HUDUD: Hampir Mustahil Dilaksanakan

Bila orang sebut hudud, akan terbayang dalam kepala, "Hudud is all about potong tangan".

Hudud ni adalah hukum Allah yang ada dalam Quran.

Di zaman Nabi SAW pun ada hukuman ini dilaksanakan. Di Brunei kini sultannya dalam proses melaksanakan hukuman ini. Thumbs up to Brunei.

Kalau anda belajar secara details pasal Hudud, anda akan membuat kesimpulan bahawa HUDUD INI HAMPIR MUSTAHIL UNTUK DILAKUKAN.

I mean macam ni. Bila sistem pemerintahan di Malaysia ini menjalankan hukum Hudud, lantak la siapa yang jalankan, parti kerajaan atau pembangkang tolak tepi dulu, akan ada beberapa syarat untuk menjatuhkan hukuman.

Syarat yang saya ingat, kena ada 4 orang saksi lelaki yang beriman & tidak munafik. (Kalau tak salah)
Kalau fikir balik, nak cari seorang saksi yg tal munafik pun susah sebenarnya.

Prosedur hudud sangat ketat. Bukan sewenang-wenangnya boleh potong tangan orang.

Mazhab yang Empat tak ada khilaf mengenai hudud melainkan tangan di bahagian mana yang kena potong atau seumpamanya.

Hudud adalah relevan walaupun sekarang sudah 1400 tahun lebih dari era pemerintahan Nabi SAW.
Dalam ceramah Dr.Maszlee Malik, salah seorang pensyarah di IIUM (International Islamic Universiti Malaysia) menyatakan bahawa (lebih kurang), "Penguatkuasaan undang-undang adalah Hudud. Jika kita tak banteras jenayah, tapi nak laksanakan Hudud, tidak boleh. Manakala pemimpin pula mesti bantu rakyat yang susuh itu juga Hudud. Jika rakyat dalam kemiskinan, dan rakyat itu mencuri,  maka rakyat itu tidak boleh dijatuhkan hukuman Hudud"

Hukumam hudud ini adalah jalan terakhir mengikut prosedur-prosedur yang ketat jika anda belajar mengenai hudud. Bukan senang nak potong tangan orang yang mencuri.

Jika anda berkesempatan, saya cadangakan anda tonton video clip bertajuk Oley dalam youtube.

Comments