Cinta Platonik - Delta's

sebahagian Delta's

Cinta platonik. Pertama kali aku dengar istilah ni masa ada drama Melayu ala-ala Samarinda tu dalam tv. Memang betul adanya cinta platonik. Aku tak nafikan.

Hari-hari aku buka Wechat aku. Melihat rakan-rakan Delta saling usik-usik mengusik. Warga Delta kata, Ijad cintakan Syida. Warga Delta kata, Upp cintakan Aina. Aku secara peribadinya tidak kisah.

Bukan tidak kisah merasa mereka untuk bercinta. Tapi aku rasa girang dalam hati. Sahabat-sahabat baikku berceloteh mengenai cinta di dalam maya.

Tidak kurang juga ada yang ingin kahwin awal. Ada yang ingin anak ramai. Ada yang berbalah sebab nak kahwin awal. Ada yang merajuk sebab diejek tak nak kahwin.

Aku. Suka. Kerana aku percaya, bahawa cinta platonik ini sukar dilaksanakan. Kita sudah macam adik-beradik. Belajar bersama. Bermain bersama. Jatuh bangun bersama. Kena marah dengan cikgu Anuar bersama. Tapi mungkinkah ada dikalangan kalian yang akan menikahi sesama sendiri?

Itu aku tidak yakini. Kerana amat susah. Kita kenal hati budi masing-masing, lebih daripada mengenali saudara kandung kita sendiri. Kita tahu kebaikan dan keburukan masing-masing. Kita tahu adab dan adat hidup masing-masing. Jadinya aku berasumsi bahawa kita tidak saling menikahi satu sama lain!

Kalian pandai bergurau berkenaan cinta. Tapi aku mengeri bahawa hakikat sebenar kalian hanya bergurau semata.

Kalau aku, aku berpendapat; sahabat, biarkan selamanya sahabat. Kalau ingin mencari gadis untuk dijadikan teman sebumbung, carilah yang lain. Aku dengan sahabat Delta-ku amat rapat (tu pun kalau mereka anggap aku rapat), dan aku mustahil untuk menikahi salah seorang daripadanya.

Bagiku, kalau bercinta dengan sahabat, itu lebih berat. Kerana jika kamu bercerai cinta dengannya, akan jadi sesuatu yang lebih awkward berbanding kamu berpisah dengan kekasihmu sendiri. Jika kekasih yang jauh (bukan platonik), jika kamu berpisah, kamu mungkin akan menegurnya sebagai seorang sahabat; atau mungkin kamu tidak menegurnya sama sekali. Tapi jika kekasihmu dalam lingkup cinta platonik, maka kamu akan anggap nya seperti apa jika kamu berpisah? Balik-balik, kamu berjumpa dengannya juga kerana itu sahabat kamu.

Ya betul kalau kamu bilang bahawa kamu bercinta platonik sehingga pelamin. Tapi aku berkata atas dasar cinta yang berkesudahan, cinta yang hancur, cinta yang tidak ada roh percintaan hakiki. Jika kamu boleh bercinta platonik, maka dipersilakan. Moga-moga bahagia.

Tapi aku seperti mana yang telah diperjelaskan, bahawa warga Delta tidak dapat untuk bercinta sesama mereka. Walaupun dalam kelas tu ada sepasang merpati sejoli, itu aku biarkan. Kerana mereka lebih tahu hal dunia mereka, kerana ketika aku daftar sekolah itu, kelihatan mereka sudah seperti belangkas. Tak mengapa itu.

Delta sudah besar panjang. Sudah berumur 19 tahun (ketika 2014). Semuanya sudah ada hati perasaan kasih dan sayang. Semuanya ada angan-angan untuk membina keluarga, keluarga bahagia. Aku tumpang gembira. Walaupun aku masih dalam keadaan terumbang ambing dalam percintaan, tapi aku kagum dengan bani Delta, masing-masing punyai cita-cita besar dan mempertahankan cita-cita masing-masing. Moga bahagia Delta.

Comments