Saturday, January 25, 2014

Cooling off period

photo credit to namkhainorbu

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan beberapa langkah untuk pembaharuan perjalanan pilihanraya di Malaysia. Di antara pembaharuan yang ingin dilakukan adalah memperkenalkan sistem pengundian awal dan “cooling off period” atau tempoh tenang selama dua hari.

Dalam penulisan kali ini, saya ingin membincangkan terlebih dahulu mengenai “cooling off period” atau tempoh bertenang. Sistem pengundian awal mungkin akan saya bincangkan dalam penulisan akan datang.

Cooling off period” atau tempoh bertenang adalah hari di mana semua kempen pilihanraya baik daripada parti politik mahupun daripada calon yang bertanding akan dihentikan untuk memberi ruang kepada pengundi-pengundi bertenang dan memikirkan mengenai calon atau parti politik yang ingin mereka pilih setelah menyaksikan kempen pilihanraya dalam sesuatu tempoh berkempen yang ditetapkan.

Monday, January 20, 2014

Mansuh PTPTN, politics without romance dan student power — Zul Fikri Zamir Mohamad

photo credit to blogger
16 APRIL — Ketika tulisan ini sedang ditulis, saya membaca Twitter seorang rakan bahawa sekumpulan mahasiswa sedang membuat benteng manusia di Dataran Merdeka bagi mempertahankan khemah mereka dari diroboh DBKL. Sementara itu laporan Malaysiakini pada 12 April 2012 membayangkan sekitar 300 ke 500 orang sahaja mahasiswa yang turun untuk demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di Kuala Lumpur.

Menuntut pemansuhan PTPTN? Menariknya, kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya “Najib Altantuya”, “Jahanam Umno-BN”, “Musnah Rosmah” dan “Jahanam Najib”. Pertama, apa kaitan Altantuya, Rosmah serta ‘Jahanam Najib’ dengan PTPTN? Kedua, berdasarkan laporan semasa, sehingga kini terdapat 227,000 mahasiswa IPTA dan IPTS di seluruh negara. 500 orang daripada 227,000 mahasiswa di seluruh negara, memberi makna hanya sekitar 0.2 peratus sahaja yang turun untuk menyokong gerakan memansuhkan PTPTN ini. Di manakah 226,500 orang mahasiswa yang lain, yang juga menjadi sebahagian besar dari peminjam PTPTN?

Sunday, January 5, 2014

Review Filem: GADOH

credit to debslym


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog ini.

Selamat menyambut tahun baru 2014 kepada semua yang menyambut. But sorry, aku tak sambut tahun baru ni. Entah, tapi memang tak berminat. Sebabnya aku pun tak faham kenapa orang sambut tahun baru tu.

Dulu masa tahun 2009 dulu, saya ada tonton filem Gadoh (2009) yang ditayangkan oleh cikgu subjek komputer di sekolah saya dulu. Dulu, aku hanya tonton filem ni sekadar tonton sahaja.

Saturday, January 4, 2014

Review: Maha-siswa VS Perhimpunan TURUN #RPDM31

credit to themalaysianinsider
Assalamualaikum dan selamat petang diucapkan kepada para pembaca blog saya ini.

31 Disember tiap-tiap tahun, malam tahun baru, Malaysia menyambut tahun baru di Dataran Merdeka (Dataran). Tetapi, dalam sejarah Malaysia menyambut tahun baru, tahun 2014 adalah sambutan paling 'ngeri' yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Himpunan TURUN KOS SARA HIDUP (TURUN) yang dikepalai oleh Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin mendapat sambutan daripada 7000 rakyat Malaysia!