Tuesday, May 27, 2014

Disiplin

Kenapa kita duduk dalam sekolah kena berambut pendek?
Kena pakai kasut putih?
Kena pakai tali leher?
Kena berambut pendek dan bersikat?
Kenapa kena pakai baju putih dan seluar hijau gelap?

Ha? Peraturan? Disiplin? Untuk menerapkan disiplin?

Disiplin apa? Adakah dengan mengsturkturkan disiplin macam ni kita dapat menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri pelajar? Pelajar ke sekolah untuk belajar ilmu dan menambah pengetahuan, bukannya nak skema gila babi masa dalam kelas. Aku selalu mention nama Malek Bennabi, beliau berkata “pendidikan adalah memanusiakan manusia”. (aku rasa quote ni ada di hampir kesemua post aku fasal pendidikan)

Kalau aku tanya balik soalan asas ni, mesti susah anda nak jawab: siapakah yang mengsistemkan peraturan macam ni?

Sistem masih tidak memahami erti pendidikan. Sekolah bukanlah satu-satunya tempat untuk kita belajar. Dan dengan penerapan disiplin-disiplin macam ni bukanlah satu jalan untuk memanusiakan manusia.

Thursday, May 22, 2014

Berfikir dengan kiritis

Berfikir


Berfikir itu adalah perkara berat untuk dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Suci ini. Adakah kita layak untuk memikirkan segala perkara? Adakah kita layak untuk berteologi? Ya, layak. Sebab tu ada nabi yang berfikir siapa Tuhannya. kita dikurniakan akal. Sebab tu kita kena gunakan akal semaksimum mungkin. Belajar, bukan satu aliran sahaja (aku dah sebut di post-post yang lepas), tapi kena belajar semua aliran untuk kita mencari aliran yang paling absolute. 

Ada had berfikir?


Siapa yang menghadkan berfikir? Adakah Tuhan menghadkan berfikir? Adakah Nabi? Rasul? Tabiin? Atau ulama-ulama?
~Yang aku jumpa had berfikir just dalam buku Pendidikan Islam Tingkatan 5. Tapi, adakah buku itu muktabar?

Adakah Tuhan kejam?

Aku tidak meminta untuk dilahirkan sebagai umat Islam. Dan aku tak meminta utk dilahirkan di atas muka bumi ini. Tapi kenapa aku wajib beribadat kepada Allah sedangkan aku tidak meminta-Nya untuk menghidupkan aku di alam ini? Tidakkah ini akan menyusahkan aku? Dan juga ibu bapaku juga akan dapat dosa jika tidak mendidik aku untuk menjadi puak islami yang baik. Adakah Tuhan itu kejam? Aku yakin tuhan tidak kejam.

Bila aku dilahirkan, Agama Suci ini memerintahkan aku untuk menghormati ibu bapa. Kalau tidak, akan diseksa di neraka katanya. Tapi, aku tidak meminta untuk dilahirkan, dan kenapa aku akan diseksa jika aku tidak meminta untuk dilahirkan? Adakah Tuhan itu kejam? Aku yakin Tuhan tidak kejam.

Monday, May 12, 2014

Pengharaman Bahan Cetak

Budaya haram mengharamkan ni dah memang jadi satu trademark dah ke di Malaysia ni? Aku pelik dengan sesetengah pihak. Suka mengharamkan buku ini buku itu. Budaya haram mengharam ni aku rasa patut dihapuskan.

Dua tiga hari lepas, buku Molotov Koktel: catatan-catatan Adam Adli telah diharamkan di Popular Bookstore. 

Bila difikirkan balik, bila kita tanya sesetengah pihak yang mengharamkan sesuatu (contoh: buku), “kenapa buku ni diharamkan?”. Maka jawapan klise yang keluar adalah “Nanti umat Islam akan terikut-ikut dengan buku ni dan akan terpengaruh”. Jawapan ni la paling tak logik atas muka bumi. Tak ada jawapan lain ke ha?

Aku suka petik ayat dari novel Amerika karya Ridhwan Saidi. Dia tulis “kalau pegangan dah kuat, buat apa nak goyah?”. Simple kan?

So, dari itu, budaya haram mengharamkan ini wajib dibendung. Buku tidak patut diharamkan. Biarkan ia berkeliaran di atas muka bumi Malaysia ini. Dan biarkan umat Islam membacanya. Dari itu, umat Islam dapat mengkaji balik apa yang ditulis dalam buku tu. Biar kita tahu hakikatnya, isi kandungannya, petikannya, ayatnya. Dan kita boleh buat tafsiran berdasarkan apa yang kita dah tahu, dah belajar selama ini. Jadi, tafsiran itu adalah absolute bagi kita (sekurang-kurangnya).

Friday, May 2, 2014

Berfikir Berdialog

Berfikir


Kalau dulu, aku di sekolah, aku diajar Pendidikan Agama Islam (PAI). Dalam silibus tingkatan 3, 4, atau 5 (aku tak ingat), ada perihal berfikir. Dalam tu tulis, berfikir ada batasan. Aku ikut ketika itu. Dan masa tu aku tak berfikir perkara pelik-pelik.

Tapi sekarang...

Sekarang aku dah besar bak kata orang tua-tua. Mencari ilmu bukan sahaja di dalam sistem persekolahan. Bila aku hidup di luar ni, baru aku dapat banyak lagi ilmu yang pelik-pelik, yang hebat-hebat. Aku kagum.

Dan dari itu, aku terfikir, kenapa berfikir perlu dihadkan? Macam mana ada peng-had-an berfikir? Aku tak tahulah dari mana silibus subjek PAI tu ambil. Tapi dari segi positive thinking, 'had berfikir' yang aku belajar tu sesuai waktu umur aku tu. Mungkin ada pihak yang takut beri pengetahuan yang pelik-pelik masa umur pelajar sebegitu. Aku sokong itu. Nanti tak pasal-pasal pulak ada yang mereng sebab berfikir benda-benda pelik.