Wednesday, September 3, 2014

Review buku: Ketupat Cinta


Done! Ketupat Cinta; karya Faisal Tehrani.

Nak cerita sikit bila aku baca buku ni.

1st impression dari kawan2 bila aku baca buku ni:
  • Fcuk! Naim baca buku jiwang.
  • Kah kah kah. Ketupat Cinta?
  • The hell kau baca buku jiwang macam ni?
  • Bila pula kau pandai baca buku mainstream ni?
  • Bila kau reti bercinta ni?
Dan aku senyum je bila kawan-kawan cakap macam tu. Dan bila ada yang cakap macam tu, aku dapat judge bahawasanya "Siapakah di sini yang mengenal Faisal Tehrani?".

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Don't judge the book by its cover. Buku ni bukan mengenai cinta pasangan kekasih pun. Tapi buku ni mengenai siasah (politik) dapur, politik Melaka, falsafah makanan melayu, dan ada 2-3 perkara yang penting dalam ni yang perlu dibaca oleh Melayu.

Bila aku baca, aku terfikir, adakah FT bertidak sarcasm di atas politik Malaysia? Hampir tergelak aku baca novel ni sebab ada beberapa perkara yang kena di atas kepala politik Malaysia.

Seperti yang diketahui, karya-karya FT kebanyakkannya ialah semi-fiksyen.
Ada berapa perkara yang penting dalam novel ni membuatkan aku tertanya-tanya:
  1. Adakah benar Tun Seri Lanang sengaja menyimpan beberapa fakta sebenar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)?
  2. Adakah benar, Parameswara ketika mula-mula memasuki Melaka, Melaka itu sudah ada orang yang duduk malahan sudah ada pemerintah yang mentadbir Melaka sebelum ditadbir oleh Parameswara? Bersalahan dalam Sulalatus Salatin. 

Dan ada beberapa perkara lagi yang masih menjadi persoalan dalam minda cetek aku.

Btw, keep it up Faisal Tehrani.

~ Mencari Ketupat Cinta [musim kedua]

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan