Saturday, January 4, 2014

Review: Maha-siswa VS Perhimpunan TURUN #RPDM31

credit to themalaysianinsider
Assalamualaikum dan selamat petang diucapkan kepada para pembaca blog saya ini.

31 Disember tiap-tiap tahun, malam tahun baru, Malaysia menyambut tahun baru di Dataran Merdeka (Dataran). Tetapi, dalam sejarah Malaysia menyambut tahun baru, tahun 2014 adalah sambutan paling 'ngeri' yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Himpunan TURUN KOS SARA HIDUP (TURUN) yang dikepalai oleh Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin mendapat sambutan daripada 7000 rakyat Malaysia!


Himpunan ini dihadiri oleh majoriti empat buah badan NGO iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Terus terang saya katakan bahawa saya tidak menghadiri perhimpunan tersebut. Tetapi saya updated mengenai perhimpunan ni dari pukul 10:30pm (31/12/2013) hingga 2:00am (1/1/2014). Paling cepat dapat input dari twitter dengan hashtag RPDM31D. Facebook page juga ada updated, tetapi lambat sikit. 

MAJOR MAHASISWA

Saya ada membuat penyelidikan sedikit mengenai perhimpunan ini. Pertama-tamanya ialah siapa yang turun menghadiri perhimpunan ini. Selepas dapat input dari laman blog, facebook, twitter, Awani, dan beberapa lagi sumber-sumber, saya dapati bilangan mahasiswalah yang major menghadiri perhimpunan ini. Kenapa?

credit to fuh

70% daripada peserta demonstrasi ini adalah maha-siswa

Cuba kita fikir secara rasional, kita maha-siswa ialah bani manusia yang cerdik pandai, cendekiawan, sebab tu mereka dapat masuk universiti. Rata-rata mahasiswa kini terdiri daripada Gen-Y. Gen-Y adalah generasi yang paling aktif dan paling ditakuti oleh masyarakat dan badan pemerintahan. Ada juga yang beranggapan, bahawa generasi ini dinamakan sedemikian rupa kerana mereka sering bertanya "KENAPA" atas sesuatu perkara.

Maha-siswa menyertai perhimpunan ini. Ramai. Jika dulu, kita dihalang atau terhalang untuk mendapatkan informasi mengenai sesuatu perkara khususnya Siyasah (politik), tetaoi kini, taboo topic sudah tidak dihiraukan lagi kerana atas beberapa sebab, antaranya teknologi semakin berkembang dan maklumat dihujung jari. Di media massa seperti facebook, twitter, blog, youtube, kita dapat tahu maklumat itu dengan lebih telus dan tepat.

Jadi, perkara taboo ini sudah dipecahkan oleh golongan cerdik pandai terutama maha-siswa. Tidak digelar maha-siswa jika tidak dapat keputusan baik dan masuk universiti. Jadi mereka ini pandai berfikir.

Maha-siswa kini sudah cerdik. Tidak lagi dibelengu oleh sesuatu perkara. Kalau dulu, kita hanya boleh tahu mengenai sesuatu pihak sahaja, boleh menyokong satu pihak sahaja, boleh join sesuatu pihak sahaja. Tetapi kini, masyarakat, khususnya maha-siswa tidak lagi sebegitu kerana mereka sudah tahu hak-hak mereka sebagai seorang rakyat Malaysia. Hak bersuara, hak berhimpun, dan pelbagai lagi.

Sivil Socity

Sivil socity dalam bahasa mudahnya, adalah suara-suara masyarakat yang selain daripada kerajaan, atau lebih dikenali sebagai third party. Kalau dulu, maha-siswa tidak boleh mengkritik, mengkomen, memburukkan apa-apa berkaitan dengan kerajaan khususnya kerajaan Barisan Nasional. Tetapi kini, hak-hak rakyat inilah yang semakin ditakuti oleh kerajaan kerana bak kata V dalam filem V For Vendetta, "People shouldn't be afraid of their government. Governments should be afraid of their people". Sebabnya kerajaan kini sudah tahu bahawa suara rakyat itu suara keramat, tetapi masih berdegil untuk mengikut kata hati rakyat. Thirt party kebanyakkannya ditubuhkan kerana ingin membela hak-hak seseorang manusia. Kini pihak ini sudah lantang bersuara terutama dalam bidak pendidikan dan politik. Mereka ada yang tidak pro kepada mana-mana pihak, dan sekadar ingin membela hak-hak sebagai rakyat.

The tyipical Malaysian je sekarang yang cakap bahawa 3rd party yang menyokong hak-hak rakyat ini adalah pro-pembangkang. Tetapi hakikatnya tidak, mereka hanya mahu kebenaran, tidak mahu klise, nak yang telus dan adil untuk rakyat-rakyat.

Sivil Socity kebanyakkan pesertanya tidak dibayar. Tetapi masih membuat kerja. Jadi, kalau kita fikir secara rasional, adakah seseorang insan nak buat sesuatu pekerjaan dengan percuma? Ini membuktikan bahawa sivil socity seperti SMM dan SAMM ini bergerak aktif kerana nilai-nilai kemanusiaan itu sediri dan membela hak-hak sebagai seorang rakyat Malaysia.

Flashback: PR menang majoriti

Kalau kita lihat semasa PRU-13 dahulu, Pakatan Rakyat memenangi 52% undi dari seluruh undian di Malaysia. Tetapi saya pun tak tahu macam mana sistem demokrasi dan pilihanraya kita ini. Cuba bayangkan, 52% rakyat Malaysia tidak menyokong sesuatu kerajaan itu, tapi kerajaan itu juga yang mentadbir sesebuah negara. Dan rakyat itu membuat satu 'usul' kepada kerajaan dengan persetujuan 52% daripada rakyat negara itu, tidakkah kerajaan akan gentar?

Akhir kata, saya sudahi dengan kata-kata Buya Hamka, "JIKA BELAJAR SEKADAR BELAJAR, LEMBU DI KANDANG JUGA BELAJAR"

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan