Tuesday, February 25, 2014

Kritikan untuk penambahbaikkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog aku yang daif ini. Pagi-pagi macam ni dah update blog. Tekanan punya pasal. Tadi sepatutnya ada dua kelas, tapi dua-dua batal. Dah masuk kelas, baru lect inform kelas batal.

Masa lepas kelas (sepatutnya) first, kelas Math tadi, saya dan beberapa orang rakan aku dalam 6 orang saja lepak dalam perpustakaan. Lepak-lepak baca novel, lepastu ada la pihak Malaysian Qualitifications Agensi (MQA) rasanya melawat library tu.

Aku pun cakap la kat kawan-kawan saya, "mintak-mintak la MQA tu datang meja kita, pastu tanya aku. Tanya pasal library ke, kolej ke, institut ke".

Pastu ada sorang kawan perempuan aku ni tanya aku balik, "Kalau diorang tanya kau pasal perpustakaan ni, kau nak cakap apa? Perpustakaan ni teruk?"

Aku cakap "yup. Aku nak kritik"

Dan selepas itu, perempuan tu cakap "KAU NAK KUTUK? LEPAS TU KAU DUDUK BELAJAR DALAM NI LAGI? KALAU NAK KUTUK, KELUAR LA DARI POLITEKNIK NI"

Aku tersenyap. Bukan tak dapat jawab. Aku terkesan. 

Saturday, February 22, 2014

Idealism vs Realism

photo credit to adwerks


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog saya ni. I hope you all sihat selalu. Hari ni sabtu. Tak tahu kenapa tiap-tiap hari aku akan bangun awal sebelum pukul 8, walaupun hari itu cuti. Dah menjadi satu habit la kot semenjak aku jadi pelatih PLKN masa sesi 2/2012 dulu.

Kali ini aku nak menceritakan mengenai Idealism dan Realism.

Idealism

Idealism dalam bahasa mudahnya ialah satu falsafah yang menegaskan realiti sesuatu perkara. Perkataan dasarnya ialah 'ideal'. Idealism ialah kunci ke hakikat realiti. Idealism berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud 'melihat'. Idealism juga dapat mengesahkan imaginasi yang cuba untuk merealisasikan konsep mental kecantikan, dan satu taraf kesempurnaan.

Realism

Realism bermaksud usaha menampilkan subjek dalam suatu karya sebagaimana tampil dalam kehidupan sehari-hari tanpa tambahan perkhidmatan lebih atau interpretasi tertentu. Maknanya boleh pula merujuk kepada usaha dalam seni rupa untuk memperlihatkan kebenaran, bahkan tanpa menyembunyikan hal yang buruk sekalipun.

Thursday, February 6, 2014

Surau dalam mall

gambar hiasan
photo ping to blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog NaimAlKalantani ini. Lama dah aku tak update blog. Semenjak dah jadi atlet negeri untuk ke sukIPT 2014 ni. Moga-moga menang.

Last week aku pergi ke Kuantan. Dari Jengka ke Kuantan, nak balik Muadzam Shah. Jumpa kawan aku dulu di Kuantan untuk balik Muadzam sama-sama.

Masa di Kuantan, aku saja la window shopping dalam shopping mall. Masuk la Mega Mall. Nak solat Zohar juga dalam tu. Cari punya cari, jumpalah surau.

Semua tahu, bila sebut 'mall' je, dah boleh imagine sebesar mana mall tu kan. Besar la kan. Aku pun boleh sesat dalam mall (Pavilion), ni pulak budak-budak.

Kita semua masuk mall, lihat branch butik-butik tersohor dan mahal-mahal. Ada butik Tropicana Life, Chuck Taylor, Levi's, Adidas, dan macam-macam lagi kan.

Point aku di sini ialah, bila aku masuk ke surau Mega Mall tu, surau tu kecil je. Dah la kecil, busuk pulak tu. Tidak terurus. 

Mall punya besar, ada pusat karoake, ada pusat boling, ada cinema, tapi surau pun macam tu?