Pemikir baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan pembaca blog aku ni. Dua tiga hari ni, aku selalu layan forum-forum yang diwakili oleh anak-anak muda kita. Dulu ada layan juga, tapi tak tegar. Tapi mungkin aku sendiri yang tak tahu benda ni dah tersebar.

Tajuk ni 'pemikir baru'. Aku tidak maksudkan bahawa anak-anak muda kita ni dah jadi pemikir (thinker), tapi mereka membahas kembali falsafah-falsafah pemikiran ini.

Haluan kiri

Ide-ide yang dibawa oleh anak-anak muda ini sangat kritikal. Mereka membahaskan mengenai sesuatu isu dengan sedalam-dalamnya.


Ide-ide yang dibawa oleh mereka sangat berat. Kadang-kadang mereka ini mempersoalkan agama. Bagi aku, mereka bukan mempersoalkan atas dasar mereka tak menerima, tapi mereka ingin tahu.

Agama itu tidak rasional. Boleh baca post blog aku yang lepas-lepas.

Mereka membahaskan isu-isu kapitalis, sosialis, pluralis. Membahaskan idea-idea Marx, Gramcsi, Gerakan Islam, revolusi-revolusi, teologi kiri. 

Mereka juga membahaskan isu-isu yang baru seperti isu gender, GST, TPPA, pendidikan, perlembagaan, dan lain-lain.

Mereka juga membedah buku-buku yang rare. Buku-buku underground. Buku-buku yang susah didapati kecuali di pasaran gelap.

Mereka membedah lagu. Lagu pun mereka bedah sampai satu jam 20 minit!. 

Mereka berbuat demikian untuk menzahirkan ilmu dalam dunia ini sendiri. Mereka ingin ketahui sifat-sifat ilmu itu. Mereka nak tahu dengan sebenar-benarnya. Mereka ingin 'mencari diri mereka'.

Ada orang cakap mereka ini puak-puak sesat sebab sampaikan islam sendiri pun mereka pertikaikan. Tapi mereka tidak sesat, mereka ini berfikiran kritikal. Dalam otak mereka ni bergolak "kenapa kenapa dan kenapa".

Gerakan Islam

Kalau kita lihat, wadah perjuangan gerakan Islam sekarang ini tidak berubah dari dulu lagi. Dulu kita membingkan mengenai 'poligami dalam islam'. Sampai sekarang kita masih membincangkan topik yang sama. Masalahnya siapa yang nak kaji Socrates? Plato? Buku-buku kiri? Pemikir barat?. 

Islam itu menyeluruh. Tak salah nak faham ideologi lain. Bak kata Ridhwan Saidi dalam buku 'Amerika'nya "buat apa kita nak takut dengan ideologi lain kalau ideologi kita sudah kukuh?". Dan sambungnya lagi "orang yang paling hebat ialah orang yang dapat menerima dua ideologi yang bertentangan dalam satu masa".

Dogma Melayu

Tapi, tak nafikan bahawa ideologi mereka ini akan membuatkan orang yang tak faham ideologi mereka ini pulak yang salah faham. Ok. Kita kecilkan skop, kita diskus dalam masyarakat kita sendiri. Masyarakat kita (Melayu) ini sangat mengikut dogma adat. Mereka menolak terus ide-ide yang pelik-pelik yang bertentangan dengan pemikiran asal mereka. Mereka tidak terima ide baru. Bukan saja tak terima, tapi menolak, dan cakap orang itu sesat.

Pengharaman Buku

'Pemikir baru' ini seringkali membahaskan buku-buku yang rare. Yang susah didapatkan di pasaran Malaysia. Post ni aku bukan nak bahaskan pasal isi buku ini, tapi mengenai pengharaman media. Masalah utama yang berlaku di Malaysia ialah pengharaman buku dan media cetak lain. Buku-buku yang pelik-pelik dan berideologi kiri dilarang masuk ke Malaysia. Kalau ada pun, kita membuat pembelian secara 'beli bawah meja'. Inilah masalah utama. Sepatutnya kita perlu membaca dan membahaskan buku-buku ini untuk pemurnian ilmu itu sendiri. Anak-anak universiti kita lebih bodoh berbanding mereka yang tidak belajar di universiti, salah satu puncanya sebab pengharaman buku ini juga. Bila ada pengharaman buku, maka adalah pengharaman fikiran. Kita dilarang untuk memikirkan idea-idea kiri. Pelajar universiti kini belajar apa yang berkaitan dengan bidang mereka sahaja. Tapi hakikatnya mereka bukan belajar secara kritikal, mereka belajar sekadar nak lulus peperiksaan. Cuba kita halalkan buku-buku haluan kiri ini masuk ke Malaysia, dan kumpulkan pelajar-pelajar universiti dan prof-prof, doktor-doktor untuk berdiskusi mengenai ilmu-ilmu sebegini pula.

Penutup

Seperti yang diketahui oleh pembaca tegar blog aku, aku rasa anda semua tak faham apa yang aku tulis. Aku lebih kepada talk berbanding writing. Lebih mudah panggil aku berdiskusi perihal isu ini. 'Isu ini' itu bukanlah datang berbincang dengan aku mengenai Mulla Sadra, Socrates, Giroux, sosialis, kapitalis, anarkis, dan lain-lain. Aku pun bukannya hadam dengan cermat penikiran-pemikiran mereka. Yang aku maksudkan ialah kenapa wujudnya golongan seperti anak muda sekarang yang membangkitkan isu-isu ini.

Sebagai penutup, aku sediakan links yang berkaitan dengan pemikiran-pemikiran ini.

Comments