Friday, December 20, 2013

Daripada belanjawan ke bajet: Upacara Anglisasi bahasa untuk mewujudkan Melayu Borjuis Baharu

photo credit to zuhalaydin.edublogs
Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa perkataan ‘bajet’ digunakan walhal korpus Bahasa Melayu mempunyai perkataan untuk makna yang sama iaitu ‘belanjawan’?

Tetapi ‘bajet’ hanyalah satu dari ribuan perkataan yang telah di-Melayukan. Biasakah anda dengan perkataan seperti Transformasi, Fiskal, Akomodatif, Indikator, Fertigasi ataupun Sekuriti?

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa di Malaysia, sebuah negara yang mempunyai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, selain mempunyai puluhan bahasa penduduk asal yang lain seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil ataupun Bahasa Iban – terlalu gilakan Bahasa Inggeris?

Tuesday, December 17, 2013

3 Idiots: sistem pendidikan yang salah

photo credit to imbd


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog saya ini.

Ramai yang dah tonton filem 3 Idiots kan? DAri first saya create blog ni, saya dah cakapkan mengenai filem ini. Apakah isi yang ada dalam filem ni dan apakah perjuangan filem ini?

Filem ini memperjuangkan mengenai sistem pembelajaran yang betul. Selama ini, kita menjadi bodoh dengan sistem. Sistem mengajar kita menjadi bodoh dan terus bodoh. Kita juga takut untuk mencabar sistem kerana kita memasuki zon selesa.

Perhambaan mahasiswa dan jalan-jalan kebahagiaan

photo credit to langitilahi
Mahasiswa jika dirujuk sejarah dan pencapaiannya di seluruh pelosok dunia, ia menjadi satu kuasa yang utuh bagi menggerakkan dan menggertak apa jua halangan melalui idea-ideanya. Peristiwa Tiananmen Square, Revolusi Iran oleh Khomeini yang didukung oleh gerakan mahasiswa dan terbaru, di University of Manchester berkenaan rombakan semula silibus ekonomi oleh mahasiswa di sana. Tidak kurang hebatnya di Malaysia, Peristiwa Baling adalah antara sejarah yang terpasak kuat dan hangat dibincangkan apabila sejarah mahasiswa dirungkai semula.

Pilihanraya Kampus

photo credit to blogger
Minggu lepas ada pencalonan untuk memegang tampuk 'pemerintahan' MPP di Politeknik Muadzam Shah bagi sesi Disember 2013. Hari mengundi kolej ni jatuh pada esok hari, 18 Disember 2012.

Minggu lepas ada sesi untuk para calon untuk membangkitkan manifesto-manifesto masing-masing untuk meraih undi. Saya ada dengar juga manifesto ini.

Saturday, December 14, 2013

Menghafal untuk peperiksaan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya baru balik dari cafe ni. Terima kasihlah kepada Ain Atikah sebab belanja saya minum kat cafe tadi. huhuhu.

Semalam ada quiz untuk subjek Programming Principle. Lepas quiz, I borak dengan beberapa orang classmate I. I tanya macam mana dapat tinggi markah dalam quiz tadi.

Rata-rata classmate I jawab "I hafal la apa yang lect suruh baca tu".

Thursday, December 12, 2013

Jangan jadi Lembu

12-14 Disember 2013 ni pihak Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan aktiviti sukarelawan untuk menbantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan.

Ramai yang saya lihat mengambil bahagian untuk menjadi Volunteer ini.

Banjir di Kuantan seperti yang kita tahu, sangat teruk. Saya tak follow berita penuh di Kuantan. Tapi saya dapat update dari rakan-rakan saya yang belajar di sana.

Tuesday, December 3, 2013

Kenapa pelajar tak suka pergi library?

Bila kita masuk library. Sunyi je kan. Bukan sebab pelajar dalam tu tak bercakap. Tapi memang tak ada orang.

Tadi saya baru keluar dari library Politeknik Muadzam Shah (PMS). Class dismiss tadi. So bosan pergi la melawat library. Memang saya sukakan buku-buku.

Bila masuk, ingatkan meriah. Tetapi sunyi je. Buka pintu masuk, jenguk dulu. Fikir, "ni boleh masuk ke tak ni". Pastu nengok ade 3 of student PMS tengah use the PC in library. Dengan keyakinan yang ada pada diri dan selamber katak, saya pun masuk. Letak beg. Pastu masuk.