Tuesday, March 11, 2014

Aku pelik?

Ada orang cakap aku pelik. Mereka cakap aku 'mampu' berjalan-jalan seorang diri. Aku pergi kelas sorang-sorang, pergi bandar sorang-sorang. Aku tinggalkan kawan-kawan aku. Aku tak adak mereka untuk bersama aku.

Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.

Aku tak sombong. Tapi aku memang pelik. Ya, memang aku suka berseorangan jika berjalan-jalan. Aku tak suka bingar. Aku tak suka crowded.

Benda ini terjadi bila satu ketika dahulu, di zaman kegemilangan aku dulu di sekolah, aku berfikir, "dari aku kecil, aku diarahkan oleh seseorang. Naik sekolah rendah, guru mengarahkan aku berbuat itu ini. Naik sekolah menengah, lagi hard core, tak buat, kena marah, kena hukum. Pastu masuk politeknik, kena ikut cakap lecturer, kena ikut peraturan.

Agama tidak rasional

Aku tertarik mendengar ucapan dari Komrad Isham Rais di Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) ketika forum- PAS: Islam, Liberal atau Sosialisme.

Kata beliau:

Agama ini, ianya tidak rasional dan ianya tidak saintifik. Agama ini arus diterima dengan keyakinan. You have to belive it. Saudara, di dalam Islam tidak boleh, diharamkan makan babi. Tidak ada aa uu aa. Tidak ada analisa kenapa babi ini ape (diharamkan) tidak perlu. Itu adalah ritual satu tanda petanda bahawa Islam tuan-tuan. Sembahyang lima waktu, tak ada tanda, tak ada. Itu adalah ritual. Jadi agama itu seperti itu. Jadi kalau kamu yakin dengan agama, yakin kepada agama.
Maksudnya ialah,

Ya, Agama ini memang tidak rasional. Contohnya, Islam. Islam mengharamkan penganutnya memakan babi? Kenapa? Bukannya atas dasar babi itu kotor atau whatever. Tapi atas dasar kepercayaan. Orang Islam tak makan babi sebab mereka yakin dan percaya pada agama Islam yang mengharamkan memakan babi. Tak ada sebab munasabah. Begitu jugak solat, tak ada sebab yang rasional kenapa orang islam kena bersolat lima waktu sehari semalam. Macam tu jugak dengan agama-agama lain.

Tuesday, March 4, 2014

Khazanah MELAYU yang hilang

photo credit to dawama

SEDIH bila baca artikel dalam internet berkenaan artifak-artifak dan manuskrip-manuskrip Malaysia yang berada di luar negara. MELAYU wajib tahu!!

Berita Harian 10/11/2013 ada pasal Tajul Salatin (Sejarah Raja-raja) anggaran RM5.2 juta berada di Perpustakaan Britain, London. Sedih sangat.

RM5.2 juta tu murah je weh. Tu artifak & warisan MELAYU. Menteri kita kaya raya berbillion-bilion. Dengan korupsi lagi, kroni lagi. Takkan 5.2 juta ni tak boleh nak spend untuk artifak macam ni?