Monday, May 12, 2014

Pengharaman Bahan Cetak

Budaya haram mengharamkan ni dah memang jadi satu trademark dah ke di Malaysia ni? Aku pelik dengan sesetengah pihak. Suka mengharamkan buku ini buku itu. Budaya haram mengharam ni aku rasa patut dihapuskan.

Dua tiga hari lepas, buku Molotov Koktel: catatan-catatan Adam Adli telah diharamkan di Popular Bookstore. 

Bila difikirkan balik, bila kita tanya sesetengah pihak yang mengharamkan sesuatu (contoh: buku), “kenapa buku ni diharamkan?”. Maka jawapan klise yang keluar adalah “Nanti umat Islam akan terikut-ikut dengan buku ni dan akan terpengaruh”. Jawapan ni la paling tak logik atas muka bumi. Tak ada jawapan lain ke ha?

Aku suka petik ayat dari novel Amerika karya Ridhwan Saidi. Dia tulis “kalau pegangan dah kuat, buat apa nak goyah?”. Simple kan?

So, dari itu, budaya haram mengharamkan ini wajib dibendung. Buku tidak patut diharamkan. Biarkan ia berkeliaran di atas muka bumi Malaysia ini. Dan biarkan umat Islam membacanya. Dari itu, umat Islam dapat mengkaji balik apa yang ditulis dalam buku tu. Biar kita tahu hakikatnya, isi kandungannya, petikannya, ayatnya. Dan kita boleh buat tafsiran berdasarkan apa yang kita dah tahu, dah belajar selama ini. Jadi, tafsiran itu adalah absolute bagi kita (sekurang-kurangnya).

Buku yang diharamkan itu sebenarnya ialah ‘idea’. Idea mesti dibalas dengan idea, bukannya dengan haram-haram-haram.

Kita tak boleh baca buku yang diharamkan, dan dari mana kita tahu ianya diharamkan? Sebab pemerintah haram? It’s not! Aku tak setuju yang itu. Sebabnya mana mungkin manusia dilahirkan untuk berfikir dengan sama. 

Ada orang tafsirkan A itu betul. Tapi ada orang tafsirkan A itu salah. Tafsiran bergantung pada pengalaman, kajian, empirikal seseorang ke atas perkara itu. Kenapa kita nak menentang sesuatu perkara yang bertentangan dengan idea kita sebab kita nak cakap idea kita paling absolute? 

Ok aku beri contoh mudah;

1. Kita ada 4 mazhab fiqh yang besar; Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi. Di Malaysia bermazhabkan aliran Syafie. Nak tanya kamu, adakah aliran lain itu salah?

2. Kita ada banyak tafsir Quran di Malaysia ni. Kita buka satu surah, lepas tu buka 2-3 al-Quran tafsir yang ada di Malaysia ni, dan lihat ayat tafsirannya. Berlainan bukan? Dan kalau lain, confirm ke ada yang salah?

Berlainan pendapat itu bukan satu kesalahan. Pengharaman buku sebenarnya disebabkan berlainan pendapat dengan pegangan di Malaysia. Tapi adakah ia salah? 

Dalam dunia ni, penuh dengan tafsiran. Kita tak boleh nak deny sesuatu aliran semata-mata kita yakin aliran kita betul. Kita boleh takwil aliran tu, tapi dengan hujah (idea) dan tidak deny aliran tu. Jadinya, itu cuma perselisihan pendapat. Yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa agar pendapat dan aliran kita itu di jalan yang betul dan diredai oleh-Nya. Yang absolute hanya Allah saja yang tahu.

Aku alami benda ni. Aku ada simpan beberapa naskhah bahan bacaan yang agak rare ini. Dan bila ada orang baca benda tu, dia berkata “Naim, kau jangan amal benda ni. Bahaya ni. Nanti sesat”.

This is a problem. Kamu tahu mana bila beramal dengan benda ni, akan sesat? Ustaz kau kata? Dari mana ustaz kau dapat statement macam tu? Siapa yang menentukan benda tu sesat ke tidak? Macam mana pulak dengan seseorang yang berkata bahawa amal dengan benda ni tak sesat? Maksudnya telah ada dua aliran. Maka perlukah salah satu aliran ini betul dan salah satunya salah? Kalau perlu, macam mana dengan soalan aku di atas tadi mengenai mazhab yang empat itu?

Itu aku beri contoh agak berkaitan dengan hukum syariah. Tapi main point aku ialah bukan semua benda hanya ada satu je yang betul. Ini bukan matematik. Matematik is logik. Logik itu betul. Macam mana dengan perkara yang tak logik, yang tidak rasional?

Dan kesimpulannya, budaya haram haram ni aku dah muak dengar. Yang penting, bila kita baca satu bahan bacaan itu, kita baca je la, tak payah kisah sangat fasal bahan ini halal ke haram, yang penting kita gunakan akal kita yang sihat ini untuk menilai kembali. Baca dan nilai. Bukannya baca dan ikut.

Baca itu penting, ikut atau tidak tu tolak tepi dulu. Kita baca tak semestinya kita terima, kita baca untuk tambah ilmu, untuk buat kajian, untuk mengetahui yang mana lebih absolute. Sebab kita ada akal. Akal bukan sumber ilmu. Akal adalah alat untuk memahami ilmu.

~ Idea hanya dilawan dengan idea untuk menjatuhkan idea

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan