Khazanah MELAYU yang hilang

photo credit to dawama

SEDIH bila baca artikel dalam internet berkenaan artifak-artifak dan manuskrip-manuskrip Malaysia yang berada di luar negara. MELAYU wajib tahu!!

Berita Harian 10/11/2013 ada pasal Tajul Salatin (Sejarah Raja-raja) anggaran RM5.2 juta berada di Perpustakaan Britain, London. Sedih sangat.

RM5.2 juta tu murah je weh. Tu artifak & warisan MELAYU. Menteri kita kaya raya berbillion-bilion. Dengan korupsi lagi, kroni lagi. Takkan 5.2 juta ni tak boleh nak spend untuk artifak macam ni? 

Surat-surat yang ditulis oleh Sir Stamford Raffles yang berpengetahuan tinggi tentang sejarah dan adat resam Melayu. Beliau menulis surat-surat itu dalam tulisan jawi, harganya RM40 juta. Bagi aku la, RM40 juta tu sikit je utk artifak mcm ni.

Simpanan 'harta' MELAYU di Perpustakaan British dan Musium Britain di London pula dipercayai menyimpan kira-kira 100 manuskrip Melayu lama dengan 80 daripadanya diambil dari Indonesia ketika Belanda menguasai negara itu, manakala bakinya dari Tanah Melayu::-

  1. Beberapa ukiran pada papan yg dipercayai berasal dari Kelantan dan Terengganu.
  2. Hikayat Raja Pasai (hikayat tertua)
  3. Hikayat Hang Tuah
  4. Syair Sultan Ahmad Tajuddin
  5. Hikayat Muhammad Hanafiah
  6. Hikayat Nabi Yusof
  7. Tajul Salatin
  8. Syair Silambari
  9. Surat Kiriman Kepada Perempuan
  10. Al Quran dari zaman kesultanan melaka
  11. Buku salasilah kesultanan melaka dan melayu riau (di dalam tulisan jawi)
  12. sebuah buku yang didakwa ditulis oleh Munshi Abdullah
  13. Buku sejarah bertulisan jawi dari Terengganu dan Kelantan.
  14. Surat Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah kepada Raffles hampir 200 tahun. Ada mempunyai koleksi surat sultan kepada Raffles berusia 196 tahun.

Khazanah MELAYU di Holland Museum:-
Buku Hikayat Abdullah oleh Musyi Abdullah

Khazanah MELAYU di Bodlein Library:-
Ada banyak juga manuskrip yang berasal dari Tanah Melayu dalam simpanan mereka semua yang original. salah satunya ialah gambar Tok Janggut yang digantung kepala kebawah.

Khazanah MELAYU di Liverpool:-
Surat daripada sultan dan pembesar Melayu yang bertarikh 1811 adalah antara beberapa manuskrip mengkagumkan yang lain.

Khazanah MELAYU di Muzium Leiden dan Universiti Leiden di Belanda:-
Manuskrip karangan Hamzah Fansuri dan Hikayat Munsyi Abdullah

Lepas tu mana khazanah MELAYU yang ada di Malaysia? Mana hak-hak kita? Aku berharap sangat bahawa ada pihak yang mengusahakan mengembalikan khazanah-khazanah ini kembali ke Tanah Jawi ini. 

Comments

  1. Assalamualaikum.

    Setuju dengan Tuan, kenapa kita tidak mahu ambil dari mereka.

    Atau Kemungkinan mereka yang tidak mahu jual dan tidak mahu tahu siapa melayu sebenar?

    Wallahua'lam.

    Saya suka dengan tulisan Tuan.

    ReplyDelete
  2. Ade sape2 pernah snap.gmbar tok janhgut tu?

    ReplyDelete
  3. Ade sape2 pernah snap.gmbar tok janhgut tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan