Surau dalam mall

gambar hiasan
photo ping to blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog NaimAlKalantani ini. Lama dah aku tak update blog. Semenjak dah jadi atlet negeri untuk ke sukIPT 2014 ni. Moga-moga menang.

Last week aku pergi ke Kuantan. Dari Jengka ke Kuantan, nak balik Muadzam Shah. Jumpa kawan aku dulu di Kuantan untuk balik Muadzam sama-sama.

Masa di Kuantan, aku saja la window shopping dalam shopping mall. Masuk la Mega Mall. Nak solat Zohar juga dalam tu. Cari punya cari, jumpalah surau.

Semua tahu, bila sebut 'mall' je, dah boleh imagine sebesar mana mall tu kan. Besar la kan. Aku pun boleh sesat dalam mall (Pavilion), ni pulak budak-budak.

Kita semua masuk mall, lihat branch butik-butik tersohor dan mahal-mahal. Ada butik Tropicana Life, Chuck Taylor, Levi's, Adidas, dan macam-macam lagi kan.

Point aku di sini ialah, bila aku masuk ke surau Mega Mall tu, surau tu kecil je. Dah la kecil, busuk pulak tu. Tidak terurus. 

Mall punya besar, ada pusat karoake, ada pusat boling, ada cinema, tapi surau pun macam tu?


Kita negara pelbagai bangsa


Bila aku luahkan perasaan tu pada rakan aku, ada yang cakap "memang la dia buat surau kecil je, nanti orang non-muslim akan mempersoalkan kenapa tiada gereja, kuil dan sebagainya dalam mall tu pulak".

Kamu sebenarnya baca tak Perlembagaan Persekutuan? Eh. Silap. Kamu sebenarnya tahu tak Perlembagaan Persekutuan?

Apa agama rasmi negera Malaysia? Semua orang tahu agama rasmi kita agama Islam. Jadi, walaupun alasan sebegitu diberi, aku tak nampak rasional jawapan tersebut kerana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan undang-undang lain akan terbatal jika bersalahan dengan perlembagaan tersebut, setakat mana yang bercanggah.
Jadi kita boleh kiaskan di sini, sepatutnya pihak yang membina mall itu perlu mencipta (sekurang-kurangnya) sebuah surau yang besar. Ya, walaupun pihak itu non-muslim. Kerana mereka perlu akur dengan agama rasmi Malaysia dan agama major.

Surau Busuk


Berapa ramai kat sini yang pernah masuk surau dalam mall yang besar, cantik, dan terurus? Aku rasa amat sikit. Aku boleh dikatakan banyak jugak masuk mall, toilet, yang kita nak buang air tu, punyalah cantik, boleh buat tidur lagi dalam tu. Tapi bila aku masuk dalam surau mall, macam lahanat. Kotor!. 

Dr. Maszlee Malik berkata "dengan keadaan kotor dan busuk macam tu kita boleh tertungging-tungging sembahyang? Apa yang kita nak tunjuk kepada tuhan?"

Bagaimanakah sebuah toilet dapat dijaga rapi dan bersih cantik molek, tapi surau jadi macam tu? Surau di Mega Mall, Kuantan, aku lihat, ya Rabbi, tak tahu dah nak describe macam mana dah. Memang teruk.

Apa kata Nami Cob Nobbler?


Kenal Nami? Kalau tak kenal, tanya uncle Google. Malas nak terangkan.

Nami menyatakan dalam novel dia, mall sekarang sudah menjadi rumah ibadat bagi setiap manusia. Mall dijadikan tuhan.

Orang pergi mall, bukan untuk shopping, tapi mereka sedang beribadah. Mall kini adalah tample.

Inilah tample orang zaman sekarang. Pada zaman dahulu, bangunan rumah ibadat adalah yang terbesar. Di situlah tiap-tiap hujung minggu, warga berkumpul dan beribadat. Selepas menyembah tuhan, mereka makan bersama-sama. Pada zaman sekarang, mereka bekerja lima hari seminggu, mungkin enam, mungkin tak ada cuti yang tetap, atau mungkin tak ada cuti langsung, tapi selepas itu, bila mereka ada waktu terluang, daripada hasil mereka bangun pagi, dan menghadap fail dan pelanggan, kilang dan bank, pejabat dan kedai, mereka dapat duit, mereka lakukan ritual-ritual penyembahan - beli dan bekerja. Beli dan bekerja.

In fact, cuba anda lihat betapa kecilnya surau dalam satu shopping mall? Itu je dah jadi bukti. Aku tak suka orang duk canang negara ni negara Islam, tapi sebenarnya bukan pun.

Masyarakat mempertuhankan shopping complex. Kelihatan ramai bimbo-bimbo dan douchebag-bauchbag berjalan menyembah Tuhan Imej dan Tuhan Wang Kertas di tample-tample yang dipanggil shopping mall. Di sini, imej visual dilacurkan selacur-lacurnya, berkumandanglah laungan lagu Justin Bieber dan Nicki Minaj seperti azan atau loceng panggilan daripada Tuhan yang digelar konsumerisme.

Comments

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan