Wednesday, September 3, 2014

Memperlekehkan Syia

Raya Aildilfitri ini. Aku solat raya di suatu masjid di kawasan rumah aku. Lepas solat raya, macam biasa, dengar khutbah. Aku tak tahu siapa yang menyampaikan khutbah itu. Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku berkenaan teks khutbah itu.

Lepas sembahyang raya, aku pun jumpa imam yang baca khutbah tu;

Aku: Ustaz, boleh saya nengok teks khutbah pertama tadi?
Ustaz: Boleh. Tapi kamu ni dari jabatan Agama Islam ke?
Aku: Eh, tak lah. Saya student poli je.
Ustaz: Owh. Ingat dari JAKIM tadi, takut juga saya kalau dari JAKIM. 

Teks ini sebenarnya kalau ikut hari tu (hari raya) sebenarnya tak perlu baca pun, tapi mungkin untuk mengingatkan massa saja, sebab tu petikan ni pendek.

Persoalan aku, mengapa Sunni boleh claim dia yang benar walhal tiada yang memegang kebenaran? Ya, 
Sunni cakap mereka ikut cara nabi. Tapi bukan semua sunnah itu boleh diklaim wajib, sunat, atau haram. Itu tertakluk kepada ahli Fiqh. 

Kenapa teks ni menunjukkan kontradiksi antara Sunni-Syiah? Mengapa claim Sunni yang benar, dan Syiah itu salah? Tak bolehkah dua-dua dibenarkan?

Teks ni terlalu umum. Bukan semua Syiah itu sesat. Syiah ada banyak kelompok dan ada yang hampir dengan Sunnah. Dan ada dalam perlembagaan Malaysia pun, ada Syiah yang dibenarkan. (Tapi akhirnya Jabatan mengharamkannya). 

Banyak yang boleh aku tulis pasal Syiah. Tapi amat panjang. Boleh rujuk novel Perempuan Nan Bercinta; karya Faisal Tehrani. Aku tak cakap tu kitab muktabar, tapi isi dalam novel tu diambil dari tokoh-tokoh agamawan.

Kesimpulannya, berdasarkan teks ini, aku tak setuju apa yang diperkatakan; melainkan kalau dia cakap Syiah dari kumpulan mana (yang lebih specific). Atau benda ni tak perlu cakap terus di pagi raya ni.





No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan