Apabila agama diinstusikan

photo just decoration. photo ping to humanitarianforum

PEGANGAN KEPERCAYAAN


Kassim Ahmad dihukum murtad dan pembawa ajaran sesat di Terengganu. Jamil Khir cakap hukuman murtad itu hanya sah di Terengganu, di negeri lain tidak. Apa punya menteri aku tak tahu la Jamil Khir ni.

Sekarang aku bukan nak cakap mengenai kenapa Kassim Ahmad dilabel sebagai murtad, sebab aku pun tak follow up isu ini.

Tapi aku nak mengatakan bahawa, jika sesuatu agama dilembagakan, makan akan jadi masalah. Kerajaan yakin bahawa ajaran Islam A benar, dan ajaran islam lain salah. Maksudnya ajaran Islam lain itu terus dihukum salah dan tidak boleh diamalkan dan dilabel sesat. Ini adalah maksud mudah ‘agama dilembagakan’.

Aku tak tahu mana datang perlembagaan yang seperti ini. Benda ini tak sepatutnya dilembagakan atau diinstitusikan. Kita tidak boleh mengetahui tahap keimanan & pegangan seseorang.

Sepatutnya, jika ada perbezaan pendapat seperti ini, kita mestikan adalah projek dialog atau debat. Kita debat antara yang berbeza pandangan. Bukannya label terus seseorang yang berlainan ajaran dengan ajaran yang telah dilembagakan.

Tapi dalam debat, kita tidak boleh menghukum orang itu orang ini sesat, tapi hanya boleh memberi dan meminta hujah kenapa begitu kenapa begini. Dan juga kita tidak layak untuk memaksa seseorang untuk menerima pandangan dan aliran kita atas dasar aliran kita sudah dilembagakan. Kalau jadi macam itu, maka ‘iman’ kita adalah tidak ikhlas kerana kita dipaksa, bukan rela.

Setiap kepercayaan seseorang, ada sebabnya sendiri, ada dalilnya sendiri mengapa dia mempercayai perkara tersebut. Setiap yang mereka pegang dan imani, ada hujahnya sendiri. Kenapa tidak meraikan perbezaan pendapat? Kenapa perlu melembagakan hanya satu ajaran Islam yang betul? Jadi siapa yang memegang kesahihan ajaran itu benar atau salah? Siapa yang menentukannya? Bagaimana jika ada dua ulama yang berlainan pegangan ajaran mengatakan ajaran masing-masing ialah benar? Adakah salah satunya akan tertolak?

Aku beri contoh mudah;
Ulama A mengatakan ajaran Islam X benar manakala ajaran Islam Y telah terpesong. Dan ulama B pulak mengatakan bahawa ajaran Islam Y benar dan ajaran Islam X yang terpesong. Makanya, yang manakah yang betul? Ulama A dan B ada hujahnya masing-masing. Siapa yang menentukan ajaran mereka yang betul? Takkanlah kita nak kira dengan sistem ‘majoriti dan minoriti’? Yang ramai menyokong sesebuah ajaran itu, maka ia betul? Ini bukanlah peraturan yang boleh diikut dengan fizikal, tapi ini adalah kepercayaan dan keyakinan dan pegangan hidup seseorang.

Sesungguhnya Allah yang mengetahui perkara yang paling benar. Maka, kita sebagai penganut ajaran Islam, berdoalah agar kita mendapat rahmat dan diterima ajaran kita, dan ajaran Islam lain juga mendapat rahmat dan diterima. 

TIADA PAKSAAN DALAM MENGANUTI AGAMA


Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia; ada menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi, tetapi agama lain bebas dianuti.

Aku terfikir, kalaulah sampai tahap ‘agama lain boleh dianuti’, takkanlah ajaran Islam yang lain tidak boleh dianuti? Dan sampaikan ajaran itu boleh dilabel sesat? Aku bukan nak diskriminasi antara agama Islam dengan agama lain. Tapi aku nak bercakap perihal agama Islam itu sendiri yang mengatakan bebas menganut agama lain, tapi tidak meraikan perbezaan pendapat yang menerima ajaran Islam yang lain.

Penulis-penulis buku kini banyak produce buku-buku perihal propaganda Yahudi, Sombol-simbol Zionis, dan kristianisasi dalam negara; tapi kita cakap ‘bebas menganut agama masing-masing’. Kenapa jadi macam ni?

Aku terfikir juga, apa masalah simbol-simbol Freemason kepada umat Islam? Adakah kalau lihat simbol itu, akan jadi murtad?

Mereka berhak dengan agama mereka, kita berhak dengan agama kita. Jadi biarkan, jangan diinstusikan. Kalau tak puas hati, kita adakan sesi debat dan pencerahan. Panggil semua ilmuan dari pelbagai sekolah pemikiran.

Aku yakin sesetengah dari penulis buku-buku sebegini hanya ingin membuat duit. Hampeh. Isi-isi dalam buku hanya dicopy dari makalah lain, dan diubah cetak. Aku yakin penulis ni tak berdiskusi pun dengan pengamal-pengamal fahaman Freemason dan Iluminati ini, mengapa mereka membuat simbol-simbol begini dan macam-macam lagi.

Dalam arena layar perak pula, kita buat filem Islamik. Aku tak nafikan bahawa perkara ini bagus untuk kesedaran ummah. Tapi bila ada orang lain (agama lain) menunjukkan kepercayaan agama mereka (contohnya Kristian), kita akan terus cakap kristianisasi semakin menular di negara ini, dan wakil-wakil tuhan seperti JAKIM terus mem’ban’ filem tu dan mengharamkan filem itu tipertontonkan dan melarang orang Islam menonton filem itu kerana takut tersesat.

Kenapa? Kenapa hanya Islam yang layak menyebarkan dakyah? Mengapa agama lain tidak boleh menyebarkan fahaman mereka? Macam mana kita tahu agama kita adalah terbaik sedangkan kita tidak mengkaji agama orang lain? Mereka bukannya menghina Islam, tapi mereka menunjukkan bagaimana kepercayaan agama mereka. Tapi kita sendiri boleh buat filem atau buku yang telah menghina agama lain, itu tidak menjadi masalah pula?

Layar perak ini sama seperti penulisan buku atau artikel. Aku pernah menulis mengenai pengharaman buku suatu ketika dahulu; http://www.naimalkalantani.com/2014/05/pengharaman-bahan-cetak.html

Dalam Human Rights Declaration;

Fasal 18: Setiap orang berhak atas kebebasan pikiran, hati nurani dan agama; dalam hal ini termasuk kebebasan berganti agama atau kepercayaan, dengan kebebasan untuk menyatakan agama atau kepercayaann dengan cara mengajarkannya, melakukannya, beribadat dan mentaatinya, baik sendiri maupun bersama-sama dengan orang lain, di muka umum maupun sendiri.
Fasal 19: Setiap orang berhak atas kebebasan mempunyai dan mengeluarkan pendapat; dalam hal ini termasuk kebebasan menganut pendapat tanpa mendapat gangguan, dan untuk mencari, menerima dan menyampaikan keterangan-keterangan dan pendapat dengan cara apa pun dan dengan tidak memandang batas-batas.

~kalau sudah kukuh, buat apa nak goyah?

Comments