Tuesday, March 11, 2014

Aku pelik?

Ada orang cakap aku pelik. Mereka cakap aku 'mampu' berjalan-jalan seorang diri. Aku pergi kelas sorang-sorang, pergi bandar sorang-sorang. Aku tinggalkan kawan-kawan aku. Aku tak adak mereka untuk bersama aku.

Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.

Aku tak sombong. Tapi aku memang pelik. Ya, memang aku suka berseorangan jika berjalan-jalan. Aku tak suka bingar. Aku tak suka crowded.

Benda ini terjadi bila satu ketika dahulu, di zaman kegemilangan aku dulu di sekolah, aku berfikir, "dari aku kecil, aku diarahkan oleh seseorang. Naik sekolah rendah, guru mengarahkan aku berbuat itu ini. Naik sekolah menengah, lagi hard core, tak buat, kena marah, kena hukum. Pastu masuk politeknik, kena ikut cakap lecturer, kena ikut peraturan.


Jadi aku terfikir, sejak bila manusia dilahirkan untuk melakukakan perkara yang sama? Aku ada hidup. Kenapa ada orang yang nak menentukan hidup aku? Di sekolah, kita diajar mengikut, tapi kita dilarang bertanya. Aku rimas dalam situasi itu.

Jadi, aku berusaha untuk 'jangan ikut orang'. Aku fikir, kalau aku ikut orang, benda tu tak akan jadi. So, nak tak nak, aku terpaksa membuat keputusan sendiri. Dari aku kecil, keputusan di tangan mak ayah aku, ti tangan cikgu-cikgu aku, lepas tu bila aku nak membuat keputusan sendiri? Pastu apa guna kita hidup kalau kita tak boleh buat keputusan?

Aku tak sombong, dan aku bukan lupakan kawan. Just bila aku tak selesa dengan kawan tu, aku akan tinggalkan mereka, aku akan berlalu dari situ buat seketika. Bukannya tak nak berkawan sampai ke sudah, tapi just masa tu je. 

The moraf if the story is, kalau kamu nak buat sesuatu perkara, just do it, janji jangan libatkan atau susahkan orang lain.

1 comment:

komen dan kritikan amat digalakkan