Monday, August 5, 2013

Hari Raya (sedikit tips untuk meminta maaf)

photo ping to google


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelawat blog NaimAlKalantani ini. Nak raya dah ni. Makin hari makin terasa bahangnya. Baju raya Naim tahun ni warna hitam. Baju tu baju melayu Tingkatan 6 SMK Jengka Pusat sebenarnya. Baru masuk form 6, kena beli baju. So, Naim ambil inisiatif untuk menggunakan kain baju melayu tu untuk jadikan baju raya terus. Kan jimat kos kan. lol. 


Bila cikgu suruh beli kain tu, gila gak sebab banyak duit kena keluarkan, nak beli kain tu satu hal, nak hantar kedai satu hal. Tapi baju melayu ni mama Naim yang jahitkan. Wah! Macam tak percaya pun ada sebenarnya.

Lepas beli kain tu, baru la terfikir bahawasanya baju Melayu hitam tu memang Naim nak dari dulu lagi. Sebabnya events rasmi silat memang pakai baju melayu dan sampin songket. So, tak rasa la keberatan membeli tu sebab memang akan guna punyalah. Terima kasih kepada pengurusan SMK Jengka Pusat sebab baju Melayu untuk hari Jumaat tu warna hitam. *happy

Baju raya anda semua pula warna apa? mesti cantik-cantikkan?

Bila sebut raya, semua orang suka. Seronok. Beronok-ronok. Naim lihat adik-adik Naim atau budak-budak kecil yang dibawa oleh ibu bapanya ke kedai nak membeli belah untuk raya tu, semua happy-happylah. Teringat la pula zaman Naim kecil-kecil ni.

Gilalah siapa yang tak happy tu. Raya kowt. Seronok. Boleh jumpa kawan-kawan, sanak-saudara yang jauh-jauh merantau tu. Semua balik rumah.

Balik Kampung


Sebenarnya HARI RAYA AIDILFITRI, tak ada syarat pun anak-anak perantauan perlu pulang ke rumah. Tapi dijadikan adat orang Melayu kita MESTI pulang ke rumah bila hari raya. Lepas tu kalau tak balik rumah atas beberapa kekangan, mak ayah pun duduk la kat tangga rumah dan berkata, "Abahnya, mana anak kita ni? Tak nak beraya dengan kita dah ke tahun ni?"

Nak ubah mentaliti masyarakat Melayu ni bukannya senang. Susah amat. Hari raya bukanlah diwajibkan pulang ke kampung halaman berjumpa mak ayah dan adik beradik. Tetapi Allah memberi satu anugerah kepada orang Islam yang berpuasa untuk meraikan kemenangan mereka telah berjaya berpuasa selama sebulan. Tak ada kaitan langsung dengan balik kampung.

Bagi Naim sendiri, "pulang ke kampung pada hari raya" ini atas faktor drama petang-petang yang anda semua lihat tu la. Anak-anak tak balik, mak ayah nangis di tangga. Itulah pengaruh media massa. Diblock oleh media.

Takbir Raya

video from youtube

Ni satu lagi orang melayu kita. Bila bertakbir raya, sedih ya amat. Shahdu gila. Naim pun rasa nak nangis mendengarnya. Ish ish ish. Hebatnya orang Melayu bertakbir sampai menangis.

Awak semua, takbir raya tu takbir kemenangan orang Islam. Takbir perang tu. bukannya suruh menangis. Zaman pemerintahan Rasulullah dahulu kala, bila nak berperang, mereka akan bertakbir dengan bersemangat. Bukannya macam orang Melayu yang takbir shahdu tu.

photo credit to blogger

Orang zaman dahulu berperang, bertakbir dengan takbir ni. Baru naik semangat. Bertakbir dengan bersemangat. Cuba bayangkan kalau mereka nak pergi berperang, tiba-tiba lagu AYAH DAN IBU diputarkan. Tak ke gila tu.

So, tiba hari raya nanti, bertakbirklah dengan semangat. Jangan la menangis. Kalau menangis sebab pemergian Ramadhan tak apalah. Tapi kalau menangis atas dasar hari raya tu sendiri, tak berapa cerdik nampak gayanya.

Minta Maaf

photo ping to blogger

Bila tiba hari raya, semua orang meminta maaf sesama mereka. Indahnya situasi ketika itu. Berpeluk-pelukan meminta maaf kepada sanak saudara, adik beradik, dan ibu bapa.

Di sini Naim yang kerdil ilmunya ingin berkongsi tips untuk meminta maaf kepada sesiapa-sesiapa yang telah kita terbuat salah dan silap.

Semasa Naim bertalaqqi di Madrasah Ad-Deeniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan dulu, ustaz ada bagi penerangan lebih kurang macam ni perihal meminta maaf.

Jika anda ingin meminta maaf kepada sesiapa, menurut Mazhab Syafie, anda WAJIB cakap apa kesilapan yang anda buat terhadapnya satu-persatu. Masalahnya, jika kita dah melanggar lembu seseorang itu sehingga lembu tu mati, adakah kita sanggup meminta maaf kepada tuan punya lembu itu? Gila ke nak cakap macam ni, "Maaflah pak cik, sayalah yang langgar lembu pakcik bulan lepas tu". Agak-agak pakcik tu maafkan kita tak? Ada juga haru-biru satu rumah dia kejar kita dengan parang panjang.

Islam is easy. Mudah sangat. Tapi dinasihatkan jangan memudahkan Islam tu.

Jadi, ustaz di pondok itu cakap, kita boleh bertaqlid Mazhab Maliki. Maksudnya, ketika kita ingin meminta maaf, boleh melafazkan sekadar ini sahaja, "Saya mintak maaf la jika ada kesalahan saya terhadap pakcik. Harap pakcik maafkan semua kesalahan saya". Ketika melafazkan, niat didalam hati, "aku bertaqlid mazhab Maliki".

Dari itu, jika dia memaafkannya, maka gugurlah dosa kamu terhadapnya.

Seronok kan? Ha, itulah salah satu keindahan Islam. Amat mudah. Tapi jangan memudahkan.

Dari itu juga, saya Naim Abd Aziz bernombor IC 95060503xxxx ingin meminta maaf kepada semua kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, ibu bapa, guru-guru, sahabat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan, geng seperjuangan, musuh-musuh, kenalan-kenalan, dan semua orang di atas muka bumi Allah ini.

Maafkanlah al-faqir ini jika ada kesalahan yang telah saya lakukan. Jika saya ada berhutang dengan sesiapa, tolong hubungi & ingatkan saya untuk membayarnya. Naim hidup di dunia ni tak lama, so harapan saya, maafkanlah diri saya yang kerdil ini.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan