Saturday, November 16, 2013

Jengka Sentral

Hye guys. Happy cuti sekolah? plan apa cuti ni? melancong? Tonton televisyen?

Tadi member ajak pergi teman dia beli tiket bas nak pergi KL. Untunglah dapat sambung study kat KL. Dia ajak teman sebab dia tak tahu macam mana nak beli tiket kat Jengka Sentra.

Bangunan Jengka Sentral baru open pada Khamis lepas, 14/11/2103.


Tadi aku masuk, dah rasa bukan kat Jengka dah. Dari luar, bangunan tu nampak macam Shopping Mall. Tapi hakikatnya tak. Just ada kiosk-kiosk jualan dalam tu. Tak banyak yang open lagi.

1st masuk tadi, cari tempat parking motor. Dah jumpa, aku dan member aku kritik tempat park tu. Tak logik macam ni. kalau motor tu dari seberang, jawabnya kena pusing. Aku pun tadi masuk ikut jalan one way.

Bila masuk, not bad la. Cantik je kan bangunan baru. Seriuslly macam shopping mall. Ade eskulator.

1st kami pergi kat perhentian bas. Damn. Tak logik. Menyusahkan. Bas kena undur balik kalau nak keluar. Yang tu aku tak bagi credit.

Aku pun ajak member aku masuk toilet. Bak kata orang putih, "kalau kamu nak lihat kebersihan sesuatu keluarga, lihatlah toiletnya".

Toilet die cantik la, tapi tak selia dengan elok lagi. Maybe tak ada makcik cleaner lagi kot. Sinki dia cantik. Paip air cantik. Semua logik.

Lepas tu member aku ajak naik atas. Padahal tak buka lagi atas tu. Pusing punya pusing, jumpalah satu tangga naik atas. Nengok kiri kanan tak ada orang, kami terus naik.

Kat atas sebenarnya betul la apa yang dikata-katakan selama ini tu, ada Pusat Boling. Tapi empty. Tak ada apa-apa lagi dalam tu. Aku rasa makan tahun gak nak siapkan tu.

1st floor ada food court. Tapi tak operasi lagi la. Dan aku pun tak tahu macam mana sistem dia. ada banyak kiosk-kiosk menjual makananan, besar jugak. Cantik. Kerusi dibuat macam kat R&R.

Bila kami nak turun, aku ternampak bilik solat. Try masuk. Hampeh. Bangunan Jengka Sentral Punyalah besar (besar la jugak), ni surau kecil nak mampus. Ni la kerajaan.

Totally Jengka Sentral ni not bad la. Aku masuk pun bukan macam kat jengka dah, macam kat KL Sentral.
Hope you all happy with my review.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan