Fikir duit: tak akan maju

Pernah tak parents anda cakap, “mak bukan tak ada duit. Ada. Gaji mak RM5000/bulan. nak mak 5 orang. Lepas tu cuba kau tolak insuran anak 5 orang tu. Lepas tu nak tanggung makan minum anak-anak. Lepas tu yuran pengajian anak-anak. Ada yang duduk asrama, ada yang duduk IPT dah. Banyak duit nak guna. Lepas tu bayar sewa rumah, banyar bil air bil api. Bayar bil astro. Bayar bil unifi. Lepas tolak-tolak, ade lah dalam simpanan mak rm4.70"

Pernah dengar kan? Ade sesetengah parents yang berfikir KOLOT macam tu. Saya sangat tak setuju sangat-sangat.


Tau tak istilah ‘usahawan'?

Usahawan orang yang sanggup menghadapi risiko. Usahawan akan labur duit-duit mereka untuk berniaga. Mula-mula try, ada yang kerugian. Tapi tu usahawan. Risiko kena redah. Tak lama nanti, akan maju perniagaannya.

Macam tu la boleh dikiaskan dengan mak ayah. Mak ayah yang duk asyik menceritakan duit-duit-duit-duit-duit pada anak-anak, insyaAllah tak akan maju. Totally. Parents yang berfikiran sedemikian akan berasa kesempitan wang 24/7 dan berfikir di mana nak cari wang lebih. Tapi kalau dapat pekerjaan sambilan pun, mereka akan tetap berfikiran yang sama.

Hasilnya, anak-anak yang jadi mangsa.

Dr.Maslee Malik (pensyarah UIA),  dalam Bicara Ilmilah Universiti Bukan Kilang yang diadakan di USIM, pernah berkata “Mak bapak yang mengharapkan anaknya segulung ijazah, dia tidak akan menghasilkan masyarakat yang bertamadun. Dia nak anak dia bekerja untuk bayar balik hutang yang bagi kepada anaknya dahulu"

Okey. Kita lihat pula pada perspektif Islamiah.



Saya pendekkan cerita. Ustaz Don Daniyal ada menyentuh sedikit hal ini dalam salah satu ceramahnya.  Nanti dalam kubur, Malaikat akan bertanya "ke mana wang kamu dibelanjakan?" Lepas tu kita jawab, "saya belanja keluarga. Saya belikan rumah. Belikan kereta, bagi duit sekolah".

Tu bukan 'belanja'. Belanja bila dia tak mintak. Belanja dia makan (contoh) apabila dpa tak mintaK. Kalau di rumah makan 3 kali sehari tu, tu bukan belanja, tu kewajipan.

Nabi SAW pernah bersabda, “sebaik-baik kamu belanja, kamu belanja KELUARGA kamu makan"
Kita sekarang kalau bab belanja member, 24/7 boleh belanja. Nak jadi hero la katakan.

Tapi bila anak-anak kita (parents) mintak barang permainan, mintak basikal, mintak domino, mintak tu mintak ni, kita jawab “ish. Kan dah ada dah kat rumah tu”

Yang duk ada kat rumah tu, 20 tahun yang lalu. Tu barang orang tak guna dah sekarang. Sedar sikit ibu bapak.

Baginda SAW juga pernah bersabda “didiklah anak kamu seperti zamannya”. Maksud di sini ialah, contoh sekarang zaman iPad. Bukan saya nak suruh tuan puan beli ipad untuk anak-anak, tetapi biar anak kenal tu apa. Dan lebih baik gunakan tekno terkini untuk didik anak-anak. Bukannya menyuruh anak-anak hanya bermain guli di zaman ini. Kiaslah apa yang saya cakap ni.

Kita (masyarakat) tidak boleh ikut yang nabi ajar. Kenapa?

Jika kita teruskan benda yang bertentangan dengan sunnah SAW, kita tak akan maju.
Parents duk asyik memikirkan negatif. Negatif. Negatif.

Ya, saya akui kita kena juga berfikiran negatif untuk mengelakkan kecelakaan. Tapi berbalik kepada 'usahawan' tadi. Tahap kenegatifan mereka tu sgat kurang. Mereka melabur dan melabur. Rugi tolak tepi dulu. Kenapa? Sebab mereka tahu, at the last them'll win.

Allah juga telah menjanjikan “dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

'Pemurah' dan 'pengasih' hampir sama maksudnya. Tapi jika anda belajar secara details, 'pemurah' di sini, Allah limpahkan rezeki ke atas semua makhluknya. Tak kira melayu, cina, india, kadazan, dusun, bugis, bajau, mix, islam, bukan islam, kristian, free thinker, bersunat, tak bersunat, pangkat dato', orang miskin, anak ayam, lesbian, gay, dan yang sewaktu dengannya.

Semua Allah limpahkan sifat 'pemurah'-Nya. Jadi sepatutnya kita tak perlu risau mengenai duit untuk menampung kelangsungan hidup anak-anak. Bukannya saya cakap tidal usah mencari rezeki, tetapi rezeki itulah ada di mana-mana.


Sifat 'penyanyang' Allah tertentu bagi Umat Islam sahaja. Hanya orang Islam yang akan dapat merasai sifat ini. Kalau nak hurai ini, panjang ni.

Anda pernah terfikir, anda pergi melawat ke satu tempat, ada orang minta sedekah kan? Lepas tu tahun depan anda datang lagi, ada lagi orang tu kan?

Terfikir tak macam mana dia boleh hidup (walaupun susah) bertahun-tahun dengan hanya memintak sedekah?

Saya sedar siapa saya. Bercakap mengenai ini, tiada siapa nak percaya. Tapi saya nak membawa anda mengubah persepsi anda. Kesianlah anak-anak anda tu.

Comments