Friday, October 10, 2014

Review buku: Islam dan Teologi Pembebasan




Done reading Islam dan Teologi Pembebasan, Ashgar Ali Engineer.

Rasanya si pengarang ni salah seorang tokoh Syi'ah yang memperjuangkan social justice.

Sekali lagi aku bagi tahu, aku tak reti nak tulis review. Tapi aku cuba.

Buku ni cerita mengenai sosial justice. Apa tugas Islam yang sebenar. Untuk apa pembebasan itu.

Perkara-perkara yang menarik dalam buku ini ialah:



  1. Teologi pembebasan dalam Islam
    • Macam mana yang dimaksudkan dengan teologi pembebasan, dan apa tugas Islam yang sebenar. Dari segi politiknya, kenapa Islam itu wujud di tanah Arab.
  2. Konsep keadilan dalam Islam
    • Macam mana hidup dalam masyarakat yang sama taraf, yang tidak ada darjat. Dan macam mana Islam itu melarang pengkastaan.
  3. Buku ni banyak cerita mengenai ekonomi Islam.
    • Ada juga disebut mengenai ekonomi di zaman Karl Marx. Memang buku ni lebih kepada ekonomi, dan aku mengaku, bila sampai bab ekonomi, aku tak berapa nak faham pun.
  4. Ada cerita mengenai tafsir al-Quran.
    • Penafsiran sebegini aku baru jumpa. Moga aku lebih memahami. Dan tafsiran ini cenderung kepada tafsiran pada perbezaan Sunni dan Syi'ah.
  5. Ada juga menceritakan Islam ini boleh juga berkeras apabila perlu.
    • Iaitu apabila Islam ditindas dan diserang.
  6. Social justice
    • Ada cerita di dalam ni mengenai hak-hak wanita.
    • Wanita dan lelaki dalam Islam adalah sama saja. Tiada bezanya.
  7. Buku ini juga ada kritik mengenai konsep hudud.
    • Tapi tak details.
    • Tapi ini dapat menyakinkan aku bahawa hudud tidak dapat dilaksanakan lagi di Malaysia.
    • Nak yang lebih detail, ada dalam Tiada Paksaan Dalam Agama; karya Dr. Taha Jabir Alwani.
  8. Buku ini ada cerita juga macam mana pluralis agama.
    • Macam mana sufism menerima agama lain kerana mereka klaim bahawa semua agama itu sama sahaja, cuma yang berbeza cara ritualnya.
  9. Menceritkan tragedi Karbala yang berlaku pada 10 Muharram. Tragedi yang melibatkan pembunuhan Imam Hussain.
Quote menarik yang aku jumpa dalam buku ini mengenai pluralis agama:

Mahmud Shabistani, seorang sarjana awal abad XIX dalam bukunya, Gushan-i-Raz membenarkan penyembahan terhadap berhala. Dia mengatakan "Berhala sembahan adalah ungkapan cinta dan kesatuan dunia, dan memakai benang yang suci berarti mendapatkan pelayanan yang sangat mulia. Ketika kepercayaan pada Tuhan & kekafiran, keduanya ada dan hidup berdampingan, maka sebenarnya keesaan Tuhan adalah esensi dari penyembahan berhala. Jika seorang Muslim mengetahui bagaimana menyembah berhala ini, maka dia tidak akan merasa tersesat atas keyakinannya. Dia tidak akan melihat di dalam berhala itu kecuali penciptaan eksternal (external creation), dan dengan demikian dia menjadi kafir dalam pandangan hukum. Jika kalian tidak melihat realitas yang tersembunyi di dalam berhala itu, maka kalian, menurut hukum, juga tidak dapat disebut Muslim".

Banyak ulama sekarang yang mengklaim orang-orang Hindu sebagai kafir. Ini semua adalah permusuhan politik yang mengambil bentuk kebencian agama.

Berbeza pula dengan sufism, mereka menemukan kesejajaran antara Islam dan praktis-praktis yoga Hindu. Mereka memang tulus tertarik kepada praktis-praktis spiritual. Mereka tahu bentuk luarnya bermacam-macam, namun isinya sama. Mereka tidak bersangka buruk terhadap praktis-praktis, dan idiom agama Hindu.
Sebuah negara dapat bertahan hidup walau di dalamnya ada kekufuran, namun tidak bisa bertahan jika di dalamnya terdapat zulm (penindasan).

Buku yang sangat menarik ku kira. Tak rugi membelinya. Thanks to Benz Ali sebab jadi dealer.

Kesimpulan yang aku dapat; Islam ini wujud bukan sekadar ritual dan magis dan spiritual semata-mata, tapi yang lebih besar dari tu ialah SOCIAL JUSTICE !!!

After that, baca buku Sunni pula, Salah Faham Terhadap Islam; Syed Qutb

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan