Wednesday, August 13, 2014

orang tua VS orang muda

Ada satu cerita yang di ceritakan kepada aku. Ceritanya begini;

Pada zaman Sahabat (atau zaman nabi, aku tidak pasti), ada seseorang orang tua yang mengambil wuduk. Tetapi wuduknya salah atau tidak sempurna. Dan pada orang tua itu mengambil wuduk, ada seorang anak muda terlihat orang itu berwuduk yang tidak sempurna itu. Lalu anak muda itu pun mengambil wuduk di sebelah orang tua itu dengan sempurna, dengan niat dia hendak menunjukkan wuduk yang betul kepada orang tua tersebut.

Pengajaran dari cerita ini ialah; anak muda tidak boleh menegur direct orang tua. Kerana itulah anak muda dalam kisah tadi itu tidak menegur “pakcik, salah wuduk pakcik tu”.

aku tidak tahu kisah ini benar atau tidak. Dan di sini bukan aku hendak sangkal kisah ini. Tetapi aku ingin membuat satu hermeneutik mengenai kisah ini.

Begini,

Monday, August 4, 2014

Berguru Dengan Buku

photo credit to redmond

Dalam post-post terdahulu, aku banyak menekankan mengenai membaca buku atau umumnya membaca apa-apa. Tapi bila aku membuat kajian empirikal mengenai ‘aku sendiri yang membaca’ ada kritikan dari sebilangan Homo Sapiens di luar sana. Mereka mengkritik aku membaca yang tidak berlandaskan guru.

Aku tidak ingin membalas hujah dengan menyatakan ‘aku benar dan dia salah’, tapi jika anda membaca post ini, anda boleh menilai sendiri. Aku tidak memaksa anda menerima ide-ide yang akan aku kemukakan.

Terlebih dahulu aku ingin menukilkan kembali bait-bait dalam sebuah buku yang aku telah khatam dan aku fikir ia menarik.