Monday, August 19, 2013

KEMATIAN: pendapat, doa, petua, dan nasihat

sekadar hiasan
photo credit to blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog NaimAlKalantani™ ini. Harap sihat walafiat selalu.

Raya dah habis dah. Sekolah & IPT dah mula menjalankan P&P. Ada yang masih dalam mood raya lagi ni kan?

Kali ini saya nak menceritakan kepada kalian mengenai serba sedikit perihal KEMATIAN dan 'persediaan mati dalam media sosial'.

Pada tanggal 19 Ogos 2013, pagi Isnin waktu hari pertama buka sekolah selepas cuti raya, seorang rakanku telah kembali ke rahmatullah. Iaitu Mastura Nabila. Moga-moga roh arwah dirahmati Allah.
Saya di sini bukan nak bercerita mengenai rakan saya yang meninggal itu, tetapi dari itulah saya mendapat satu ilham untuk bercerita mengenai KEMATIAN.

MATI ITU WAJIB

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi.

Ini antara rangkap dalam nashid Menanti Di Barzakh nyanyia Fareast kalau. Boleh dengarnya di Youtube kalau rasa nak insaf sikit. Memang menyeramkan bait-baitnya.

Bila ada kematian, orang-orang Melayu kita ni suka berfikir yang bukan-bukan terhadap si mati. Lebih-lebih lagi yang mati kerana kemalangan jalan raya. Kita suka cakap, 
“Dia mati sebab kena langgar"
“sebab bwk laju, merempit”;
dan yg sewaktu dgnnya

Tapi pernah tak kita terfikir bahawa kemalangan itu hanyalah satu wasilah (jalan) yang membawa kita dari alam fana ke alam arwah? Kita mati sebenarnya kerana sudah sampai ajal. Bukan sebab kemalangan. Mati ini sudah ditakdirkan. Allah kata "kun", maka "fayakun". Apa-apa musibah yang menimpa semua sudah ada dalam Luh Mahfuz. Tidak ada perkara yang tidak ditentukan oleh-Nya.
Kita boleh bersedih, tapi jgn meratap. Nabi melarang kita meratap mayat.

Kita juga selalu menambah cerita bila ada sesuatu kematian. Contohnya bila seseorang mati, mesti ada cerita yabg keluar:
“semalam arwah ada cakap pada aku dia nak sangat jumpa aku”
“patutlah arwah lain macam je hari ni, rupa-rupanya ada ni kejadiannya"
Dan lain-lain lagi.

Nasihat saya, janganlah kita ‘menyedapkan cerita’ dengan cerita-cerita ini. Janganlah dihebahkan kepada orang-orang awam.
Satu lagi perangai orang kita ialah tanya macam mana orang tu mati, bila dia mati, siapa yang bersalah, dia nak pergi mana sebenarnya, dia tu anak siapa, dan macam-macam lagilah.
Sebenarnya kita sebagai orang awam ini janganlah beriaya-iya sangat tanya soalan macam ni. Lainlah kalau polis dan ahli forensik (dan yang terbabit) sebab mereka nak buat laporan. Yang kita duk sibuk pasal orang yang dah mati ni kenapa? Tak salah nak tanya, tetapi lihatlah tempatnya. Bagi pendapat saya sendiri, tak perlu tanya soalan macam tu. Cukuplah sekadar “macam mana kejadiannya yang sebenar dia boleh mati”. Janganlah tanya dengan perinci macam; sebelum dia mati ni dia makan apa ye? Dia bagi signal tak masa belok selekoh tu? Kepala dia pecah belah kanan ke kiri? Masa ni dia ada bagi wasiat apa-apa tak? Motor apa dia naik? Motor baru ke lama dah? Siapa bagi dia naik motor tu?
Ni semua soalan yang tak perlu dijawab. Kalau anda tanya saya, saya akan jawab mudah je, “mati pun dah, yang nak tanya lebih-lebih tu kenapa?”
Kita yang hidup, kita akan rasa kehilangan si mati itu just dalam 3-4 hari sahaja sebenarnya. Tetapi si mati sendiri itu, yang merasa kematiannya sendiri, kita pun tidak tahu macam mana keadaannya di alam kubur. Daripada kita menambah perisa cerita mengenai si mati, eloklah kita bersedekah al-Fatihah atau membaca surah Yaasin kepada si mati, moga-moga dosanya diampunkan.

MAYAT DIKEMBALIKAN ROH

Mengikut ulama', si mati akan dikembalikan rohnya ketika 4 situasi, tetapi si mati tidak diberi cakap dan celik pada ketika itu:


1. Ketika dimandikan
Pada ketika ini, si mati akan berkata “Hei orang yang memandikan aku, jangan kamu mandikan aku dengan kasar. Sungguhnya aku ini baru dicabut nyawanya".
Mengikut ingatan saya yang saya pelajari secara talaqqi dahulu, kesakitan mati ini akan berterusan berpuluh-puluh atau beratus-ratus tahun lamanya.

2. Ketika dikafankan


Pada ketika ini, roh dikembalikan dan si mati akan berkata, “Hei saudara maraku, marilah dihadapanku, aku mahu lihat buat kali terakhir wajah-wajah kamu”. (Au qama qol).
Pada ketika ini, waris-waris si mati yang tak sah nikah dengan si mati disunatkan mencium si mati. Dan si imam atau yang menguruskan mayat janganlah cepat-cepat menutup wajah si mati. Maka panggilah si waris untuk melihat wajah si mati dahulu sebelum ditutup wajahnya.
Pada ketika ini, disunatkan menunggu waris si mati yang berada berdekatan dalam sekitar 10-20 minit perjalanan. Waris ini ialah yang tak sah nikah dengan si mati.
Adapun yang sah nikah, tapi jauh, taj sunat menunggunya. 
Kecualilah memang ada masa untuk menunggunya & tidak melambatkan proses pengebumian mayat. 
Jika yang tak sah nikah itu telah berada dekat, tunggulah dia kerana sudah dekat perjalanannya.



3. Ketika hendak disolatkan
Pada ketika ini mayat akan berkata, “Hei manusia, hari ini aku tidak mahu mendengar suara orang lain kecuali suara warisku (anak-anak)”
Sebab itulah Rasulullah menggalakkan kita memperamaikan anak kita. Jangan menghadkan bilangan anak. Si mati berharap sangat dengan anaknya untuk mengimamkan solat jenazah. 
Jika dia tidak mempunyai anak, maka digantikan dengan waris yang paling rapat dengannya & yang tak sah nikah dengannya.
Tapi fenomena sekarang, tok imam masjid yang jadi imam solat jenazah? Kenapa jadi macam ni? Sebenarnya kebanyakkan anak-anak sekarang tidak tahu menguruskan jenazah. Padahal itu adalah tuntutan agama. 
Ustaz Azhar Idrus pernah berkata, “anak ramai. Jadi arkitek, engineer, guru, polis, peguam, tapi nak uruskan jenazah mak ayah? Haram”



4. Ketika dimasukkan kedalam liang lahad
Ketika ini si mati akan berkata, “Hei manusia yang membawa aku masuk kedalam ini, jangan kamu lupa kamu akan ikut serta sebagaimana aku pada suatu hari nanti”
Jadi ingatlah bahawa mati ini tidak ada sesiapa yang mengetahui kecuali mereka yang telah diilhamkan oleh Allah kerana yang mendapat rahmat & petanda daripada-Nya.


DOA DAN PEDOMAN

Kata Imam Nawawi dalam Al-Azkar, Sabda Rasulullah sebelum tidur baginda, “Ya Allah, aku nak tidur, jika aku hidup lagi esok, kau himpunkan roh-roh dalam orang yang soleh. Sekiranya aku mati, ampunkanlah roh aku dan rahmati roh aku”


Jika anda mampu, berdoalah setiap masa dengan doa “Ya Allah, berilah aku taubat nasuha sebelum aku mati”. Doa ini moga-moga termakbul.


Rajinlah berbuat baik walaupun bersedekah yang sikit dan menolong orang. Amalkan amalan-amalan yang membawa kepada peringatan kepada akhirat. Ingatlah bahawa sahabat kita yang paling sejati di dunia akhirat ialah ‘amalan’.

Nabi besabda “Bermula lubang kubur itu adalah stesen pertama. Siapa yang selamat di situ, maka akan selamat selepasnya. Tapi jika tidak selamat, maka selepas itu akan lebih teruk lagi”

Sabda Rasulullah “Bermula dunia ini adalah bangkai. Siapa yang mengejar dunia. Adalah seperti anjing”


Nabi bersabda, “Carilah kamu bekalan, sebaik-baik bekalan ialah takut kepada Allah”

Bila kita takut kepada Allah, maka amalan-amalan ini yang akan berkawan dengan kita dalam kubur.


Kata guru saya, sebelum anda tidur, berdoalah, “Ya Allah, aku memaafkan segala kesalahan orang Muslim kepadaku dan aku memohon kepada engkau supaya membuka hati mereka yang telah aku buat salah untuk memaafkan diriku”. Ini adalah satu doa yang bagus. Kerana apa? Kerana dosa diantara makhluk dengan makhluk, Allah tidak akan ampunkan selagi makhluk tersebut tidak memaafkan.

Jika anda berani, dan ada kelapangan, belilah kita Tanbihun Ghafilin (kitab asal jawi lama tidak dinyatakan nama pengarang kemungkinan kewarakkannya). Dalam kitab ini menceritakan seksa-seksa yang akan dilalui oleh pesalah. Dalam ini diperincikan penceritaannya sehinggakan saya sendiri ketar lutut untuk bertalaqqi kitab ini.

Kitab ini rasanya telah dibarukan dengan cetakan rumi dan ada banyak dijual di kedai-kedai buku agama.
Saya sudahi artikel ini dengan sebuah hadith, “Ingatlah kamu kepada yang memutuskan kamu dengan kelazatan dunia”

TIP-TIP KEPADA PENGGUNA LAMAN SOSIAL

Era sekarang, jika tiada facebook, akan dikatakan kolot. Dan tidak bertamadun. Semua dah canggih-manggih belaka.
Jadi saya di sini berkongsi satu tip agar kamu berasa selamat sedikit selepas kematian kamu.
Cari sahabat kamu, bukan rakan, bukan kawan, tetapi SAHABAT kamu yang kamu paling percaya di atas muka bumi ini. Beri kepada mereka segala akaun laman sosial kamu kepadanya dan katakanlah, “Hei sahabatku, jila terjadi apa-apa kepada aku, buka akaun laman sosial aku ini, delete segala gambar dan video terutamnya, dan post status ini pada wall aku:
“Kepada sesiapa yang mengenali diri sekian sekian (nama pemilik akaun), beliau sudah meninggal dunia pada, kerana, bla bla bla. Dalam lebih kurang satu minggu (atau suatu masa), saya akan menutup akaun ini. Sesiapa yang si mati ada hutang, tak puas hati, si mati ada buat salah, sila berhubung dengan warisnya di talian bla bla bla.”
Kenapa saya suruh sahabat? Sebabnya kalau kamu ada betul-betul sahabat, dia tidak akan mengkhianati kamu. Boleh je nak suruh ahli keluarga, tetapi takut mereka stalker laman sosial kamu la pulak. :)
Sampai di sini sahajalah artikel saya pada hari ini. Yang baik datang dari Allah, yang kurang dari kelemahan diri saya sendiri, hakikatnya kedua-duanya datang dari-Nya.
Sekian, terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan