Monday, June 16, 2014

Tiada Pemikiran Yang Salah

gambar hiasan. credit: gallup


Sebelum apa-apa, aku nak beri satu contoh mudah:

Ahmad dan Ali belajar dalam satu kelas. Mereka belajar subjek Sejarah. Selepas tamat kelas;
Ahmad: apa pendapat kau mengenai negara Malaysia yang cikgu ajar tadi?
Ali: aku rasa, bla bla bla bla…
Ahmad: tapi cikgu ajar bla bla bla bla. Aku rasa macam ni, bla bla bla bla.

Persoalannya sekarang, adakah Ahmad betul, manakala Ali salah? Adakah salah satu betul, dan salah satunya perlu salah?

Ini dipanggil interpretasi (tafsiran). Kita manusia, siapa-siapa berhak menginterprate sesuatu perkara walaupun kita bukan dalam disiplin ilmu itu.

Bagi aku, tak ada tafsiran yang salah. Tapi, itu dipanggil tafsiran berbeza. Tafsiran seseorang berbeza kerana dipengaruhi oleh suasana masyarakat, ilmu yang dipelajari, keadaan semasa, pengalaman hidup, dan yang sewaktu dengannya.

Kita tidak boleh cakap fikiran seseorang itu dangkal kerana dia mengeluarkan pendapat yang mengarut. Kerana, dia menafsirkan ikut aliran lain, berbeza dengan aliran kamu. Kamu tidak boleh mendeny sesuatu fahaman lain kerana itu hak masing-masing untuk menafsirkan sesuatu perkara itu bagaimana.

Seperti yang aku cakap tadi, tafsiran dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Kita manusia (terutama bani Melayu), bila kita berbeza pendapat, kita terus cakap pendapat di pihak satu lagi sebagai SALAH.

Bagi aku, tiada pendapat yang salah. Sama seperti interpretasi. Pendapat hanya berbeza, bukan salah. Mungkin dia di aliran lain dengan kefahaman lain. Dan kamu di aliran lain dengan kefahaman lain. Jadi ia berbeza. Kita kena akur dengan kepelbagaian idea dan fahaman.

DISIPLIN ILMU


Bila sebut disiplin ilmu, kebanyakan kita menyokong disiplin ilmu kerana ia relevan. Tapi adakah ada manusia tidak menggunakan disiplin ilmu? Jawapannya ada. Kerana kita berhak menafsirkan dan memberi pendapat sendiri di atas sesuatu perkara. Pendapat itu akan bebasiskan pengalaman, dan apa yang kita pelajari.

Ketika kita sakit perut, adakah kita boleh berjumpa dengan mekanik kereta bertanyakan akan kenapa kita sakit perut? Ya, boleh, walaupun dia bukannya doktor perubatan. Si mekanik akan memberikan pendapat sekian sekian di atas pengalamannya dan teorinya yang tersendiri.

Adakah salah pendapat di mekanik itu? Tidak. Kerana manusia ada tafsiran sendiri. Maka, untuk mencari keputusan yang paling absolute, kita perlu berjumpa dengan pelbagai manusia dan pendapat yang berbeza untuk mengetahui punca kita sakit perut, termasuklah si doktor perubatan. Doktor perubatan akan memberi pendapatnya. Tapi jika kita berjumpa dengan 10 orang doktor, tak mustahil bahawa kesepuluh-sepuluh doktor itu memberikan pendapat yang berbeza.

Jadi, macam mana kita nak tahu keputusan yang qat’ie? Itu adalah hak kita, berdasarkan pemikiran kita yang sihat. Kita boleh menapis balik apa pendapat-pendapat yang kita dapat, dan kita cari yang mana absolute.

Di sini aku menekankan bahawa, kita tak boleh untuk hanya menerima satu aliran, dan aliran lain kita tolak tanpa kita kaji aliran itu. Berbeza aliran adalah hak individu. Berbeza pendapat adalah hak individu. Berbeza tafsiran adalah hak individu.

Aku menolak sekeras-kerasnya bahawa adanya ayat ‘salah berfikir’, ‘berfikiran dangkal’, ‘fahaman sesat’, berfikir tak matang’. Kerana apa? Kerana macam aku cakap di atas tadi lah.

Ingat, bukan semua manusia berfikiran kanan, dan tak salah untuk berfikiran kiri. Kita tak boleh nak cakap kiri lebih bagus berbanding kanan. Kerana, kiri ada hujahnya sendiri, kanan ada hujahnya sendiri.

Tafsiran, pemikiran, bukan sesuatu yang matematik. Matematik itu constant, tetap. Tapi pemikiran boleh dipecah-pecahkan menjadi sesuatu yang tidak boleh diduga dan dibilang.

Jadi, (aku ulangi) kita tak semestinya betul dan pemikiran lain salah, dan sebaliknya. Dan juga kita tak semestinya salah, dan dia pun salah, dan sebaliknya. Contoh paling best aku boleh beri: Kita ada empat mazhab fiqh yang besar, kenapa keempat-empat itu betul? Kenapa tiada yang salah?

Kesimpulannya, berfikir, dan berfikir membuatkan kita lagi kukuh untuk berpegang dalam aliran kita. Dan kita belajar dan terima aliran orang lain untuk kita mengukuhkan lagi aliran kita, kerana dari itu kita dapat berhujah dengan idea-idea kita.

~‘Menerima aliran lain’ tak semestinya kita mengimani aliran itu. Tetapi kita tidak menolak aliran itu.

1 comment:

  1. Menjadi Peribadi Muslim, sepatutnya, Pemikiran berdasarkan AlQuran
    AlQuran itu asas yang menentukan LURUS, benar dan Di Redhai Allah

    Sila mulakan hidup dengan meneliti Isi AlQuran, dan ambillah pelajarannya
    agar pemikiran kamu ialah pemikiran Muslim mukmin

    hanyalah Islam yang Allah redha

    ReplyDelete

komen dan kritikan amat digalakkan