Thursday, March 21, 2013

UMUR tak cukup tapi nak BERPOLITIK

photo ping to google

"KAU BOLEH MENGUNDI UMUR 21 TAHUN ! YG NAK SIBUK POLITIK TU NAPE HA NAIM?" 

Malas dah sebenarnya aku nak jawab soalan ni, sebab banyak kali dah aku jawab. Ni aku nak jawab buat kali terakhir. Ok, lets begin..

Cuba baca contoh di bawah ni dulu:
Darjah Satu kau belajar sekolah. Untuk apa? Confirm la untuk jadi pandai pada masa depan & akhirnya akan menghadapi SPM yngg orang nk sangat lulus. Darjah Satu lagi anda semua dah start belajar utk SPM. Lepas tu naik tingkatan, korang akan lebih struggle sebab SPM makin hampir. Lepastu form 4 & 5 lagi la struggle. Nak tanya, kenapa andatak  belajar start daripada umur 17 yang masa tu tahun korang ambek spm? Jawab lah sendiri. Kiaslah macam POLITIK. 
Aku ambil tahu pasal politik sebab nnti PRU14 aku boleh mengundi. Buat persediaan awl. Macam SPM jugalah. Anda semua buat persediaan awal sejak form1 lagi untuk SPM kan? Ni ibarat anda pergi sekola la. Anda pergi sekola untuk SPM umur 17 nanti. Sebab periksa tu periksa besar. So dari anda umur 7 tahun lagi anda belajar untuk tunggu kau 17 tahun tu, nanti senang jawab SPM. Ke masa anda 17 nanti baru anda nak belajar A B C utk SPM?

Macam ada sesetengah manusia tu, dalam TL fb, dari atas sampai bawah post status pasal CINTA. Asal anda bercakap pasal cinta? Lmbat lagi kan nak kawin weh. Asal tak tunggu esok nk kawin hari ni baru cakap pasal cinta? Kenapa tak ada orang tegur hal ni tetapi tegur bila aku post pasal politik, akan naik soal UMUR?

I am malaysian. Dan aku kena ambil tau hal-hal yang berlaku di Malaysia. ikut la ekonomi ke, politik ke, sosial ke, dan yngg sewaktu dgnnya ke.

Negara kita demokrasi. Dalam Perlembagaan Persekutuan, TAK ADA tulis “Budak-budak bawah 21 tahun  tak leh berpolitik”. Sedangkan dalam perlembagaan sendiri ada Kebebasan Bersuara.

Untuk dapatkan kebenaran nanti PRU14 aku boleh mengundi, aku berpolitik dari sekarang. Nanti umur 21 tak susah dah nak pilih parti mana.

Tak salah pun budak bawah umur berpolitik. Sepatutnya dari muda dah dedahkan diri dengan politik so nanti bila dah cukup umur, boleh buat tindakan rasional. Dah cukup pengalaman dan ilmu, rasa-rasa nak ubah malaysia ke arah lebih maju lagi digalakkan. Observations in politics are not made with only 2 or 3 months or 2 and 3 stories. Observe sekarang, tahu sekarang tak payah menggali cerita macam belajar sejarah. Yang penting point nak bahas biar betul, umur bukan faktor boleh bercakap atau tidak. Umur dalam politik hanya satu undang-undang bilamana malaysia membenarkan hanya 21 tahun ke atas untuk mengundi bukan untuk membahas. Janji, point betul dan bukan point memfitnah atau menghasut.

apa yang salahnya kalau budak berpolitik, politik tu kan sebahagian daripada agama. Tak ada had masa untuk ditentukan bila kita boleh berpolitik

POLITIK adalah sebahagian daripada islam. bahasa arabnya ialah 'SIYASAH'. Banyak cabang-cabang islam sebenarnya seperti Jinayah, Siyasah, syariah, akidah, munakahat, faraid dan lain-lain. so, politik juga ada dalam islam. Im Muslim, so?

2 comments:

komen dan kritikan amat digalakkan