harga buku tu (Mathnavi) boleh sampai beratus-ratus. Sebab nak kata nilai estetiknya, tak logik sebab sudah diterjemah?”.

Aku tertarik dengan buku Proletar Dua Menara karya Fdaus Ahmad. Ada tajuknya di dalam buku tu: PBAKL: BUKU, KULITNYA SOLEH, ISINYA MUKMIN, HARGANYA KAFIR. Dan juga aku telah baca beberapa artikel dari akhbar online mengenai harga buku; rasanya ada juga yang ditulis oleh Zul Fikri Zamir.

Aku ingat esok aku nak pergi KB1M Kuantan tu, aku nak tanya “Abang, boleh tak saya nak lihat, berapa orang yang telah beli Mathnawi tu?”, lepas tu aku update di Facebook.

KESIMPULAN


Daripada ketiga-tiga orang pembentang itu, ada perkara yang sama mereka bagi tahu, iaitu; jangan jadi burung kakak tua. Jangan kamu terikut dengan doktrin.

Benda ni masalah dalam sistem pendidikan kita. Aku sudah hurai panjang dalam blog aku sebelum ni. Dan atas konsep ini jugalah nama aku jadi popular di sekolah lama aku dahulu sehinggakan cikgu-cikgu buat mesyuarat untuk menceritakan mengenai aku sahaja. Tak ke gila namanya tu. Ok, aku rebel. Titik.

Nak kongsi sikit, minggu lepas aku tonton filem 22 Jump Street. Ketika aku tonton filem 22 Jump Street. Ada satu part yang menarik. Dalam dewan kuliah, ketika subjek History 135, Brad bersoal jawab dengan profesornya.

Masa tu profesor bercakap benda apa tah tak berkait dengan subjek tersebut.

Brad: kenapa anda bercakap perkara ini?

Prof: itulah jawapan yang aku inginkan Mr. Mcquaid! Aku nak kau mempersoalkan apa yang aku cakap. Inilah asas dari seluruh pembelajaran, dan itulah keindahan dunia kolej. Kamu boleh cakap apa yang kamu nak. Kamu boleh jadi siapapun yang kamu nak. Kedudukan aku tetap sebagai profesor. Aku boleh bercakap apa yang aku nak. Mereka tak boleh memecat aku. Aku tak boleh disentuh. Seperti yang kau lakukan tadi, aku nak kau katakan apapun yang kau nak.

Brad: Fieto!

Prof: fieto, bukan perkataan, tapi aku tetap terima. Kau boleh lakukan apapun dengan hidup kau, Mr. Mcquaid. Satu-satunya perkara yang boleh membuatkan kau tidak lulus kelas ini adalah dengan tidak menjadi diri kau sendiri.
Selepas.

------------------------------------------------------------

penjual buku HAMKA dan buku-buku rare di Seminar Pemikiran Hamka
Kesimpulan lain mengenai HAMKA, aku tak reti nak tulis macam mana. tapi, buya HAMKA ini, seorang yang amat hebat. Insya-Allah aku akan membaca semua karyanya yang mana sempat.

Oh ya, terima kasih kepada yang meghadiahkan saya Bagaimana Membaca Buku. Saya lama dah cari buku itu, baru terjumpa. Memang nak beli, tapi ada orang hadiahkan semasa seminar itu. terima kasih.

SELEPAS


Pembentangan habis. Aku keluar dewan. Pengacara majlis cakap ada sijil disediakan. Gila tak gembira. Hahaha.

Di luar ada orang jual buku-buku yang agak rare. Aku beli buku Za’ba dan Syed Naquib Al-Attas. Lama dah aku cari buku Za’ba tu. Buku Syed Naquib baru aku nak cuba baca. Sekarang sebenarnya tengah cari buku Syed Hussein Al-Attas bertajuk Intelektual Masyarakat Membangun.

Yang kelakar, aku ke UIA tak ada cash. Aku pergi ke mesin ATM di fakulti Medik kalau tak silap, ATM rosak. Aku berjalan kaki ke pintu masuk utama UIA, situ ada ATM juga. Tapi habis duit pak guard tu cakap.

Persoalannya, macam mana aku nak naik Rapid nak balik?!. Ok, dalam wallet ada RM6 je. Cukup kot setakat nak pergi Hentian Pasar. Masa aku beli Aku Melayu Di Kota Inggeris tu, aku cari duit dalam wallet aku, yang aku selit, tepat, RM20 aku jumpa.

Dengan RM6 tu aku tak beli air pun di ekspo hari terbuka di UIA tu. Memang dahaga tahap gaban masa tu. Tapi, berbekalkan RM6 tu lah aku masuk ke pesta buku UIA tu, sebab nak borak dengan squad Terfaktab Media. 

Cis, aku nampak pula ada orang jual buku Institut Kajian Dasar (IKD) dan Merpati Jingga. Buku indie lain (Lejen Press dan Buku Fixi) aku tak layan dan sebab aku sendiri agen mereka di poli ini.

Aku pergi ke booth IKD tu, borak-borak sikit dengan bro tu macam mana nak jadi agen Merpati Jingga. Aku nampak dia ada jual Karkuma dan Pelacur Kelas Pertama. Berbekalkan RM6, aku cakap kat bro tu “bang, boleh transfer online?”. Nasib la bro tu cakap boleh.

Masa tengah transfer, aku melihat ada seorang bro ni beli buku banyak. Masa tu dia pegang buku Tiada Paksaan Dalam Agama. Aku entah dari mana datang rasa nak tegur “bang, bagus buku tu bang, cerita fasal hukum bunuh orang murtad”. Mesra alam kan aku? Hahaha. Tapi kecewa, abang tu beli buku Immanuel Kant, dan buku tu dah habis masa tu. Ingat aku nak beli juga. Ceh, cash tak ada pun ada hati nak beli.




Aku ke booth Terfaktab pula. Kawan aku wechat suruh beli buku Terfaktab. Aku nak bali buku Do-It. Tapi aku dah datang segan, so aku berbual dengan squad Terfaktab macam mana nak jadi agen je, aku tak beli buku. Tak apa lah, mungkin lain kali.

Ok, aku pulang ke rumah makcik aku di Jaya Gading. Tu je la seharian cerita aku. Penat. Tapi best. Seronok. Gembira. Happy.

Keesokannya aku sempat ke KB1M Kuantan, aku beli lagi buku; Sophie’s World karya Jostein Gaarder. Ni novel terjemahan ITBM. Novel falsafah pertama di dunia. Dua minggu lepas aku stalk novel ni dalam ITBM online, sekarang baru dapat beli.

Shopie's World karya Jostein Gaarder

Woi Naim!!! Kau dah final exam 28/10 ni, sempat lagi kau update blog?!


ok bye. terima kasih.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan