Perlimau Keris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog Naimalkalantani. Moga Sihat selalu. Ok. Kali ini saya nak cakap mengenai perlimau keris. Ha? Macam kurafat je dengarnya. Hmmm, betul ke kurafat?
Post kali ini saya copy dari facebook rakan saya.


Keris Nagasari Emas
photo ping to lanchangkuning4u

keris sundang bertahta perak
photo ping to azmankeriskb


KENAPA PERLU PERLIMAU KERIS?



Keris tak wajib diperasapkan tapi perlu di perlimaukan sebab setengah orang memper''nenas''kan, memper''cuka''kan dan macam-macam lagi untuk ganti limau dengan syarat bahan itu asid kerana hanya asid bersifat menghakis sama ada karat atau kotoran dalam lapisan besi.

Perasap tu untuk mengeringkan besi dan mewangikan besi saja sebab besi bila diperlimaukan atau mencuci keris perlu di keringkan takut nanti karat timbul sebab harga keris mahal dan bahan sejarah, jadi zaman dulu tak ada hair dryer dan takkan nak jemur macam baju kat ampaiankan? Dah la senjata, kan orang rompak, kena curi susahkan?

Zaman sekarang pon baju mahal-mahal tak jemur macam tu kan? So asap le kemenyan untuk haba dan wangikan keris. Zaman dulu pakai kemenyan sebab tak ada Ambipur atau minyak-minyak attar yang wangi sebab zaman dulu-dulu mahal. Minyak attar zaman sekarang dah banyak campur dengan bahan kimia, dulu semua semulajadi, proses lama macam minyak cendana, melur, gaharu sebab import dari pedagang luar, kemenyan saja murah dan mudah guna, terus campak je dalam bara api tu, sambil keringkan sambil wangikan, 2 dalam 1. Tapi zaman sekarang pakai buah nenas je nak cuci keris atau rendam dalam air kelapa then pakai hari dryer utk keriskan bilah keris, sapu minyak Gaharu (mahal minyak nih, sebotol kecik RM15 ringgit wooo, zaman dulu berapa la harga).

Sekian sahaja artikel pendek ini. Terima kasih :)


Comments