Friday, October 10, 2014

Sebut nama tokoh

Hari tu aku ada debate dengan beberapa orang pensyarah. Bila aku bagi idea aku dengan idea dari tokoh-tokoh tertentu; Zul Fikri Zamir dan Malek Bennabi, dia terus interrupt aku dan berkata “awak tak payah la bagi nama-nama tokoh itu. Awak baru beca berapa buah buku, lepas tu nak berlagak pandai”.

Aku hairan dengan pernyataan seperti itu. 

Ok. Aku cerita mengenai filem God Not Dead. Sebuah filem yang berkisarkan mengenai seorang student mempertahankan bahawa Tuhan itu wujud manakala seorang pensyarah yang mempertahankan Tuhan itu hanya buatan manusia.

Si pelajar berhujah dengan fakta-fakta dari tokoh-tokoh sains dan filosof sebelum ini. Dan manakala si pensyarah berhujah dengan tokoh sains dan filosof juga.

Si pensyarah tidak memarahi si pelajar sebab dia banyak based on facts dari tokoh lain dan buku lain, bukannya dari idea pelajar itu sendiri.

Di situ kita nampak bahawa pensyarah menerima jawapan si pelajar yang menyebutkan nama tokoh, walaupun jawapan itu tidak dipersetujui. Lantaran itu, pensyarah itu pula yang menyebut nama tokoh lain untuk meperkukuhkan jawapan bahawa Tuhan itu tidak wujud.

Ok aku beri contoh lain. Sebagai umat Islam, kita ada rujukan; Quran, hadis, qias, ijmak, uruf, dan sebagainya.

Ok contoh lain. Kalau masuk kelas falsafah, kita diajar dengan idea-idea dari filosof-filosof. Dan idea mereka itu kita akan sangkal dengan tokoh-tokoh lain pula.

Maka, kenapa kita tak ikut je fikiran kita untuk berhujah? Kenapa perlu ada based on sesuatu untuk berhujah?

Aku secara totally tidak akan menerima dengan hujah “kenapa awak perlu sebut nama tokoh lain untuk kukuhkan hujah awak?”

Aku bukan pemikir (thinker), jadi aku perlu ada idea-idea dari orang lain untuk kukuhkan idea aku. Siapa yang akan percaya apa yang aku cakap kalau aku tak ada title apa-apa? Sebab tu aku sebut nama orang atau buku orang lain.

Memang kalau aku sebut quotes dari tokoh-tokoh tertentu, tokoh yang sama je aku akan sebut. Sebabnya aku baru kaji tokoh itu. Nanti aku akan kaji tokoh lain pula ye.

Tapi quotes mereka, bagi aku boleh membuatkan aku sendiri terkesan.

Sebagai kesimpulan, kalau kau nak marah aku sebut nama tokoh-tokoh, baik kau tak payah belajar sejarah.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan