Saturday, August 17, 2013

Pengkajian Terhadap Orang Kelantan

photo geocities

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog NaimAlKalantani™ ini secara sengaja atau tidak. Kepada sesiapa yg masih bersekolah, nak buka sekolah dah ni. Siapkanlah kerja-kerja sekolah tu ye. Jangan duk beraya sakan sangat ye. :)
Tapi kan, raya la kita kena sambut dengan gembira. Ini tidak, berlambak dengan timbunan kerja sekolah macam tak bagi raya dah.
Bak kata pepatah “Bila Ramadhan, puasalah bersungguh-sungguh. Bila Syawal, rayalah bersungguh-sungguh juga” lol

Tapi untunglah budak sekolah tahun ni. Sebab cuti hari raya selama 2 minggu sedangkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) cuma cuti selama 1 minggu sahaja. 
Patutlah pelajar sekolah diberi 'kerja raya' sangat banyak oleh cikgu mereka.

Post kali ini, saya nak menceritakan serba sedikit adab dan adat budaya orang Kelantan.
Dah lama saya memperhati cara orang Kelantan; dari segi adat, budaya, pergaulan, pemikiran, bahasa percakapan, dan lain-lain yang berkaitan. 

Pengkajian saya tidak secara official. Saya hanya memerhatikan mereka. Saya sendiri orang Kelantan. Nombor kad pengenalan saya ialah 950605-03-xxxx. 

Jika artikel saya ini ada menyakitkan pihak-pihak tertentu; terutama orang Kelantan, saya terlebih dahulu ingin meminta maaf, diingatkan sekali lagi ini adalah pemikiran saya sendiri terhadap orang Kelantan. 

NEGERI KELANTAN 


Kelantan Darul Naim, atau Negeri Cik Siti Wan Kembang atau turut dikenali sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga mempunyai adat, budaya, dan warisan dahulu kala yang masih digunakan. Kalau anda mahu berkunjung ke Kelantan, tinggalkanlah impian anda untuk ‘bermain’ di sana. Kerana di Kelantan tak ada tempat untuk bermain. 

SUASANA NEGERI SERAMBI MAKKAH


Kelantan hanya satu negeri yang mempunyai nilai adat dan budaya yang tinggi. Sesiapa yang ingin belajar atau mengetahui adat dan budaya Melayu zaman dahulu, bolehlah melawat Kelantan. 

Kota Bharu - Bandaraya Islam (KB-BRI). Kuantan yang besar tu pun adalah 'bandar', tetapi KB, adalah 'bandaraya'. 

Kelantan tak ada Legoland
Kelantan tak ada pawagam
Kelantan tak ada pub dan kelab
Tapi kelantan ada seni warisan Melayu terdahulu

Bila tiba musim perayaan, di Kelantan akan ada kesesakan lalu lintas atau jem. Jem ini mungkin juga disebabkan Kelantan tiada lagi lebuhraya. (Lebuhraya Rakyat sedang dalam pembinaan). 
Tapi pada hakikatnya, anak perantauan Kelantan ini tersangatlah ramai. Anda beradalah di negeri mana pun, saya pasti anda akan bertemu orang Kelantan. Saya pasti. Di kawasan kampung anda juga, jika anda perhatikan, ramai pakcik-pakcik yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim ini. 

Info: Jika nombor kad pengenalan anda buka 03, maka anda tidak layak membeli tanah di Kelantan. 

Bila dewasa, anak-anak Kelantan lazimnya akan bertebaran di muka bumi ini. Ada yang mengatakan “pergi la mana-mana pun, confirm akan jumpa ramai orang Kelantan". Manakala ada juga yang berpendapat “80% masyarakat di tempat kamu pergi itu adalah orang Kelantan.

Pelakon, Mustafa Kamal dan Neelofa adalah anak kelahiran negeri Kelantan. Mustafa di Kota Bharu; Neelofa di Pasir Mas.

Pada hari Jumaat setiap minggu, di Dataran Ilmu, Kota Bharu, akan ada satu majlis ceramah agama. Lazimnya akan disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan. Tetapi jika beliau uzur atau ada hal lain, majlis akan tetap diteruskan dan akan diganti oleh penceramah-penceramah yang lain.

Dataran Ilmu berada di hadapan satu kedai kitab agama yang amat popular dan terbesar di Kelantan, Syarikat Jaafar Rawas. Ketika ceramah, jalan itu akan ditutup sepenuhnya (kenderaan tak boleh masuk)

Apa yang menariknya, ketika ceramah itu dilangsungkan, seluruh pelosok bandar Kota Bharu akan kedengaran ceramah yang disampaikan ketika itu. Orang ramai akan duduk di atas jalan raya yang dilapik tikar dan ada beberapa buah kanopi. Logistik ini diurusakan oleh Majlis Pebandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Setiap Jumaat, mereka akan buat perkara yang sama. Masyarakat akan duduk di atas tikar yang disediakan di atas jalanraya. Ada juga yang sekadar beralaskan kertas surat khabar. Ada juga yang duduk di kaki lima kedai-kedai. Speaker dipasang seluruh pelosok bandar KB dan akan didengari oleh semua orang yang berada di bandar. 
Ketika itu, trafik akan menjadi perlahan kerana beberapa batang jalan akan ditutup sehingga hampir solat Jumaat. 

PERLAKUAN ORANG KELANTAN

Di bawah ini adalah pandangan saya sahaja, maaf jika ada menyakitkan hati.

1. Kebanyakkan orang Kelantan sebenarnya sangat keras kepala. Mereka sangat pantang dicabar. Mereka akan mem'backup' rakan-rakan Kelantanies yang lain jika timbul masalah. Mereka sangat panas baran dan mudah marah. Tetapi mereka sangat baik & tolong menolong apabila mereka kenal orang itu. 

2. Dalam perlawanan bola sepak, mereka sangat menyokong pasukan The Red Warrior (TRW). Ini adalah satu semangat yang kita boleh ikut. Sokongan yang diberi kadang-kadang kita fikir ini adalah melampaui batas. Jika anda ke Kelantan sewaktu musim perlawanan TRW, anda akan terasa kemeriahannya. 

3. Orang Kelantan lazimnya terkenal dengan sifat taat kepada agama. Lazimnya mereka dididik dengan agama dari kecil hinggalah mereka merantau. Di negeri Serambi Makkah ini, jarang sekali saya melihat perempuan yang tidak bertudung; lelaki yang tidak menutup aurat. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah anak gadis kelahiran Kelantan bertudung, tetapi tidak memakai baju yang sepatutnya. Kadang-kadang, jika saya sendiri pulang ke Kelantan, saya akan nampak orang asing (mat salleh) akan bershawl atau bertudung litup. Mungkin mereka ingin merasai jiwa rakyat negeri ini. Ataupun mungkin juga mereka hendak menghormati cara hidup (agama) di Kelantan.

4. Mengikut pandangan orang ramai, gadis Kelantan amatlah cantik dan comel gitu. Sebab apa jadi macam ni? Mereka mengamalkan pemakanan BUDU didalam hidup seharian mereka. Budu ialah protein kerana asas budu ialah ikan. Ada juga yang kacukan Thailand-Malaysia. Sebab tu jadi cantik.

ADAB DAN BUDAYA

contoh makan hidang negeri Kelantan
photo ping to blogger


1. Kini, di Kelantan, kita masih boleh lihat lagi anak-anak gadis keluar rumah memakai kain batik.

2. Sesetengah orang Kelatan tidak memberatkan hal pakaian yang cantik-cantik untuk ke tempat tertentu. Contohnya pengalaman saya di KB Mall. KB Mall tu ialah pusat membeli belah (shopping complex) yang paling maju di Kelantan. Ada pakcik-pakcik yang pakai kain pelikat je masuk membeli belah di KB Mall itu. Bukan saja pakcik-pakcik, malahan remaja sekitar umur 30an pun ada buat macam tu. Di Kelantan, berpakaian tradisi seperti batik, kain pelikat, serban, songkok, kopiah, pengikat kepala, adalah normal dan akan nampak pelik jika dibuat di tempat lain.

3. Mungkin hampir pupus, tetapi masih ada yang meneruskan adat 'makan hidang'. Jarang sudah kita berjumpa di negeri lain yang buat macam ini. Di Kelantan sendiri pun hampir pupus, tetapi ada yang masih meneruskannya. Istilah makan hidang adalah adat dimana ketika majlis kenduri diadakan, mereka tidak menyediakan makan buffet sebagaimana yang dibuat diserata tempat di negara ini.
Apabila tetamu datang ke majlis kenduri, tuan rumah akan menghidngkan makanan-makanan di dalam dulang. Apabila sudah, tuan rumah akan angkat kembali pinggan mangkuk itu ke dapur. 

4. Bagi orang-orang tua negeri Kelantan, petalian keluarga 'dua pupu' adalah seperti adik beradik sendiri.

5. Orang Kelantan sangat rapat dengan sanak saudara mereka walaupun sekadar bau-bau bacang sahaja. 

6. Jika di Pahang (tempat saya), dalam majlis kenduri, majlis itu akan bermula lebih kurang pukul 11 pagi sehingga pukul 2.30 petang lebih kurang. Tetapi di Kelantan, ia bermula dari pukul 11 pagi dan berakhir pada 10 malam. Dan ada sesetengah tetamu yang jauh akan datang juga walaupun keesokkan harinya.

7. Jika menerima jemputan kenduri kawin, orang Kelantan mewajibkan diri mereka menghadiri majlis tersebut walaupun mereka jauh dari tempat majlis itu. Bagi orang Kelantan, majlis itu sangat penting. Jika tidak dapat menghadirinya pun, mereka akan mengirim 'duit pengenalan' kepada tuan rumah kenduri tersebut.

PERCAKAPAN


1. Dialek Kelantan selalunya akan berakhir dengan huruf ‘o’ dan ‘e’. 

2. Biasa melihat orang Kelantan bercakap laju? :) Sebenanya semua dialek Kelantan tidak mempunyai imbuhan. Itu adalah sebab mereka boleh bercakap laju.

3. Dialek Kelantan hampir serupa dengan dialek negeri Terengganu.

4. Walaupun hampir sama, kebanyakkan perkataan dialek Kelantan tidak dapat dieja diatas kertas. 

5. Ada sesetengah perkataan yang ada sabdu. Perkataan inilah yang susah disebut oleh orang asing. Jika mereka membuang sabdu itu, automatik maksud perkataan itu berubah.

6. Orang luar, jika berbual dalam loghat Kelantan, akan terkantoi kerana hampir semua orang luar akan failed jika bercakap dalam dialek kelantan terutama perkataan yang susah disebut.

7. Orang Kelantan sendiri, jika bercakap luar, akan nampak pelatnya kerana amat susah mereka menukarnya. Lihat saja pakcik-pakcik anak kelahiran Kelantan yang 20-30 tahun di perantauan, mereka tidak dapat mengubah sepenuhnya bahasa percakapan mereka.

8. Walaupun kita lihat Kelantan adalah salah satu tempat warisan Melayu, tetapi mereka ada beberapa patah perkataan yang manja dari pandangan mereka, tetapi nampak kasar dari pandangan orang luar. 
Contohnya perkataan ‘nate'. Maksudnya 'binatang'. 'Nate' di sini terdapat banyak maksud tertakluk kepada intonasi suara yang menyebut. Ada intonasi yang menunjukkan 'nate' ini memang merujuk kepada binatang. Ada juga yang mejuruk kepada 'benda ini' atau 'orang ini'.
Ayat “Hidup lagi nate ni?” (hidup lagi binatang ini?) adalah ayat manja orang Kelantan. lazimnya akan digunakan apabila berjumpa dengan rakan lama mereka.
Ayat “bjurus jugok nate ni” (baiknya binatang ini) Perkataan ini bercampur elemen negatif dan positif dari sudut pandangan orang luar. Tetapi orang Kelantan memaksudkan ayat ini ”baiknya orang ini”. 

9. Orang kelantan sangat kreatif sehinggakan mereka meletak kata ganda kepada beberapa perkataan yang tak ada kata ganda.

Itulah serba sedikit pengkajian saya terhadap Kelantan.

Di sini saya sertakan beberapa buah tangan untuk tatapan anda semua.

KELANTAN NEGERI MISKIN


Bekas MB Kelantan
photo ping to blogger


Kelantan Miskin
Di negeri miskin itulah
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang
Di negeri miskin itulah
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu
Di negeri miskin itulah
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains
Di negeri miskin itulah
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba
Di negeri miskin itulah
Kerja lima hari seminggu mula berkuatkuasa
Di negeri miskin itulah
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama
Di negeri miskin itulah
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari
Di negeri miskin itulah
Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah
Di negeri miskin itulah
Amalan memberi cenderamata kpd pemimpin dihentikan
Di negeri miskin itulah
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan
Di negeri miskin itulah
Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yang kematian suami
Di negeri miskin itulah
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan
Di negeri miskin itulah
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan
Di negeri miskin itulah
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan
Di negeri miskin itulah
Ramai orang mengenal mula mengenal tuhan
Di negeri miskin itulah lahirnya tokoh-tokoh terkenal
Di negeri saya dilahirkan dan dibesarkan.

Negeri Kelantan Seindah Namamu

Kehadiran Oki adalah untuk menghadiri Program Hari Hiburan Islam anjuran kerajaan Kelantan. Oki sempat bertemu dengan Menteri Besar Kelantan malah sempat mengikuti kelas pengajian kita oleh Tuan Guru Nik Aziz. Paling menarik, Oki Setiana Dewi sempat mendeklamasikan sajak yang selepas program Bicara Selebriti. Sajak seperti di bawah ini menceritakan tanggapan Oki Setiana Dewi terhadap negeri Kelantan. Oki Setiana Dewi yang sememangnya bercita-cita menjadi artis semenjak kecil pernah membatalkan hasrat tersebut apabila mula memakai tudung pada usia 16 tahun. Namun begitu ternyata rezeki Oki Setiana Dewi masih terbuka luas walaupun bertudung apabila ditawarkan untuk berlakon filem Ketika Cinta Bertasbih. Kini selain berlakon, Oki Setiana Dewi turut aktif menulis dan aktif berkongsikan pengalamannya di ceramah-ceramah.



photo ping to photobucket

Seperti Apa Kelantan itu?

Sajak yang dideklamasikan oleh artis Indonesia, Meyda Sefira (Pelakon Ketika Cinta Bertasbih) dalam program Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam Kelantan yang telah diadakan pada 1 Disember 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan dihadiri oleh kira-kira 20 000 hadirin.



Sekian sahaja post saya kali ini. Harap sesiapa yang ada peluang berkunjung ke Kelantan, pergilah untuk melihat sendiri suasasa negeri itu. Yang baik datang dari Allah, yang kurang datang dari kelemahan diri saya sendiri, hakikatnya kedua-duanya datang dariNya jua. Terima kasih.

6 comments:

  1. Syok sendiri la you ni...sebut mustapha kamal dgn neolofa..sabri yunus, osman kering dengan syanie tak sebut.. Itu pun orang kelantan juga..depa tu lawa gak..pilih bulu tul la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bia lantak dye la nk tulis ap pn.. Ad mnyusahkan idop kw k?? Kw nk tulis ap kw bwt blog kw sniri la sng..

      Delete
  2. Well awak lupa nak bubuh. Orang kelantan penuh sifat kenegerian. Well it's good but sometimes we need to support each other even from different states.

    ReplyDelete
  3. Sorry. No offense. It just from my observation. Sebab ramai jiran orang kelantan sebab johor kan banyak peluang pekerjaan jadi mereka berhijrah ke sini.

    ReplyDelete
  4. Orang kelantan keras kepala degil panas baran cpt melenting ?? yang ni aku rasa tak logik.. benda ni attitude dan iman.. bukan ikut kenegerian.. adeii

    ReplyDelete

komen dan kritikan amat digalakkan