Monday, June 16, 2014

Projek Pembodohan

Ramai orang tanya aku apa maksud ‘projek pembodohan’. Sebabnya mungkin aku ada tekankan dalam Facebook aku bahawa aku tolak projek pembodohan ketika berhujah atau berdebat.

Anda boleh cari dalam Google apa itu projek pembodohan. Ustaz Wan Ji ada post artikel dala Projek Dialog mengenai projek pembodohan; www.projekdialog.com/featured/lawan-pembodohan/. Panjang lebar beliau syarah dalam artikel tu.

Kalau ikut tafsiran aku, aku akan kata bahawa projek pembodohan itu ialah hujah yang tidak relevan kerana kita tidak dapat mematahkan hujahnya dengan hujah. Tapi maksud ‘tidak relevan’ di sini bukannya tidak saintifik, tapi ia memang tidak dapat dipatahkan dengan hujah kerana hujahnya itu tiada point.

Aku secara mudahnya akan membahagikan projek pembodohan ini kepada dua bahagian;

1. Memperbodohkan masyarakat dengan menggunakan hujah ‘tidak logik’.

2. Menggunakan sentimen atau emosi ketika berhujah.

HUJAH TIDAK LOGIK


Kebanyakkan kalau bukan ahli (expert) yang berhujah mengenai sesuatu perkara, akan timbul satu hujah yang tidak dapat dipatahkan dengan hujah. Mereka berhujah hanya dengan satu dua perkataan seperti; kafir, murtad, syirik, kufur nikmat, pemikiran dangkal. 

Kalau mereka berhujah macam tu, ya, kita boleh tanya kembali mereka “kenapa cakap aku kafir”, tapi aku yakin dan percaya bahawa dia akan twist topik asal yang menjadi perdebatan.

SENTIMEN


Golongan yang sering kali menggunakan kaedah ini adalah mereka yang ada hierarki dengan kaum yang disanjung. Dan ada juga golongan intelek yang tak berapa nak intelek, orang-orang tua, dan kaum-kaum yang mengakui mereka demokrat, tapi hampeh.

Contohnya macam ni; aku memberi satu statement atau mengeluarkan satu isu mengenai pendidikan atau persekolahan. Dan adalah seorang pelajar ni berhujah dengan “naim, awak sudah mengecilkan hati guru awak, awak berdosa”. Maka dengan itu, aku pun tak tahu dah apa yang aku nak hujahkan sebab dah memang lari terus dari topik asal.

Ayat contoh lain yang menggunakan kaedah ini ialah; awak tak reti bersyukur ke? Awak ni dah guriskan hati pemimpin kita. Awak ni dah zalim. Awak tiada maruah.

Dan aku nak cerita satu kisah benar. Aku tengah berdebat dalam Facebook, dan adalah seorang cikgu ni masuk dan cakap “statement awak kelakarlah Naim. Sumpah kelakar. Awak layak masuk rajalawak”. Kalau dah cikgu (kaum demokrat) yang cakap macam tu, hmmm.

TEKNIK BERHUJAH


Aku bukanlah reti sangat berhujah. Tapi kalau berdebat, aku lebih gemar menggunakan teknik ini. Elakkan menggunakan sentimen dan emosi ketika berhujah. Kalau kita berhujah, dan kita menggunakan emosi, keputusannya tak akan sama. Keputusan rasional dengan emosional tidak akan sama. Tapi, susah kita nak bandingkan hujah tu datang dari pemikiran akal atau nafsu sebenarnya. Ada yang berhujah muka merah, tapi keputusannya rasional, ada yang tenang tapi sebenarnya dalam hati tu dah menggelegak dah panasnya. Sebenarnya dalam penghujahan, tak boleh ada unsur-unsur emosi. Walaupun hujah tu kena atas kepala kita, kita kena bersikap rasional. Balaslah hujah itu dengan terbuka dan bukannya mempertahankan unsur peribadi.

Kalau seseorang itu mewakili kaum demokrat ketika berhujah, wajib asingkan rasa marah, tak puas hati, dendam itu dari dalam diri. Mudahnya, asingkan emosional dari dalam diri. Contohnya guru-guru yang nak berhujah dengan pelajarnya, jangan ada unsur sentimen atau kecil hati jika seseorang pelajar itu berhujah dengan mencabar hujah guru itu. Samalah seperti kaum-kaum demokrat lain tu; pemimpin, dan akademia.

Ada orang cakap kepada aku “naim, kaum demokrat ada hati dan perasaan juga”.

Ya, aku akui, tapi kalau dalam perdebatan, kita secara automatik akan diletakkan dalam arasa yang sama; maksudnya tiada yang tertinggi dan tiada yang terendah, tiada konsep guru tiada konsep pelajar, tiada konsep ibu tiada konsep anak, tiada konsep rakyat tiada konsep pemimpin”.

Sebab itu aku katakan, ketika berhujah, lilat kita mewakili kaum mana, kalau kaum ibu, kita berhujah dengan hujah kaum itu, tapi jangan menggunakan sentimen, tapi gunakan kaedah hujah ada ada point. Begitu juga dengan guru, kalau berhujah dengan pelajar, sesekali tidak boleh menggunakan kuasa veto yang ada untuk menentang pelajar, tapi gunalah hujah yang rasional.

Aku banyak kali tulis statement yang menyebabkan traffic jam kat facebook aku (poyo gila mamat ni) sebab ramai tak puas hati dengan statement aku. Aku pernah tertewas dalam satu perdebatan dengan cikgu (aku rasa dia cikgu sekolah berdasarkan Facebooknya). Aku respect cikgu tu sebab aku kalah dengan hujahnya, bukan dengan sentimennya sebagai seorang guru.

Yang lain, aku tak isytihar aku menang hujah, sebab kalau tak ada pengadil, memang tak tahu la siapa menang siapa kalah. Tapi banyaknya hujah-hujah yang aku terima tu aku dapat patahkan dengan hujah semula, sebab aku memang tolak projek pembodohan.

Tak pun, tak kurang juga bila satu-satu isu yang aku tulis di wall Facebook tu jadi panas, aku biarkan je tanpa reply, sebab aku dah banyak kali jawab persoalan-persoalan tu. Aku banyak jawab dalam blog.

Actually, aku berhujah bukan aku nak menang, tapi aku nak lihat hujah orang lain. Sebab kalau kita tak berhujah dengan bukan golongan kita, macam mana kita nak dapat result yang absolute? Aku debat bukan untuk cari siapa salah siapa betul, tapi aku cari point hujah. Aku cari isi. Aku nak dapatkan input-input. Kalau nak cari siapa kalah siapa menang, medium seperti Facebook dan Twitter bukan tempatnya, kerana tak ada pengadil. Aku bukan tolak perdebatan dalam laman maya, tapi masalahnya laman maya tak ada pengadil.

Tapi hakikat sebenar, dalam perdebatan, pengadil tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dan mustahil akan cakap “pihak A menang sebab dia betul”. Tu mustahil. Yang pengadil cakap ialah “pihak A menang sebab hujahnya kukuh dan tidak dapat dipatahkan oleh pihak B”.

Kesimpulannya, asingkan akal dengan nafsu ketika berhujah. Kita tak boleh paksa orang terima hujah kita, tapi kita boleh beri hujah kepadanya. Itu hak dia dah untuk menilai hujah kita macam mana pula.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan