Menukar format file secara 'bulk'




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog aku ni. Lama dah aku tak update blog ni. Sekarang aku jadi suri rumah sepenuh masa je sementara menuggu result SPM (OMG!). Ok, sekarang aku nak menyelesaikan satu masalah yang kebanyakkannyaorang tak tau solusinya. So, dari itu, aku nak terangkan cara nak menukar format file secara banyak (bulk) sekali gus tanpa menggunakan software.


MASALAH:

Aku pakai DSLR, dan aku ada terbuat satu masalah hari tu. hari tu aku transfer gambar-gambar aku dari SD Card DSLR aku ke pc. lepas tu pc macam hang, maybe disebabkan berGB-GB yang aku transfer sekali gus. So, aq ambek jalan mudah, aku tarik SD Card tu dari pc.. BOOOMMMM !!!!.. Bila aku masukkan balik SD tu, aku dapati file aku telah hilang.. SO DAMN !!!.. 

Aku pun try properties kat SD aku, aku dapati GB-GB dalam tu tak hilang. ada je. Tp filenya tak jumpa. aku buka folder SD, aku dapati ada folder nama FOUND.000 yang ada dalam SD tu. Aku buka, dan ada byk file dalam tu berformat CHK dan setiap file tu bersaiz lebih kurang macam saiz gambar-gambar DSLR aku (4-8 MB). aku pun tukar la format dia (rename) kepada JPG. SUCCESSFUL !!! Gambar-gambar yang hilang dalam DSLR aku tu ada dalam folder FOUND.000 tu.

Kamu semua boleh tukar format CHK > JPG satu per satu. TAPI, kalau 10 file boleh la buat macam tu. hari tu aku kena dalam 500 file. tak ke gila klau tukar semua secara manual? So, aku pun call cikgu aku utk tanya. Dan terima kasih cikgu sbb tak sampai 10 saat dah siap dah tukar kepada JPG.

SOLUTION STEP:

  1. Buka Command Promp
  2. Biasanya CMD tu yang asal ialah C:\users\administrator>
  3. Kamu masuk kepada folder yang kamu nak itu dengan menyalin adress pada folder exporer pc kamu. dinasihatkan jangan letak file kamu tu dalam Desktop. Tapi letak dalam HDD atau Pendrive atau biar dalam memory card. sebab kalau Desktop susah nak cari dalam command promp (bagi beginner)
    1. aku buat satu contoh, nak tukar file CHK kepada JPG yang berada dalam HDD D
  4. taip D: pada CMD tadi
  5. kalau ada folder lagi dalam D tu, tapi CD 'NAMA FOLDER'
  6. Taip ren *.chk *.jpg
  7. tunggu hingga selesai. :)

Kaedah ini sama sahaja untuk tukar mana-mana format kepada mana-mana format. Semudah  1 2 3 DutchLady. lol. just kena ubah yang CHK dan JPG tu je.

Pesanan aku, jika ada file anda yang hilang semasa menyalin (copy) file tersebut dari pendrive atau SD card, jangan terus format atau putus asa. jika ada lagi capasity dalam properties tu, maka file kamu diselamatkan oleh system. tetapi dalam bentuk lain dan kamu tak nampak. Kadang-kadang, folder FOUND.000 tu tak nampak (hidden). tapi kamu boleh try and error pada address bar pada folder explorer tu dengan menaip (contoh) G:\found.000. jika tak jumpa, teruskan dengan FOUND.001 dan FOUND.002 dan seterusnya. tetapi situasi ni jarang. yang lazim adalah FOUND.000

Jika anda properties pada SD anda (contoh), anda dapati memamg dah tak ade file, maksudnya file tu parmanent telah hilang atau dikenali sebagai CORRUPTED file. Dan yang tu rasanya tak boleh buat apa-apa dah.

Sekian, terima kasih.

~siapa-siapa yang ada masalah boleh hubungi aku di fb aku :)

Comments

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan