Tuesday, June 17, 2014

Menulis itu satu perjuangan

Ada org tanya aku; kenapa aku post something kat FB dan bila org komen, aku tak reply balik? 

Jawapannya mudah. Sebab aku dah jawab soalan-soalan & persoalan-persoalan itu di dalam blog. Bosan jawab panjang-panjang. Semua soalan-soalan & kritikan yang aku dapat tu, dah jadi klisé, semua dah ada dalam blog aku, just anda scroll balik sahaja.

Dan satu lagi
Kebanyakkan isu-isu yang aku update kat Facebook itu, aku dah memang study isu tu. Dan isu tu sebenarnya berlegar dalam lingkungan yang sama sahaja. Aku just twist balik persoalan aku tu. 

Maka adalah orang cakap "Cakap saja dalam Facebook kalau tak dilaksanakan tak ada guna" (atau lebih kurang mcm tu)

Jawapan aku mudah; tak semua situasi utk kita gunapakai kaedah tu. Ada certain-certain situasi saja yang boleh guna. Anekdot mudah, kita belajar Darjah Satu, Darjah Dua, sampai Form 5, kita ambil SPM. Tapi kenapa kita belajar dari Darjah Satu? Sebab nak ready utk SPM. kenapa kita tak belajar Darjah Satu, dan esok praktikal terus (SPM)?. 

Benda yang kita belajar, tak ada kaitan pun dengan apa yang kita buat, dan vice versa. Dan sekarang aku masih mencari lagi; di manakah relationship diantara 'belajar' dan 'mengamalkan'. Kita buat sesuatu perkara, tak semestinya kita belajar perkara tersebut. Dan kita belajar sesuatu perkara, tak semestinya kita prakktikkan perkara tersebut.

Apa point aku ni?

Ok. Aku nak cakap bahawa; semua benda ada masa-masanya. Sekarang aku hanya dapat 'carut' di Facebook & join jadi volunteers (kadang-kadang). Nanti satu masa, ada aktiviti lain pula. Setiap perkara ada masa-masanya, macam aku beri contoh SPM tadi lah. Kita belajar hari ni, tak kan nak kerja jadi engineer hari ni juga?

SPM tu telah distrukturkan; maksudnya ada tarikh-tarikh tertentu dan umur tertentu bila kita boleh ambil SPM. Tak semua bidang distruturkan, ada juga bidang yang bebas bila-bila masa. Macam menulis, ada ke akta atau undang-undang yang cakap boleh menulis dari umur berapa-berapa? 

Ada banyak cara untuk bagi pandangan dan persoalan kepada masyarakat. Bukan hanya pergi berbisik kepada si fulan si fulan, tapi juga medium maya boleh digunakan.

Aku men'carut' dalam Facebook, aku menulis dalam blog. Kebanyakkan isu bukan isu aku. Tapi isu kaum minoriti. (Malas nak jawab panjang, dah ada dalam blog). Tapi yang penting, aku nak sedarkan dahulu masyarakat yang ada di sekitar aku, di dalam Facebook aku, followers twitter & blog aku. 

Aku tak paksa korang ikut, aku tak minta korang bersetuju. Aku cuma sampaikan apa yang aku rasa betul & aku rasa selesa. Dan akhirnya (masalah) aku akan dilabel (labeled).

Adam Adli ada tulis dalam bukunya; Molotov Koktel, mengenai penulisan. Malas nak ulas, tapi dia suruh menulis. Hujahnya menarik. Nak tahu hujahnya? Baca buku tu. (Buku tu dah di-ban kat Popular Bookstore). 

Owh ya. Aku jumpa hipotesis baru tadi; hanya orang yang 'baca buku' boleh berdebat dengan 'orang yang baca buku'. 

"Diam itu lebih baik".
Ada frasa tu aku tak igt aku jumpa kat mana.
Tp aku jumpa juga frasa "sampaikanlah walau satu ayat". (Ha yang ni aku tak update blog lagi).

Mudahnya, diam itu untuk orang yang tidak tahu. Dan 'sampaikanlah' itu untuk orang yang tahu apa yang dia tahu. Masalah sekarang, ramai yang tak tahu yang dia tak tahu. Dan orang yang cerdik ialah dia tahu yang dia tak tahu.

Frasa 'tak tahu', dan frasa 'bodoh' amat berbeza. Tak tahu itu bukan bodoh, dan tak semestinya dia tu bodoh sebab dia tak tahu. Maksud bodoh ialah; orang yang tahu kebenaran, yang nampak kebenaran, tapi masih mempercayai penipuan.

Ok? Tu je la aku nak carut setakat. Nanti kalau ada aku buat provok dalam Facebook tu, baca blog aku dululah, malas nak taip (komen) panjang-panjang. Aku bukan tak nak debate, tapi kalau kalau debate benda sama, tak ke boring tu. 

~ owh ya, siapa yg tersinggung, maaf ye. Aku tolak projek pembodohan. Ape itu projek pembodohan? Google la sendiri.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan