pendidikan Makin rosak

Last week aku lepak-lepak dengan rakan-rakanku. Baru balik dari politeknik kan, nak dengar juga apa yang mereka dapat sepanjang ketiadaan aku di sini.

Salah seorang rakanku cakap, "Naim, aku dah setuju apa yang kau cakap dulu, apa yang kau perjuangkan dulu, apa yang kau nak dulu, apa yang kau tulis dalam blog tu dulu".

"Kenapa ni? Tiba-tiba je", aku pelik.

"aku dah dapat rasa apa yang kau nak, Naim. Sistem kat sekolah tu macam puks!".


"hahaha. Rilek. Aku tak paksa orang nak atau tidak untuk terima idea aku. Aju just mengekspresikan idea aku dalam bentuk tulisan (blog). Aku bukan nak perhatian orang, tapi aku nak ubah mentaliti orang literal ni. Kawan, aku dah fikir benda ni lama dah, dan aku tahu akibatnya satu hari nanti. Aku pun duduk dalam zon ni jugak"

Rakanku bercerita kepadaku masalah-masalah yang timbul di sekolah. Eh, bukan masalah. Tapi sistem sekolah. Member tu dah dapat rasa apa yang aku fikir.

Aku terkejut dengan tindakan-tindakan guru-guru. Kenapa jadi macam tu?. Pendidikan sepatutnya memanusiakan kembali manusia (dehumanization). Kalau cikgu-cikgu create disiplin yang tidak relevan, pelajar akan marah. Pelajar rasa seperti dimalukan, dan diperbodohkan. Buat peraturan dan hukuman pelik-pelik kenapa? Aku tak bangkang, tapi cikgu-cikgu perlu jelaskan kenapa-kenapa-dan-kenapa kepada pelajar. Dan pelajar diberi peluang untuk bersuara (free speech).

Aku lihat pelajar di sekolah lama aku tu dulu seperti lembu sudah akhirnya. Dah lah pergi sekolah sebab terpaksa, lepas tu kat sekolah pun tak ada roh-roh ilmu yang berjalan. Kembali ke zaman 4000 tahun dahulu, di zaman Athens, mereka belajar, semata-mata kerana mereka cintakan ilmu.

Bagi aku, di sekolah sekarang ini, yang diberi oleh guru itu, bukanlah ilmu, tapi maklumat. Guru bagi maklumat, lepas tu pelajar salin maklumat tu, lepas tu pelajar hafal, dan masukkan maklumat tu dalam kertas jawapan peperiksaan. Pastu? Habis. Lain dengan ilmu. Ilmu adalah sesuatu yang tidak fix, tidak ditetapkan. Ilmu boleh dibahaskan. Dalam pemberian ilmu, mesti ada penyokong dan penentang. Ada orang pertikaikan ilmu itu untuk dapat ilmu yang lagi absolute. Perbahasan perlu diadakan.

Aku sebenarnya kecewa dengan sekolah aku (dulu) sendiri. Ya, memang aku tak berada dalam sekolah dah sekarang, tapi aku fikir apa yang akan terjadi kepada adik-adik (warisan) aku nanti. Aku kecewa. Kenapa perlu jadi macam tu di sekolah. Sangat teruk. Ramai yang datang mengadu kat aku. Aku pun tak tahu nak buat apa selain menulis, dan menulis. Satu je aku boleh cakap kepada mereka "kita ada free speech. Kau ingat cikgu je boleh ajar kita? Kenapa cikgu ego sangat nak belajar dari pelajar?".

~ Pendidikan kini bukan lagi memberi ilmu kepada masyarakat, tetapi maklumat semata-mata. Pendidikan kini ak berjaya memanusiakan manusia, tapi menjadikan manusia itu seperti lembu. Pendidikan kini bukan seperti syurga, tapi tak ubah seperti penjara. pendidikan kini tidak lagi bersifat ingin tahu, tapi tak ubah seperti robot yang tahu apa yang diprogramkan saja.

Comments