aku-kau

Ada satu hari tu aku lepak minum-minum dengan Fatin di cafe PMS ni. Dia ada cerita kepada aku mengenai membahasakan pakwe-makwe dengan panggilan aku-kau.

Dan semalam jugaklah aku teringat nak update pasal benda ni. Lama dah aku nak update. Tapi tak ingat.

Teringat puisi dari Usman Awang; Melayu Bangsaku Tercinta. baitnya ada menyebut 

"melayu itu kaya falsafah, kias kata bidal pusaka, akar budi bersulamkan daya, gedung akal laut bicara". 
Melayu ini ada pelbagai ganti nama diri seperti; tuan, aku, kau, baginda, patik, beta, tuanku, anda, kamu, saya, awak.

Di sini aku nak ceritakan mengenai pros dan conts.

Pros: Melayu ini sangat tinggi nilai & falsafah bahasanya. Tinggi nilai estetiknya. Mereka sangat kaya bahasa. Mereka sangat menjaga adat dan adab. Melayu itu tidak sesekali meletakkan orang di bawah telapak kaki. Mereka ada variasi kata ganti nama diri yang dianggap unik dan dapat membezakan darjat dan keturunan seseorang. Dan kalau kita (contoh) membahasakan saya-awak, tidak semena-mena perasaan kita akan berubah untuk menghormatinya, bersalahan dengan panggilan aku-kau.

Conts: Melayu itu diperhambakan. Kita lihat orang Eropah, mereka berbual dengan ibu ayah pun menggunakan I-you sahaja. Waima dengan raja sekalipun, mereka menggunakan I-you, dan kadang-kadang menggunakan 'My Lord'. Melayu telah meletakkan diri sendiri di tahap yang rendah. Melayu mengamalkan sistem pengkastaan.

Entah. Itu hanya idea aku suatu ketika dahulu. Terpulang nak terima atau tidak.

Comments

  1. Kata ganti diri sering sekali difikir kurang ajar dsb,

    siapa yang mendengar dan biasa dwngan aku kau takde jadi hal yang perlu dijadikan fokus ,sedang banyak lagi perkara lain kena fikirkan

    Allah ,perkara aku kau ni pun ada yang jadikan isu ,mentang mentang berjasa pada yang menggunakan kata ganti diri,jika semua berfikir sempit macam orang yang timbul tenggelamkan isu ni,

    nescaya memang perlu diluaskn pemikiran nya dan perlu ditundukkan agar sempat dengar ayat alquran dan keluasan ilmu Allah lebih dari kata ganti diri,

    innalillah,semoga musibah ini berakhir dan yang menimbulkan isu sempat beramal soleh mengganti perkara buruk dan fitnah yang suka ditaburkan pada orang yang menerima jasa mereka yang berbudi tapi mengata,membatalkan amal soleh yang dilakukan,nauzubillah

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan