Wednesday, September 3, 2014

Review buku: Satu Agama Atau Banyak Agama



Done reading Satu Agama Atau Banyak Agama; karya Dr. Muhammad Legenhausen.

Buku ni dalam Bahasa Indonesia. Aku tak berapa ada masalah dgn bahasa ni, sebab memang aku suka bahasa Indonesia. Dan aku salute Indonesia sebab mereka banyak menterjemahkan karya-karya kiri.

Ada dua bahagian buku ni. Bila aku baca bahagian pertama, aku bermonolog dalam hatiku "Wahai Yang Membalikkan Hati, tetapkanlah hati ku".

Tapi bila masuk ke bab 2, Alhamdulillah, aku makin rasional.

Dalam ni banyak cerita pasal religios pluralism yang diutarakan oleh John Hick. Banyak tokoh-tokoh besar yang debate dengan Hick dalam buku ni, antara yang termahsur ialah Syed Hussien Nasr.

Aku agak terkejut mcm mana sufism seperti Ibn Arabi dan Rumi menunjukkan reaksi terhadap pluralisme agama. Tapi memang sangat menarik.

Ibn Arabi saat ditanya oleh penguasa Muslim bagaimana memperlakukan org Kristian – menjawab bahawa mereka harus diperlakukan persis sebagaimana yang ditetapkan oleh hukum Islam. Ia menandaskan, adalah wajib bagi masyarakat zaman sekarang untuk mengikuti syariat yang dibawa oleh Muhammad SAW. Dalam makna ini, semua agama yang diturunkan sebelumnya menjadi tidak sah (batil) dengan diturunkannya al-Quran. Bukan kerana agama tersebut salah, timpalnya, ini pendapat orang tolol, namun bahawa ia menjadi mengikuti syariah Islam spesifik daripada agama yang diturunkan sebelumnya. Dalam erti ini, semua sistem hukum keagamaan sebelumnya menjadi tidak bererti dan sia-sia. Lagi-lagi ini bukan kerana agama tersebut tidak bernilai, tapi kerana apapun yang diperlukan dari mereka telah diwadahi dalam wahyu terakhir.

Ibn Arabi juga berkata bahawa; meski agama-agama itu saling bertentangan dari aspek lahiriahnya, masing-masing agama tersebut mengungkapkan kebenaran yang tunggal.

Mengikut Jalaluddin Rumi – Bait dari syair Rumi

"Lampu-lampu adalah berbeda, namun Cahaya adalah sama".

Para sufi telah berusaha menguraikan fakta bahawa ada sejumlah perbedaan dalam agama-agama yang telah ditetapkan Tuhan dengan perbedaan makna antara makna lahiriah dan makna batiniah dari agama-agama. Perbedaan-perbedaan agama tadi terletak pada aspek lahiriahnya, sementara aspek batiniahnya sama. 

Bagaimanapun, majoriti besar kaum sufi telah membenarkan tugas itu untuk memeluk ajaran Islam dengan slogan "Tiada thariqah tanpa syari'ah. Tidak ada jalan menuju makna batiniah, tanpa melalui aspek lahiriahnya, dan agama yang diperlukan sekarang adalah Islam. 

Syair Rumi,

"Jika kau tabur benih di bumi tanpa kulitnya; Ia takkan berkecambah; Sebaliknya jika engkau menanamnya dengan kulitnya; Niscaya ia akan berkecambah dan menjadi pohon besar".

Syed Hossein Nasr berkata bahawa; Sufi lain berspekulasi, teks-teks suci ajaran Hindu didasarkan pada kitab yang diturunkan.

Dalam lagu M. Nasir bertajuk Di Balik Cermin Mimpi ada tertulis;

"Di balik cermin mimpi;
Aku melihat engkau;
Di dalam engkau aku melihat aku;
Ternyata kita adalah sama;
Di arena mimpi yang penuh bermakna".
Dalam buku ni di bahagian dua, banyak diambil oleh pengarang dari tokoh-tokoh Syiah. Antaranya as-Syahid Murthada Muttahari. Penulis banyak memetik dari buku Keadilan Ilahi oleh Muttahari. 

Buku ni sangat best. Tak sangka politeknik aku ada buku ni. Memang ting-tong sekejap aku baca buku ni. Tapi bila aku habis baca, aku bertambah yakin dengan Islam dan aku tahu kenapa aku tak pilih agama Yahudi, Kristian, Buddha, atau agama-agama besar yang lain.

* Buku Keadilan Ilahi tu dah lama aku perhatikan ada member aku jual. Tapi bukan masanya lagi la kot hari itu untuk aku memilikinya. Mungkin selepas raya haji ni pulak. Buku Asghar Ali Engineer (tokoh Syiah) yang beli hari tu pun tak habis baca lagi.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan